Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Sunday, February 7, 2021

JIM 414 Statistical Inference

 Alhamdullillah, tutorial yag disediakan oleh pensyarah dapat saya selesaikannya.Pelajar akan diberi masa untuk menyelesaikannya sebelum jawapan berkenaan dimuatnaik dalam portal.

Pensyarah ini sedang membuat kajian di USM untuk Phd .Walaupun sibuk dengan pengajiannya, beliau tetap memberi maklumbalas kepada pelajarnya.Mana mana pelajar yang tidak menjawap dengan baik boleh emel beliau untuk di semak jawapan  tutorial mereka. 

Saya ada menghantar jawapan tutorial saya yang sebentuk soalannya dengan tugasan yang diberikan kemudian.Walaupun jalan penyelesaian dan jawapan adalah betul, beliau memperkemaskan lagi dengan beberapa langkah yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah berkaitan


My 2 Cents : Kekangan masa dan tugas seorang pelajar PJJ membataskan sebilangan daripada mereka untuk aktif dalam forum,"general Q & A" atau menyelesaikan tutorial.Apabila kita menghantar tugasan lazimnya kita harapkan markah yang maksimum yang boleh diperolehi.Berlainan dengan tutorial, kita boleh buat "trial and erorr " samada penyelesaian yang kita tunjukkan itu memenuhi konsep yang dikehendaki .Jika menyimpang,pensyarah akan memperbetulkan, biasanya dihuraikan dengan terperinci.Jadi bersedialah dengan tandaan pen berwarna merah, "no pain,no gain"

Friday, February 5, 2021

Tutorial JIM 413Differential Equations II

Alhamdullillah, sejak dari  Webex 1 Tutorial sehingga kini, webex 4 Tutorial, saya dapat menyiapkannya untuk disemak oleh pensyarah.Selain daripada komen dan cadangan daripada pensyarah, satu perkara yag nyata ,kursus ini memerlukan jalan kira yang agak panjang.Bila diimbas kesemua muka surat untuk dimuatnaik secara atas talian, kadangkala tidak lepas kerana melebihi saiz fail ,5 MB yang dibenarkan.Perkara ini telah dimaklumkan kepada pensyarah dan beliau telah meningkatkan saiz fail ke 10 MB

Tiada tempoh tamat untuk menghantar tutorial kepada pensyarah kerana ianya bukan tugasan yang wajib diselesaikan oleh pelajar.Selagi sebelum menduduki kertas peperiksaan akhir kursus tersebut,selagi itu ianya tetap diterima dan disemak oleh pensyarah.

Pada pandangan saya soalan tutorial adalah medan untuk pelajar mengutarakan jalan penyelesaian yg dirasakan betul mengikut cara penyampaian kita berdasarkan apa yang diajarkan oleh pensyarah.Ada ketika, pensyarah mendapati jalan penyelsaian yg ditunjukkan tidak relevan dengan konsep walaupun jawapan akhirnya betul.Begitu juga ada yang tidak perlu ditunjukkan memadai dengan suatu penyataan yang jelas dan nyata.Ada pula ,dirasakan perlu ditunjukkan,yang sebenarnya tidak perlu  kerana dalam soalan itu sendiri telah dinyatakan.



Monday, November 2, 2020

Webex 1 Tutorial JIM 413 Differential Equation II

Hampir seminggu webex 1 JIM 413 Differential Equation II berlalu.

Dalam Webex berkenaan pensyarah telah memberi 4 soalan tutorial sebagai latihan pelajar.Beliau telah menunjukkan bagaimana untuk menyelesaikan soalan 2.Pelajar tidak perlu hantar tutorial tersebut tetapi saya mengambil peluang untuk menghantarkannya untuk beliau menyemak,sebagaimana yang telah  disarankan 

Baru hari ini saya emel kpd beliau...


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan