Showing posts with label JIM 590 Project. Show all posts
Showing posts with label JIM 590 Project. Show all posts

Thursday, August 11, 2022

Penghantaraan Cakera Padat JIM590 terkini telah sampai

Alhamdulllillah, mengikut jejakan daripada POS LAJU, cakera padat JIM 590 yang terkini telah pun sampai di pejabat PJJ USM, hari ini Khamis, 11/08/22.



Wednesday, August 10, 2022

Hantar semula Cakera Padat JIM590

Saya telah menerima emel daripada penyelia Projek Tahun Akhir. Beliau mengatakan perlu memperbetulkan tiga perkara dalam kandungan projek itu yang dinyatakan oleh pemeriksa. Bila saya memberitahu yang saya telah hantar CD dengan pembetulan yang telah saya buat berdasarkan catatan semasa pembentangan, beliau hanya mengatakan tak mengapa jika CD telah pun dihantar kepada Pengerusi Rancangan Matematik.

Mungkin juga kesilapan minor namun saya berpendapat elok dihantar semula kerana menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pemeriksa berkenaan. Lagi pun pembetulan yang saya buat tidak sama seperti yang dinyatakan dalam emel berkenaan.

Memandangkan tarikh akhir terima CD ialah 15/08/22, saya mengambil keputusan untuk membuat pembetulan kandungan laporan projek itu berdasarkan emel berkenaan.

Saya telah emel kepada pengerusi rancangan dan memberitahu perkara sebenar. Saya juga memohon agar CD itu diabaikan kerana saya akan menghantar CD lain dengan pembetulan berdasarkan emel tersebut.

Hari ini saya telah hantar 3 salinan CD. InshaAllah, jika berjalan dengan lancar, Ofis PJJ akan menerima seawalnya hari Jumaat atau selewatnya hari Isnin ,15/08/22. Mudah mudahan Allah permudahkan urusan penghantaraan ini, inshaAllah.

Friday, August 5, 2022

Penghantaraan Cakera Padat JIM 590

 Alhamdulllillah, hari ini , saya telah hantar 3 salinan cakera padat melalui Pos Laju. 

Bahan tersebut perlu dihantar kepada

 Pengerusi Rancangan Matematik ,PPJJ, 

USM 11800 Pulau Pinang

sebelum/pada 15/08/22

Di atas cakera padat ditulis 

( permanent marker) perkara berikut:

Kod kursus

Nama Pelajar

No Matrik

Nama Penyelia 

Sidang Pengajian

Juga disertakan surat lampiran 

Berikut maklumat bahan berkenaan

Tajuk: "Approximation of eigenvalues and eigenfunctions of Sturm-Liouville problem using finte difference method"

  • 95 muka surat ( 71 m/s laporan , 5 m/s senarai rujukan & 19 m/s apendiks )
  • 28 senarai rujukan

Syarat kandungan laporan ialan antara 40-80 muka surat , termasuk senarai rujukan & apendiks. Muka surat Jadual Kandungan laporan ( Table of contents) tidak diambil kira.


Tuesday, August 2, 2022

Final Presentation and VIVA

Pada 26/07/2022 yang lalu, telah diadakan pembentangan terakhir dan viva untuk projek tahun akhir. Seramai 10 orang pelajar tahun akhir telah membentangkan tajuk projek masing - masing. Keseluruhan pembentangan mengambil masa lebih kurang empat jam, bermula daripada jam 8.10 sehingga 2.45 ptg . 20 minit diperuntukan pada setiap pembentangan diikuti dengan sesi soal jawab selama 15 minit.

Alhamdullillah saya dapat membentangkan dalam masa yang ditetapkan. Seorang daripada empat panel pemeriksa  akan menanyakan setiap pembentang.

Soalan yang ditanya kepada saya :-

  • apakah yang dimaksudkan dengan "analytical solution" 
  • tunjukkan bukti yang mengatakan bahawa " the numerical solution" akhirnya mencapai nilai tertentu
  • bagaimana kaedah Numerov itu boleh diungkapkan dalam bentuk penyelesaian matrik nilai eigen
Soalan tersebut dapat di jelas sebaik mungkin. Pemeriksa memberi cadangan bahawa perkaatan " analytical solution" digantikan dengan perkataan" exact solution". Untuk soalan kedua, pemeriksa berpuashati dengan jawapan yang diberikan tetapi menyarankan supaya dapatkan bukti daripada kajian lalu untuk mengukuhan hujahan yang diberikan. Soalan ketiga sebenarnya telah saya tunjukkan bukti kaedah Numerov dalam laporan projek tetapi untuk pembentangan saya terus gunakan formula kaedah tersebut tanpa bukti.

Laporan terakhir (setelah dilakukan penambahbaikan) perlu dihantar dalam bentuk cakera padat selewat-lewatnya pada 15/08/2022.Sebanyak tiga salinan cakera padat perlu dikemukakan

 Penulis berada di kedudukan baris tengah, dua daripada kiri, yang berbaju kuning...

Saturday, March 26, 2022

1st Report Presentation

 Alhamdullillah, hari ini telah selesai sudah pembentangan pertama untuk JIM 590 Projek.

Seramai 11 orang pelajar telah membentangkan sesi selama 30 min setiap orang, 15 min pembentangan,15 min lagi sesi soal-jawab.Sesi bermula dari puul 8.00 pagi berakhir pada 12.45 tgh.

Saya adalah pembentang pertama dengan menghadapi dua soalan pertanyaan daripada dua orang pensyarah ( 4 orang pensyarah bertindak sebagai panel )

Insha Allah, VIVA pada bulan Julai yang mana soalan yang bakal dikemukakan adalah lebih menyeluruh tentang kajian yang dijalankan untuk kursus Projek Tahun Akhir ini.

Friday, March 18, 2022

Webex dengan penyelia JIM 590 Projek Tahun Akhir

Pada 26/3/2022, pelajar perlu membentangkan laporan pertama projek tahun akhir.

Sebelum ini pada setiap hari rabu, saya perlu memaklumkan perkembangan semasa dalam menyiapkan laporan berkenaan kepada penyelia.Selama ini saya berurusan melalui emel dengan menghantar file berkaitan untuk penyelia menyemak.Maklumbalas beliau sangat cepat bagi setiap hantaran atau permasalahan yang dikemukan.

Antaran komen beliau untuk penambahbaikan ialah; 

  • penggunaan persamaan matematik yang tidak memenuhi kriteria piawai seperti pemboleh ubah perlu dalam font lencung , penandaan bilangan persamaan Matematik yang tidak megikut bab berkaitan, tidak menggunakan format formula Matematik walaupun formulanya adalah betul
  • istilah yang tidak seragam seperti " central" dengan " centered'
  • kecuaian dalam singkatan seperti Sturm-Liouville Problem , singkatan piawai ialah SLP, kadangkala tertulis STP
  • kecuaian dalam koma, jarak antara ayat dan seumpamanya
  • "Literatur Review" yang tidak menampakan keperluan untuk menjalankan kajian dan tiada kesinambungan daripada kajian terdahulu mengapa kajian yang dicadangkan perlu diteruskan
Hari semalam, 17/3/2022, satu perjumpaan webex dengan beliau telah diadakan.Selain daripada tips yang diberikan untuk mengatasi masalah seperti di atas,beliau telah memberi garis panduan untuk penyediaan slide untuk pembentangan.

Disertakan apa yang perlu dilakukan mengikut susunan slide:
  1. Introduction: Background study
  2. Problem Statement
  3. Objectives of study & Research Questions together with scope of study
  4. Literature Review( Many studies on SLP, why there is a need to still study on SLP)
  5. Regular Sturm-Liouville Problem ( Theorem & analytical solutions)
  6. Central Finite Difference (Derivation & application)
  7. Numerov Method (Derivation & application)
  8. Progress for the next chapter

Sunday, January 16, 2022

Fasa 2 ; Projek Akhir Tahun

 


Alhamdulllillah, fasa 1, projek tahun akhir telah diluluskan oleh penyelia projek.

Fasa 1 ialah tugasan ( 10% ) mengenai mengapa perlu diadakan kajian yang dipilh , latarbelakang kajian dan pentingnya kajian yang diusulkan itu 

Sekarang akan beralih ke fasa 2

Fasa 2 : Persediaan projek dalam menulis laporan pertama ( Minggu ketiga Januari -Minggu ke empat Feb 2022 )

Bab 1 : PENGENALAN
     1.1 : Pengenalan
     1.2 : Pernyataan permasalahan dan Soalan Kajian
     1.3 : Objektif dan Skop kajian
     1.4 : Kepentingan kajian
Bab 2 : KAJIAN LITERATUR
BAB 3 : METODOLOGI
Semoga Allah memberi ilham dan keberkatan dalam memenuhi keperluan kursus ini.



Tuesday, December 28, 2021

Draft Tugasan

Minggu depan saya perlu hantar draft tugasan untuk JIM 590 Projek 
Kandungan tugasan mengandungi :-
 1.Kajian literature + Rujukan
 2.Charta Gantt 
3.Perbelanjaan dalam menjalankan projek

Wednesday, December 15, 2021

Laporan pertama Projek Tahun Akhir

Mulai minggu lepas ,penyelia yang juga pensyarah saya semasa tahun empat, telah memaklumkan kesemua tiga orang pelajar yang di bawah penyeliaan beliau perlu menghantar laporan tentang Projek Tahun Akhir. ( PTA ).

Beliau ingin memastikan agar pelajar tidak menghantar cadangan PTA  itu di saat terakhir iaitu pada 15/01/2022.Beliau telah menetapkan bahawa pelajar perlu menghantar perkembangan PTA setiap hari Rabu.Dalam masa tersebut, pelajar sentiasa dialukan untuk berurusan dengan beliau.

Beliau sangat proaktif, saya telah menghantar kandungan untuk bahagian Metodologi yang banyak melibatkan pengiraan.Boleh dikatakan setiap emel saya dibalas dengan kadar segera dan dicadangkan dengan penambahbaikan.Saya baru tahu yang beliau mahu melihat dahulu kandungan utama PTA seperti objektif, skop PTA ,memandangkan saya bermula dengan metodologi , beliau layan juga.Beliau memberitahu yang beliau ingin melihat kandungan berkenaan selepas ini.

Hari ini, Rabu,15/12/21 ,saya telah menghantar laporan pertama perkembangan PTA.


Saturday, November 13, 2021

JIM 590 Kertas Projek Matematik

Hari ini bermula webex  pertama JIM 590.Hanya satu webex sahaja,selepas ini ,pelajar akan berurusan dengan penyelia masing - masing



References
























Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan