Showing posts with label JIM 502 Design & Analysis of experiments. Show all posts
Showing posts with label JIM 502 Design & Analysis of experiments. Show all posts

Thursday, July 21, 2022

Peperiksaan JIM 502

Alhamdulllillah, semalam telah selesai menduduki peperiksaan JIM 502-Design & Analysis of experiment. InshaAllah, rasanya markah untuk subjek ini agak baik.

Ada tiga soalan yang perlu dijawap kesemuanya dalam masa 2jam. Setelah tamat masa 2 jam , pelajar diberi masa lagi 35 minit, digunakan untuk  mengimbas kertas jawapan dan memuatnaik di pautan yang disediakan.Setelah tamat tempoh, pautan tersebut akan ditutup.

Biasanya apabila pelajar telah memuatnaik kertas jawapan, butang " finished attempted" akan terpapar. Pelajar akan ketik butang berkenaan, lalu terpapar status" submitted for grading". Proses memuatnaik telah selesai.

Berlainan dengan yang ini, setelah selesai memuatnaik, terpapar status "submitted for grading" namun ada butang " edit" dan "remove" sedangkan pada awalnya sebelum memuatnaik, ada pemberitahuan bahawa , muatnaik hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Sebenarnya perkara ini telah biasa dikalangan pelajar apabila ada tugasan yang perlu dimuatnaik di pautan yang telah disediakan. Apabila dirasakan ada tertinggal sesuatu dalam kandungan tugasan, pelajar akan "edit" atau "remove" dan kemudian memuatnaik semula kandungan tugasan yang telah diperbetulkan itu. Namun dalam peperiksaan, jika sekiranya berbuat demikian, dikuatiri , memuatnaik yang pertama itu telah pun dibatalkan manakala memuatnaik jawapan yang diperbetulkan itu pula dikira sebagai memuatnaik kali kedua.Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikandung berciciran.

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pensyarah.Beliau memaklumkan setelah selesai memuatnaik jawapan dan ada status " submitted for grading", bermakna kertas jawapan itu telah diterima.

Sebelum itu, ada seorang pelajar yang inginkan kepastian daripada pensyarah.Dalam portal ditulis masa peperiksaan 2jam yang mana setelah tamat masa peperiksaan , ( 10.30pg-12.30tgh) pautan untuk dimuatnaik akan ditutup. 

Terima kasih kepada sdr Ruff kerana pensyarah menyedarinya lalu menukar "setting" @ (10.30 pg- 1.35tgh)




Sunday, March 20, 2022

PB JIM 502

Alhamdullillah, selesai menduduk Peperiksaan Berterusan JIM 502, tadi.
Terdapat 2 soalan .setiap jawapan ada ruang untuk dimuatnaik file jawapan .
Soalan telah sedia ada di halaman portal tanpa dapat dimuaturun untk di simpan dalam file peribadi.

Sebelum ini , pensyarah telah memberitahu samada untuk memuatnaik jawapan pada setiap soalan yang disediakan ruang berkenaan atau memuatnaik kedua dua jawapan pada ruang yang disediakan di soalan kedua.

Saya memilih untuk memuatnaik file jawapan pada setiap soalan.Ini bermakna selesai menjawab soalan pertama, saya imbas dan memuatnaik jawapan ke ruang yang disediakan.Setelah itu saya beralih pula ke soalan kedua dengan klik butang "next" untuk menjawab soalan tersebut.Setelah selesai menjawab soalan kedua, mengimbas dan memuatnaik pada ruang yang disediakan, saya klik butang "finish".Setelah itu, ada halaman lain yang mana perlu klik "submit all & finish".Setelah butang itu diklik , terpapar notis yang memberitahu status " submitted & finish attempt"

Ada rakan yg memilih pilihan kedua iaitu, menjawab semua soalan 1 & 2 , kemudian mengimbas dan memuatnaik kedua -dua jawapan pada ruang yang disediakan di soalan kedua.Setelah klik "submit all & finish" , status yang diterima adalah "unfinished".Untuk berpatah semula tidak lagi dibenarkan kerana "submission" adalah "1st attempt only"

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pensyarah yang mana setelah beberapa minit, beliau mengesahkan telah menerima kesemua file jawapan daripada pelajar.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan