Showing posts with label Kertas Soalan Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Kertas Soalan Peperiksaan. Show all posts

Monday, August 1, 2022

Peperiksaan JKE 414

 Alhamdulllillah, selesai menduduki peperiksaan JKE 414 Ekonomi Malaysia .

Perlu menjawab tiga daripada lima soalan berbentuk esei dalam masa tiga jam.

Insha Allah, dijangkakan markah yang baik. Dengan ini tamat kesemua kertas peperiksaan bertulis.

Kini, Insha Allah akan menumpu sepenuhnya untuk Projek Tahun Akhir .

Beberapa pembetulan perlu dilakukan sebelum dihantar dalam bentuk CD . Tarikh akhir ialah pada 15/08/2022

Saturday, July 30, 2022

Peperiksan JIM 501

Biasanya sebelum peperiksaan bermula, pensyarah telah maklumkan arahan untuk peperiksaan serta pautan peperiksaan telah pun diberikan , beberapa hari sebelum itu. Bila diketik pautan itu akan ada mesej yang mengingatkan bahawa peperiksaan hanya akan bermula pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

Namun untuk Peperiksaan Akhir JIM 501, pensyarah tidak berbuat demikian. Saya anggap ianya sama seperti Peperiksan Berterusan JIM 501 yang lalu,di mana pautan  hanya diberikan pada hari peperiksaan. Tiada masalah dan pada hari peperiksaan , pautan untuk Peperiksaan berterusan tersebut boleh diakses dengan lancar.

Berlainan apa yang berlaku semalam, bila pautan peperiksaan diketik, tiada apa apa berlaku. Hampir lima minit menunggu, akhirnya dapat diakses sepenuhnya. Sebelum itu, usaha untuk menghubungi pensyarah melalui emel juga gagal. Warna font pada emel pensyarah berkenaan bertukar menjadi warna coklat bermakna ianya tak dapat dikesan.Saya syak pasti masalah teknikal berlaku di pihak saya.Tekaan saya mungkin betul bila masa hendak memuatnaik kertas jawapan, berlaku lagi masalah.

Saya dah lupa samada pautan itu tiada atau bila ketik untuk memuatnaik terus sahaja hilang.Bila cuba hubungi pensyarah melalui emel,warna coklat pada font emel itu masih lagi berwarna coklat. Saya  beranggapan ada masalah dengan komputer atau talian internet( Saya memang tidak mahir bahagian teknikal ini dan saya tidak teringat untuk gunakan butang mesej yang ada di portal, untuk terus hubungi pensyarah berkenaan )

Dalam keadaan tergesa gesa saya telah maklumkan perkara ni kepada Pengerusi Rancangan dan telah hantar skrip jawapan kepada beliau. Beliau faham dan telah memajukan jawapan skrip saya itu kepada pensyarah berkenaan. Lagi pun semasa saya hantar skrip itu , ianya masih lagi dalam tempoh masa memuatnaik.

Saya juga memaklumkan perkara ini kepada penyelia projek tahun akhir saya. Tujuan nya bukan untuk memperbesarkan perkara ini. Tetapi masalah ini pernah berlaku ketika saya menduduki peperiksaan kertas yang diajar oleh beliau. Masa itu, bila diketik pautan peperiksaan , tiada apa apa berlaku. Beliau memberitahu saya , pelajar lain tiada masalah, beberapa percubaan seperti log in dan log out dilakukan tetapi tiada berhasil. Akhirnya  beliau telah hantar soalan peperiksaan ke emel usm saya , di mana masa itu pelajar lain telah pun mulai menjawab soalan.Begitu juga ketika memuatnaik jawapan, tercicir muka surat terakhir di mana beliau maklumkan hantar ke emel beliau kerana tempoh masa untuk memuatnaik masih ada dan hanya sekali sahaja untuk muatnaik melalui pautan peperiksan itu. Saya pasti beliau akan mempercayai masalah yang saya hadapi itu.

Setelah menerangkan kesulitan yang saya hadapi, beliau juga turut maklumkan perkara tersebut kepada Pengerusi Rancangan. Dalam pada itu, muncul pautan untuk memuatnaik. Beliau menyuruh memuatnaik juga skrip jawapan saya itu walaupun Pengerusi Rancangan telah memajukan skrip itu kepada pensyarah berkenaan.Jenuh juga saya log ini , log off , "remove file" yang telah dimuatnaik dan memulakan proses memuatnaik,beberapa kali percubaan  sehingga ikon file terpapar dan status "submitted for grading" terpapar.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Rancangan Dr Asraf dan Dr Lok di atas keperihatinan dan tindakan pantas mereka berdua.

Setelah selesai , saya  menghubungi rakan dan mereka juga mengalami masalah yang sama. Saya ingatkan saya seorang sahaja mengalami masalah sedemikian.

Alhamdullllah , segalanya telah selesai dengan baik, insha Allah markah untuk kertas ini juga baik.

Tuesday, July 26, 2022

JIM 503

Alhamdulllillah, selesai sudah menduduki peperiksaan JIM 503 Modern Algebra pagi tadi

3 soalan yang perlu dijawab dalam masa 2 jam. Tambahan sebanyak 35 minit  selepas itu adalah untuk mengimbas dan memuatnaik kertas jawapan. Setiap soalan dibahagikan kepada tiga bahagian 

Soalan pertama, 15 markah, soalan kedua 18 markah diilkuti 17 markah untuk soalan ketiga.Jumlah markah adalah 50 . Soalan pecahan begini biasanya tidak sempat untuk berfikir sangat. Kalau boleh buat terus jawap. Insha Allah , markah untuk subjek ini juga dijangkakan baik.

Sunday, May 23, 2021

Kuiz

 Alhamdullillah, baru selesai menduduki kuiz JIM 413 Differential Equation II

5 soalan - 45 min.( 5 % )

Ini bermakna , satu soalan perlu dijawab dalam masa kurang 9 minit.

Soalan dijawab dalam turutan ,soalan 1 sehingga soalan 5.

Selagi soalan pertama tidak dijawab,soalan berikutnya tidak boleh diteruskan

Jika diteruskan ke soalan kedua ,maka dikira soalan pertama tidak dijawab kerana tidak dibenarkan "undur atau maju ke depan" .

Soalan kuiz berbentuk objektif.

Ada pilihan jawapan hanya berbeza dari segi tanda ,samada positif atau negatif

Ada pula jawapan yang mana kaedah yang digunakan adalah 1, sedangkan pilihan jawapan kaedah 2.Oleh itu, sebelum jawap soalan, kena lihat pilihan jawapan itu.



Saturday, March 27, 2021

Peperiksaan Berterusan atas talian

Peperiksaan Berterusan  ( PB) telah pun tamat .Ianya dijalankan atas talian dan pelajar boleh merujuk bahan - bahan untuk mendapatkan jawapan.

Soalan PB biasanya ringkas .Jika pelajar merujuk setiap jawapan ,pasti masa yag diperuntukkan tidak mencukupi.Ada pensyarah yang menetapkan masa untuk menjawab soalan hanya 1 Jam 30 minit.Selepas masa ini tamat, 30 minit lagi diberikan untuk pelajar mengimbas dan memuatnaik jawapan.Dalam waktu ini  pelajar diwajibkan pasang kamera utuk pensyarah melihat tiada lagi pelajar menjawab soalan. 

Ada pensyarah tidak menetapkan syarat sedemikian. Masa 30 min untuk mengimbas dan muatnaik jawapan telah pun dimasukkan dalam 2 jam PB itu.Terpulang untuk pelajar,samada untuk melakukannya 30 minit sebelum peperiksaan tamat atau mula mengimbas sebaik selesai menjawab sesuatu soalan.

Menjawab atas talian kemudian perlu mengimbas dan memuatnaik jawapan menambah lagi tekanan pelajar.Masa30 minit sememangnya mencukupi sekiranya tiada gangguan internet ketika memuatnaik.Capaian yang lambat tetap menganggu apatah lagi proses muatnaik gagal disebabkan telah melebihi saiz file.Walaupun ada budibicara pensyarah untuk menerima penghantaraan jawapan ke emel tetapi ianya perlu dilakukan dalam masa peperiksaan.Pengalaman sebegini membuatkan pelajar lebih peka.Pastikan saiz file, jika ianya melebihi had maksimum, terus emel ke pensyarah , Kemudian muatnaik juga melalui platfom muatnaik itu, snap mesej yg memberitahu mengapa fail gagal dimuatnaik.kemudian emel kedua pensyarah mejelaskan sebab dan buktinya sekali.

Wednesday, March 3, 2021

PB JIM 413 Differential Equations II

 Alhamdullillah,hari ini,Rabu,03/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB )

JIM 413 Differential Equations II ( 20 % )

3.00 - 5.00 ptg

Soalan 1 ( 6 markah )

Soalan 2 ( 2 markah )

Soalan 3 ( 4 markah )

Soalan 4 ( 8 markah ) Jumlah markah 20

Rasanya dah banyak kali menduduki peperiksaan tetapi kesilapan yg berulang selalu berlaku

Mengikut perancangan setengah jam terakhir digunakan untuk imbas dan muatnaik jawapan

Saya  telah menjawab 3 soalan tanpa menyedari bahawa soalan terakhir membawa markah yang tinggi.

Tinggal 15 minit lagi masa tamat, saya tinggalkan soalan keempat ,terus imbas dan muatnaik jawapan berkenaan.Proses keseluruhan ini  selesai ,2 minit sebelum masa tamat dengan mengorbankan 8 markah


Saturday, July 25, 2020

Peperiksaan Penilaian JUE300 Kuis 2

Peperiksaan akhir ( 40%) JUE 300 English II

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Kuiz  ( 40% )


Alhamdullillah, saya telah menduduki Kuiz II sekejap tadi.Masa dari 10.00 - 10.30 Pagi.( Lihat Kuiz 1 )

Bahagian I
Soalan objektif 

Untuk setiap soalan , kenalpasti ,salah satu darpada perkataan bergaris yang tidak tepat dalam penggunaan ayat berkenaan
 
Bahagian II
Terdapat dua artikel pendek

Artikel 1- Kenalpasti perkataan yang tidak tepat
Artikel 2 - Pilihan untuk isikan tempat kosong

Saya selesai menjawab kesemua soalan , 10 minit sebelum masa tamat.
Ada ruang masa untuk menyemak semula jawapan yang ditanda itu.

InshaAllah,anggaran markah untuk 
JUE 300 English II ialah A-



Friday, July 24, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 312 Probability Theory

Peperiksaan akhir ( 60%) JIM 312 Probability Theory 

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Assignment 4
 - Take Home Test  ( 60% )

Jangan sesekali dok nak belajar daripada kesilapan sekiranya kita tahu , dari awal lagi kita perlu buat perkara yang betul!
Saya beranggapan sudah memadai mengikuti Webex tanpa merujuk dahulu kepada Ekuliah.Perkara ini telah pun dipesan oleh Prof, ketika sidang webex-Prof hanya membincangkan soalan tutorial pada setiap webex.Pelajar perlu menonton Ekuliah dahulu sebelum menghadiri webex.

Ketika itu saya tidak dpat muaturun kesemua Ekuliah kerana mempunyai masalah dalam capaian  internet yang terlalu perlahan.Saya tidak dapat muaturun ekuliah sebaliknya bergantung penuh dengan webex.

Ianya memakan diri sendiri kerana dalam peperiksaan "Continuous Assessment" ,saya "blur" dengan soalan yang dikemukakan.

Alhamdullillah, saya dah selesai muatnaik jawapan kepada Tugasan 4 ,sebentar tadi.

InshaAllah,anggaran gred  untuk 
JIM 312 Probability Theory ialah A-


Monday, July 20, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 310 Introductory Numerical Methods

Peperiksaan akhir ( 60%) JIM 310 Introductory Numerical Methods

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Assignment 3 - Take Home Test  ( 30% )
( II ) Assigment 4 -Take Home Test ( 30% )

Alhamdullillah, dah selesai Assignment 4, 6 soalan dengan markah keseluruhan 30%

InshaAllah,anggaran Gred untuk 
JIM 310 Introductory Numerical Methods ialah A


Sunday, July 12, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 319 Vector Calculus

Peperiksaan akhir ( 50%) JIM 319 215 Vector Calculus

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( A ) Assignment 3 (  20% )
( B ) Assignment 4 ( 30%)

Alhamdullillah,Saya telah selesai muatnaik
Tugasan 4 tengahari tadi.Tugasan ini perlu dihantar
secara atas talian dalam masa 24 jam

Soalan adalah sama format dengan Tugasan 2
yang diberikan sebelum ini.Tugasan 2 meliputi
topik yang diajar selepas Kursus Intensif

InshaAllah, anggaran gred yang mungkin diperolehi
adalah A


Tarikh Tugasan Online: 1-7 Julai 2020
Tempoh masa menjawab dalam tempoh 3 jam
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu menjawab soalan dalam ruangan yang disediakan.
Untuk soalan yang memerlukan anda melukis keluk ,  anda perlu melukis keluk menggunakan tangan dan upload jawapan dalam format word atau pdf secara online. Bagi soalan yang memerlukan pengiraan, anda perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Saturday, July 11, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JUE 300 English II

Peperiksaan akhir ( 40%) JUE 300 English II

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Kuiz  ( 40% )


Alhamdullillah, saya telah menduduki peperiksaan akhir sekejap tadi.Masa dari 10.00 - 10.30 Pagi.

2. Artikel pendek dengan 10 soalan objektif setiap artikel.
Biasanya, untuk jawap kuiz dalam masa yang singkat ini,perlu pengurusan masa yang cekap dan cepat:-

  • Baca secara sambil lalu kesemua soalan yang ada
  • Untuk setiap artikel, " skimming reading" sambil mencari soalan yang ditanya.
Saya selelsai menjawab kesemua soalan , 4 minit sebelum masa tamat


Thursday, July 9, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JKE213 Wang dan Perbankan

Peperiksaan akhir ( 60%) JKE 213 Wang dan Perbankan

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Tugasan 3 - Kuiz  ( 30% )
( II ) Tugasan 4 ( "Open Book Test' ) ( 30% )

Alhamdullillah,saya dah selesaikan menghantar Tugasan 4, sebelum pukul 8 mlm tadi

6 soalan kesemuanya dengan dengan 3 soalan panjang yang setiap satu soalan membawa kepada 20 markah

InshaAllah,anggaran gred untuk 
JKE 213 Wang dan Perbankan ialah A-

Friday, July 3, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JKE 215 Mikroekonomi

Peperiksaan akhir ( 60%) JKE 215 Mikroekonomi 

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( C ) Soalan Berstruktur- 3 Jam ( 20%)

Alhamdullillah, selesai menjawab Soalan berstruktur
( Jam 9.30 mlm - 12.30 pg)

Sembilan soalan kesemuanya ,perlu dijawap dalam ruang 
yang disediakan.

Kita boleh klik pada soalan satu hingga soalan 9,
untuk melihat secara kasar kesemua soalan berkenaan.
Ini bermakna , kita boleh menjawab mana mana soalan dahulu.

Tempuh masa ( jam ) yang masih ada untuk menjawab soalan 
juga ditunjukkan. 

Ruang disediakan untuk menjawap setiap soalan.

Sebagai contoh 
Soalan 6 ada dua ruang disediakan , satu ruang
untuk muatnaik gambar rajah yg telah kita lukis,
samada dalm bentuk pdf atau word.Rajah berkenaan
perlu dilakar menggunakan tangan. Satu ruang lagi
untuk menjawab soalan susulan yang berkaitan
dengan rajah itu


InshaAllah,anggaran gred untuk 
JKE 215 Mikroekonomi ialah B- 


My 2 Cents 
Sebaik gambar rajah dilukis, seharusnya 
dimuatnaik terus ke ruang yang disediakan.Ini untuk 
elakkan keadaan kelam kabut sekiranya kita tunggu
sehingga selesai menjawab kesemua soalan.Pada
ketika itu, mungkin tinggal beberapa minit lagi 
sebelum masa tamat.Pastikan scanner siap dipasang 
atau jika guna handphone cam camera,sesuaikan 
samada perlu guna mode single atau multiple
snapshot


Tarikh Tugasan Online: 1-7 Julai 2020
Tempoh masa menjawab dalam tempoh 3 jam
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu menjawab soalan dalam ruangan yang disediakan.
Untuk soalan yang memerlukan anda melukis keluk ,  anda perlu melukis keluk menggunakan tangan dan upload jawapan dalam format word atau pdf secara online. Bagi soalan yang memerlukan pengiraan, anda perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Thursday, June 25, 2020

Peperiksaan Penilaian JKE 213 Wang dan Perbankan

Alhamdullillah, saya baru sahaja selesai menjawab 40 soalan objektif dalam masa 1 jam 20 minit.
Soalan berkisar sepenuhnya tentang topik Pengurusan Institusi Perbankan,Regulasi Sistem Kewangan,Perbankan Islam dan Krisis Kewangan.

Saya hanya ada lebih kurang 7 minit,untuk menyemak  bahawa tiada soalan yang tertinggal. Masa suntuk sebegini tidak berpeluang untuk memastikan adakah jawapan yang dipilih itu sebenarnya tepat

InshaAllah, mungkin boleh mendapat markah
 20 / 30% .


Sunday, June 21, 2020

Peperiksaan Penilaian JIM 310 Introductory Numerical Methods

Alhamdullillah,saya telah memuat naik fail jawapan JIM 310.Tempuh masa yang diberikan ialah sebelum Jam 12 mlm ini.

Enam soalan kesemuanya yang perlu dijawap.Markah untuk peperiksaan ini ialah 30%
Soalan adalah "straight forward",menguji kefahaman serta penggunaan kalkulator  untuk beberapa tajuk awal dalam kursus ini.

InshaAllah, mungkin kertas ini berpeluang untuk mendapat markah penuh

Jadual peperiksaan penilaian tahun 3 sesi 2019/2020


Peperiksaan Penilaian 2 JKE 215

Alhandullillah, saya telah menduduki peperiksaan penilaian kedua semalam, 20/06/20.
Jika dibandingkan dengan penilaian pertama, rasanya yang kedua ini lebih baik sedikit

2 Soalan perlu dijawab dalam masa tiga jam.Soalan pertama melibatkan pengiraan tentang harga manakala soalan kedua penerangan ringkas mengenai sesuatu konsep,Markah soalan ialah 20%.

Pada setiap soalan disediakan ruangan utuk muat naik file jawapan ( dalam words atau pdf )

Saya anggarkan markah untuk penilaian ini ,inshaAllah ialah 16%

Jadual Peperiksaan Peniliaian Tahun 3 sesi 2019/2020

Sunday, June 14, 2020

Peperiksaan Penilaian JIM 319 Vector Calculus

Alhamdulliah, saya telah selesai menduduki peperiksaan penilaian ( Tugasan 3 )JIM 319 Vector Calculus pada 13/06/2020.

3 Soalan dengan beberapa pecahan dalam setiap soalan.Tugasan 3 ini , hanya fokus kepada konsep asas  "Cross Product,Dot Product, equation of lines and planes"

Perlu dijawap atas talian dalam masa 24 Jam

Markahnya adalah 20%

InshaAllah , saya anggarkan markah untuk penilaian ini ialah 18%

Tiada peperiksaan akhir...

Jadual Peperiksaan Penilaian Tahun 3 - 2019 / 2020

Saturday, June 6, 2020

Peperiksaan penilaian JKE 215 Mikroekonomi

Alhamdulliah, saya telah selesai menduduki peperiksaan penilaian pada 05/06/2020.

20 soalan objektif ,dijawap atas talian dalam masa sejam

Markahnya adalah 20%

Soalan adalah ringkas, terus kepada konsep yang ditanya tetapi agak mengelirukan
Ada beberapa soalan yang mana ,saya terapkan kaedah  melakarkan graf kerana ia banyak membantu memberi jawapan yang dikehendaki

InshaAllah , saya anggarkan markah untuk penilaian ini ialah 13%

Jadual Peperiksaan Penilaian Tahun 3 - 2019 / 2020

Tuesday, June 25, 2019

Kertas JIM 212 Statistical Method



Petang tadi ,Selasa 25/06/2019,Alhamdullilah,saya telah selesai  menduduki Kertas JIM 212 - Statistical Method ( Masa 3 Jam )

Kali ini hanya ada 4 soalan , yang kesemuanya perlu dijawab.Saya pasti rakan sekuliah dapat menjawabnya dengan baik.Apatah lagi formula memang dibekalkan di belakang kertas soalan tersebut bersama sama dengan Jadual yang digunakan untuk ujian hipotesis.

Semasa di kursus intensif, saya sempat berbual dengan mereka, rata rata mereka tidak begitu bimbang dengan subjek in.Pensyarah juga mengingatkan subjek berkenaan bukan setakat memasukan nilai angka dalam formula tetapi yang lebih penting adalah bagaimana untuk intepretasi data berkanaan.

Berlainan pula dengan saya, saya ada perasaan risau dengan kertas ini kerana pengalaman ketika membuat tugasan menyaksikan saya kerap melakukan kesilapan ketika melakukan pengiraan.

Walaupun dengan pengunaan kalkulator,saya tidak cekap membuat kiraan jalan pintas dan biasanya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu soalan.

Jelasnya perkara ini memang terjadi tadi.Secara purata setiap soalan mengambil masa selama 45 minit untuk diselesaikan.Saya telah mengambil masa antara 50 hingga sejam.

Saya menyedari perkara ini; lagi pun ada bahagian soalan yang sememangnya saya tidak tahu untuk menjawabnya.
Kos lepas saya adalah 40 markah untuk tambahan masa antara 5 hingga 15 min. 

Ini bermakna markah maksimum saya hanyalah 360. Dengan kesilapan dalam pengiraan data,intepretasi data yang tidak tepat ( antara sebabnya  kesilapan menentukan "degree of freedom"), kertas ini bukan yang terbaik saya jawab  

Insya Allah, lulus

Jangkaan Markah     
28.1 / 40% + 36 /60% = 64.1% -> B+


Thursday, June 20, 2019

Kertas JUE 200 English 1


Alhamdullilah,petang tadi ,Rabu 19/06/2019 saya telah menduduki Kertas JUE 200-English 1 
( Masa 1 Jam )

Soalan berbentuk objektif,berpandukan " two passages ".Yang pertama mengenai masalah kegemukan di kalangan kanak kanak di negeri Cina.

Manakala, yang kedua, info kajian saintifik untuk mengurangkan kandungan lemak  di kalangan haiwan ternakan di samping mempertingkatkan otot haiwan berkenaan.

Kertas peperiksaan mempunyai 50 soalan itu diduduki oleh seramai 62 calon.Senarai calon dengan nombor kad pengenalan serta nombor meja dipaparkan di papan kenyataan , di luar dewan peperiksaan yang diadakan di sebuah sekolah menengah.

Insya Allah.
Jangkaan Markah     
Kerja Kursus :44.3/ 60% + 36.8 /40% = 81.1% -> A



Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan