Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Tuesday, October 10, 2023

Celcom validity had expired...purchase using existing credit balance

Saya menggunakan prepaid celcom, setiap bulan top up RM30 untuk penggunaan selama 30 hari.

Cukup tempoh 30 hari, saya akan top up lagi melalui online banking, begitulah seterusnya sehingga baki kredit Celcom mencecah ratusan ringgit, sebab jarang guna celcom untuk buat panggilan.

Hari ini, baru saya dapat tahu , boleh panjangkan tempoh sah kredit untuk 15hari  menggunakan baki kredit sedia ada.

Contoh 

Tekan aplikasi Celcom dan pada layar telefon bimbit anda terpapar maklumat berikut

 Credit Balancr RM100.00

Already expired  .=> Reload

Katakan anda akan topup hari ini , 10/10/23 untuk 15 hari dengan bayaran RM8.00

( pilihan yang ada ialah 1 hari dengan RM1, 3 Hari dengan RM 2 & 15 Hari dengan RM8.00 )

Caranya

1. Dial *118#

2. Pilih 1: My Account
3. Pilih 3: Extra Credit Validity
4. Pilih 3. Extra 15 Days Credit Validity RM8
5. Tunggu SMS( nombor 28882 ) untuk pengesahan
6. "RM0 You have requested to purchase 15 days validity at RM8.To proceed, send YES 15DAY to 28882 '
7. taip" YES 15DAY '
7. Tunggu pesanan berikut "RM0 You have successfully purchased 15 days validity at RM8.Stay in touch with your family & friends with Celcom ! "

Semak Aplikasi Cecom anda & di layar telefon bimbt ada terpapar maklumat berikut:-

. Credit balance RM 91.50

   valid till 25/10/2023 

Cukup tempoh , ulang proses di atas untuk setiap 15 hari sehingga baki kredit menyusut ke RM8.00.
Kemudian boleh lah saya topup RM30 semula melalui online banking...


Thursday, March 3, 2022

Tuesday, October 5, 2021

Payment Gateway-toyibbpay.com

  1.  Anda menjual produk RM50.00 secara online
  2. Pelanggan bersetuju untuk membeli produk anda 
  3. Anda memberikan no akaun anda untuk pelanggan deposit
  4. Anda semak, dan mendapati pelanggan anda telah pun deposit RM50.00
  5. Anda hantar produk kepada pelanggan
Dengan Payment Gateway, perkara 1 sehingga 4, dapat dilakukan dengan mudah

Anda boleh menggunakan perkhidmatan payment gateway,  toyibbpay.com dengan caj yang sangat murah. anda hanya dikenakan caj RM1.00 bagi setiap transaksi.

Ini bermaksud, jika pelanggan anda membeli produk RM50 daripada anda,RM49.00 akan dimasukkan ke dalam akaun anda oleh, toyibbpay.com

Pendaftaran menggunakan nama peribadi atau nama perniagaan 

I : Nama Peribadi
Anda diminta muatnaik salinan kad Pengenalan anda, 
butiran nama bank dan nombor akaun bank serta nama butiran peribadi yang lain.

Pastikan akaun anda  adalah akaun semasa .Anda boleh juga menggunakan akaun simpanan.Namun jika transaksi deposit yang terlalu kerap ke akaun simpanan, ada sesetengah bank akan blok kerana mungkin mereka mensyaki ada transaksi pengubahan wang haram, sekiranya mereka berpuashati yang anda menjalankan perniagaan yang sah, mereka akan menasihati anda untuk membuka akaun semasa.

II. Nama perniagaan
Biasanya mereka yang menjual produk samada di website atau menggunakan platfom Facebook mempunyai perniagaan sekurang-kurangnya perniagaan pemilik tunggal.Mereka akan mendaftar perniagaan dengan SSM.Maklumat perniagaan mereka  terdapat di Borang D-Sijil Perakuan Pendaftaran SSM.

Anda diminta muatnaik salinan Borang D anda, 
butiran nama bank dan nombor akaun perniagaan anda serta nama butiran peribadi yang lain.

Pastikan akaun perniagaan anda adalah akaun yang mempunyai nama perniagaan yang sama seperti dinyatakan dalam Borang D

Anda boleh daftar secara PERCUMA di  toyibbpay.com !

  • tiada caj tersembunyi
  • tiada had transaksi
  • mudah dan pantas
  • perlindungan data 
  • pelbagai penggunaan

Sunday, August 15, 2021

Menulis kod html untuk halaman sesawang

Cuba "right-click" suatu halaman sesawang dan buka "view source  page"

Anda akan dapati  kod html terbentang.

Saya mula mempelajari menulis kod html pada tahun 2002.

Ketika itu kerajaan menggalakkan mereka yang hilang pekerjaan samada diberhentikan atau mengambil skim berhenti sukarela mempelajari bidang teknologi baru.Ianya sebagai tambahan kemahiran untuk menceburi kerjaya lain kelak.

Golongan ini hanya perlu mendaftar belajar sesuatu kursus di kolej swasta dengan yuran penggajian dibiayai oleh kerajaan. Kursus yang diikuti tidak melebihi 6 bulan.Peserta kursus pula menerima elaun penggajian sebanyak RM500 sebulan yang diberikan oleh kerajaan.Kolej berkenaan akan memastikan bahawa pelajar menghadiri kelas seperti yang telah dijadualkan.

Saya telah mendaftar di sebuah kolej swasta di Taman Maluri, Cheras,untuk kursus membina halaman sesawang.Kalau tidak silap , hanya saya dan seorang lagi yang mengikuti nya,manakala 10 orang lagi mengambil kursus yang lain.

Guru yang mengajar menyuruh kami mempelajari juga melalui halaman sesawang khas "Writing HTML" di internet kerana masa seminggu sekali dengan 2 jam tidak mencukupi jika tidak dilakukan latihan sendiri.


Halaman berkenaan telah beroperasi di internet sejak 1994 tetapi telah ditutup pada 2006.

Saya telah memuatturun dan bukukan kesemua "Lessons" yang terdapat pada halaman tersebut.

Berpandukan "Lessons" berkenaan,saya telah membangunkan halaman sesawang sendiri yang mengekalkan penggunaan asas kod html itu.

Saya telah mengambil skim berhenti kerja secara sukarela VSS ( Volunteery Separation Schme ).Ketika itu saya mempunyai satu tahun lagi penggajian jarak jauh UiTM.Pada tahun 2004, saya telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian .

Berbekalkan ijazah itu serta pengalaman bekerja, saya diterima sebagai salah seorang pengajar di sebuah kolej swasta ( tahun 2004) yang menawarkan kursus bersekutu dengan pihak UiTM.Saya mengajar pelajar "Diploma in Business Studies" lebih kurang 5 tahun.
Kolej berkenaan menawarkan dua lagi kurus UiTM iaitu " Diploma in Account& Diploma in Computer Science" 

Kini , kolej berkenaan telah ditutup setelah salah seorang tuan punya telah kembali ke rahmatullah.



Wednesday, March 10, 2021

Resonsive Link bermula hari ini

Hari ini, 10/03/2021 bermula nya "responsive link" untuk iklan pada semua muka surat halaman sesawang.

Apa perubahan nya di halaman ini ?

Tuesday, February 2, 2021

Pautan iklan dimansuhkan ,diganti dengan "Responsive Link"

Mulai 10/03/2021, tiada lagi "link Add" muncul di laman sesawang ini.Ianya akan diganti dengan "responsive link".

Jika di ertikan dengan "responsve website" ia membawa maksud paparan halaman sesawang akan bertukar mengikut saiz, resolusi dan orientasi pembaca...

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan