Showing posts with label JKE 414 Ekonomi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label JKE 414 Ekonomi Malaysia. Show all posts

Monday, August 1, 2022

Peperiksaan JKE 414

 Alhamdulllillah, selesai menduduki peperiksaan JKE 414 Ekonomi Malaysia .

Perlu menjawab tiga daripada lima soalan berbentuk esei dalam masa tiga jam.

Insha Allah, dijangkakan markah yang baik. Dengan ini tamat kesemua kertas peperiksaan bertulis.

Kini, Insha Allah akan menumpu sepenuhnya untuk Projek Tahun Akhir .

Beberapa pembetulan perlu dilakukan sebelum dihantar dalam bentuk CD . Tarikh akhir ialah pada 15/08/2022

Monday, June 6, 2022

Tugasan -Penilaian Video

Tugasan JKE 414-Ekonomi Malaysia 

Penilaian Video Pembentangan

Saya telah menilai sebuah video

Penilaian video berdasarkan tiga kriteria dengan skala

  • lemah
  • memuaskan
  • baik 
  • sangat baik

Jika dilihat kriteria yang diberi, penilaian saya mengenai video itu seperti berikut:-

Kriteria 1 : Memuaskan 

Kriteria 2 : Lemah

Kriteria 3 : Memuaskan

Jika dibandingkan dengan video yang kumpulan kami hasilkan, saya akui, penataan video kumpulan tersebut adalah baik.

Saya pasti jika rakan sekuliah lain yang menilai video berkenaan, mungkin tidak setuju sepenuhnya dengan penilaian saya ini.

Saya tidak terkejut jika video kumpulan kami pula menerima penilaian berkriteria "lemah" sekiranya penataan video itu telah pun memberi " first impression" sedemikian. 

Berlapang dada dengan apa yang telah dihasilkan.


Tugasan video




Sunday, June 5, 2022

TUgasan-Video

 Tugasan JKE 414-Ekonomi Malaysia

Tugasan berkumpulan ini dilakukan oleh 4-5 ahli.

Tugasan berbentuk video, masa antara 5 - 10 minit ( Saiz maksimum ialah 5GB )

Setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk ( Tajuk bebas berkaitan dengan ekonomi , pilihan kumpulan masing- masing )

Video yang telah siap perlu dimuatnaik untuk dinilai oleh ahli kumpulan lain

Kumpulan saya terdiri daripada 5 rakan sekuliah.

( Nama tidak disebutkan kerana saya belum meminta kebenaran mereka  semasa blog ini ditulis)

Berikut ialah "screen shot" bukti penghantaraan video



Insha Allah, esuk saya akan beri sedikit pandangan saya tentang penilaian sebuah video yang telah disediakan kepada saya.

Monday, January 17, 2022

Fasa 1 Kertas Kerja Tugasan JKE 4I4 Ekonomi Malaysia

 

FASA 1 : Rangka dan Isi Tugasan

Mulai hari ini,17- 20/01/2022, kumpulan saya membenarkan saya untuk membuat rangka tugasan.Rangka berkenaan akan ditambahbaikan pula oleh ahli kumpulan pada 21/01/22,sebelum ianya dihantar ke pensyarah untuk semakkan .Jika diluluskan serta ada lagi yang masih perlu diperbaiki sebagaimana yang disarankan oleh pensyarah,maka rangka tugasan tersebut akan dihantar kepada pensyarah sebagai tugasan berkumpulan.Tugasan ini membawa markah 15% dan perlu sampai di tangan pensyarah sebelum 11/02/22

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan