Showing posts with label Kebun Getah. Show all posts
Showing posts with label Kebun Getah. Show all posts

Wednesday, August 2, 2023

Tanah Pertanian 5.71 ekar ( Kebun Getah ) Kuantan,untuk dijual

 Saya telah mengiklankan kebun getah untuk dijual pada hari ini,02/08/2023 di halaman sesawang jual beli mudah.my.

Iklan khusus saya adalah di

https://www.mudah.my/vi/103065497.htm

Tujuan saya post di sini ialah untuk mengetahui berapa lama,ia mengambil masa, sebelum ianya dapat dijual. Biasanya urusan tanah mengambil masa antara 1 - 3 tahun .InshaAllah , sekiranya terlaksana, bolehlah saya kemaskini posting ini.



    • Butiran :-
    • Tanah  ( Pegangan Bebas ) di Kg Pandan Satu , Kuantan
      Persekitaran
      *Masjid
      *Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan,
      *SMK Padang Garuda
      *Kawasan perumahan dan kedai
      Berdekatan
      **Kg. Pandan Dua
      **Jaya Gading
      **Taman Tas
    • Pengalaman : Saya pernah mengiklan rumah untuk di sewa di https://www.mudah.my.Untuk mengiklannya adalah percuma tetapi untuk mengekalkan iklan itu di halaman pertama sesawang itu, saya membayar untuk selama seminggu supaya iklan itu tetap berada di halaman pertama berkenaan.Biasanya dalam masa seminggu setelah iklan berbayar itu, saya telah mendapat pelanggan yang mana sebelum itu sudah ada beberapa bakal penyewa lain yang berminat.
    • Tetapi sekarang ini, telah ada Facebook di mana pelbagai kategori iklan diiklankan secara percuma .
    • Saya memilih mudah.my kerana jika pembeli ingin membeli misalnya tanah pertanian di negeri Pahang, daerah Kuantan, maka pencarian di mudah.my berdasarkan kategori yang telah sedia ada untuk pembeli mencarinya dengan tepat.
    • Adanya kemudahan iklan berbayar yang kosnya berpatutan agar iklan sentiasa berada di halaman pertama dalam tempoh berbayar itu, juga merupakan antara sebab saya memilihnya
    • Akhir sekali saya dah biasa dengan tatacara mengiklan di mudah.my
    • Iklan saya pada hari pertama, 02/08/23 berada di  halaman pertama , kedudukan nombor 2




Tuesday, November 17, 2020

Friday, October 16, 2020

Kebun Getah : Membersih kawasan

Sebelum itu, cuci dulu karburator mesin rumput 

Peralatan yang digunakan: 



Kebun getah keluarga saya bersempadan dengan tuan punya kebun berpagar ( bakal ditanam kelapa mawar) dan tuan punya ladang kelapa sawit





  Hari Pertama Khamis- 15/10/2020
Sebelum...




Selepas...

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan