Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Sunday, September 10, 2023

Pengalaman pembelajaran kendiri dalam program ODL

Pada 09/09/2023,Sabtu,Unit sokongan Akademik Pelajar (SAS) telah menganjurkan sesi perkongsian pelajar sempena Program Siswa Lestari RPJJ Fasa 1.

Saya merupakan salah seorang daripada tiga orang panel, Pn Nurul Atiqah dan En. Mohd Hafiz Izhar Idris, yang berkongsi pengalaman pembelajaran kendiri dalam program ODL-Open & Distance Learnig Programme. 

Penyelaras program ialah Dr Bok Guat Im (Jabatan Sains Sosial )dan Pn Anis Tasnim Md Yusof ( Jabatan Kimia ) sebagai moderator.


Dalam pusingan pertama perbincangan, saya agak "blur" bila moderator bertanyakan bagaimana perbezaan antara belajar sepenuh masa dengan separuh masa.Dulu,ketika saya mengambil diploma dan ijazah sarjana muda( kedua - dua dalam bidang perniagaan ) ianya secara secara luar kampus.Jawapan ringkas daripada saya ialah saya belajar menggunakan module yang telah dibekalkan dan menghadiri kelas sebulan sekali pada hari sabtu.Pensyarah mengajar di kelas beberapa topik  dengan menekankan perkara yang penting sahaja.Walaubagaimanapun kedua kedua rakan  panel dapat memberi penerangan yang sangat jelas mengenai perkara ini.Berikut ialah catatan perkongsian saya untuk pusingan kedua dan pusingan ketiga ( terakhir).Setaip pusingan moderator memberi soalan kuiz untuk pelajar baru menjawab di mana kesemua ketiga tiga soalan itu ada pemenangnya. 

1.Penyesuaian diri dengan ODL

 Sebelum saya mohon PJJ, saya telah membaca beberapa blog bekas pelajar PJJ USM. Daripada situ, saya mendapat gambaran yang jelas tentang konsep pembelajaran ODL.

Saya juga bernasib baik kerana terjumpa FB, kumpulan tertutup,Pelajar Tahun Ketiga yang mengambil Matematik sbg major dan minor ,diterima menjadi ahli mereka.Hampir setahun saya mengikuti perkembangan yang berguna tentang kandungan kursus, seperti kursus major, pilihan dan kursus yang agak sukar.

2.Petua untuk berhadapan dengan ODL selepas 3 tahun penggajian

  Saya mengikuti struktur kursus yang telah diatur spt mana dalam panduan pembelajaran akademik.Agar sentiasa tidak tersasar daripada pengajian, saya wujudkan blog peribadi  yang fokus utamanya menyimpan video, e book atau halaman sesawang yang berkaitan dengan kursus.Secara tidak langsung sebagai suatu motivasi untuk terus maju dalam penggajian

3. Cabaran sebagai warga emas dan petua untuk mengatasinya

Pada saya cabaran utama ialah teknologi. Tiada cara lain selain mempelajarinya untuk meningkatkan kemahiran.Walaupun teknologi berkenaan tidak asing bagi saya tetapi tidak ambil tahu sebelum ini sebab tiada keperluan untuk berbuat demiian. 

Sebelum webex saya telah membaca kandungan topik yang hendak dibincangkan. Saya membuat beberapa catatan untuk bertanya kpd pensyarah sekiranya masa mengizinkan ketika sesi webex.

Jika tidak, saya akan membuat susulan melalui emel.

Saya hanya biasa menggunakan words untuk menaip

Saya masih menggunakan scanner daripada snap foto yang boleh terus bertukar kepada bentuk pdf 

Sebagai contoh untuk scan kertas A4 kemudian muatnaik ke folder memakan masa hampir 1 minit. Soalan jawapan Matematik ada yang sehingga 15 muka surat kertas A4. Proses untuk menukar kepada satu set  file pdf untuk 15 kertas A4 memakan masa antara 20-25 minit.Dalam peperiksaan atas talian, masa tambahan 30 minit diberikan untuk proses muatnaik jawapan.Saya telah melakukan beberapa penambahbaikan antara lain menuis dalam tulisan yang kecil sedikit agar dapat mengurang bilangan kertas A4 itu.

Menjelang Projek Tahun akhir,Saya mula mempelajarinya melalui youtube antaranya  cara untuk set up table of contents, insert figures & tables, Untuk burn CD pun saya belajar daripada youtube

4.Punca kejayaan yang dicapai

i. Soalan Latihan dan Tutorial

Semua pensyarah Matematik menyediakan soalan latihan dalam webex manakla ada beberapa pensyarah yang menyediakan soalan tutorial untuk setiap topik.

Seingat saya, saya tidak pernah terlepas untuk menjawab soalan latihan atau soalan tutorial yang diberikan.Berkenaan soalan tutorial, saya selalu memberi jawapan yang saya fikir jalan penyelesaiannya.Kemudian pensyarah akan memperbetulkan dan memberi jawapan yang tepat.Daripada sini, kita tahu jawapan piawai untuk soalan berkenaan

ii. Hubungan dengan pensyarah

Jika ada masalah, saya biasa menghubungi pensyarah melalui emel dan sangat seronok kerana mereka membalas dengan kadar segera.Kalau kita hantar hari ini, biasanya esuk petang telah mendapat balasan daripada mereka.

iii. Forum

Platform ini jarang digunakan , tetapi jika ada, pastinya permasalahan yang baik untuk direnung bagi menyelesaikan  bersama.Saya ikut sertai kerana sebelum kita response, kita akan mencari maklumat berkenaan yang boleh digunakan untuk masalah yang dibincangkan.Secara tidak langsung, ia mempertingkatkan lagi pemahaman kita 

iv. Tugasan 

Saya meletakkan sasaran yang tinggi untuk mencapai markah yang maksimum.Saya akan buat draf beberapa kali sehingga mendapat jawapan yang terbaik.Biasanya saya pastikan tugasan dihantar atau dimuat naik seminggu sebelum tarikh akhir penerimaan. Tidak pernah buat tugasan minit minit terakhir.  

v. Projek Tahun Akhir

Saya dapatkan senarai tajuk projek daripada pelajar seniour.Secara kasar dapat gambaran tugasan sebagaimana yang lazim dilakukan.

Sebelum memasuki tahun pengagajian akhir , elok berhubung terus dahulu dengan pensyarah yang ingin kita jadikan sebagai penyelia projek tahun akhir.Ini kerana, pensyarah hanya boleh mengambil maksimum tiga orang pelajar di bawah penyeliaannya.Jika kita pernah berhubung dengan pensyarah secara konsisitin, besar kemunkinan kita dapat slot berkenaan dahulu disebabkan pensyarah sudah tahu komitment kita sepanjang penggajian .


vi. Whatsapp Group ( Rakan Sekuliah )

Saya masih kekalkan whatsapp group dari tahun pertama sehingga tahun akhir.Saya pastikan group ini sentiasa aktif dengan adanya perkongsian buku rujukan, youtube,webiste  dan ebook yang berkaitan dengan kursus . Menjelang peperiksaan pula, kami menjawap soalan peperiksaan tahun tahun lepas dan berkongsi dalam group.Keadaan menjadi lebih aktif bila masing masing mengemukakan jawapan yang lain sedikit.Daripada sini, biasanya akan ada jawapan sepakat yang selari dengan nota kuliah.

vii.Kursus Intensif

Kekalkan hubungan dengan pensyarah dan rakan whatsapp.Tak kenal ,maka tak cinta.

viii. Jadual Waktu pembelajaran peribadi untuk menghadapi peperiksaan

Saya mempunyai jadual samada untuk ulangkaji atau menjelang peperiksaan. Masa yang terluang, memberi saya kesempatan untuk mengikut jadual yang ditetapkan seperti seorang pelajar sepenuh masa dengan jadual penggajiannya. 

Akhir sekali saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang sudi mendengar perkongisian yang tidak seberapa ini daripada kami.


 Sesi bergambar dengan sebahagian daripada pelajar.tahun pertama

Barisan atas ialah moderator, Pn Anis Tasnim dan penulis.

Barisan kedua, di sebelah kiri rakan panel, En Mohd Hafiz manakala di sebelah kanan, Dr Bok, Penyelaras program

Barisan akhir,tiga daripada kiri, rakan panel kedua Pn Nurul Atiqah

Monday, September 4, 2023

Kuala Krai

Pada hari Sabtu, 02/09/23, saya telah singgah di Kuala Krai, Kelantan.Inilah kali pertama saya menjejak kaki setelah meninggalkan tempat kenangan yang indah ini, 55 tahun yang lalau.

Saya telah bersekolah di Sek. Ren.Yahya Petra dari tahun 1968 sehingga 1970

( Darjah 1 sehingga Darjah 3)



Zaman kanak - kanak selalu berada di kawasan ini

1.Stesen Keretapi





Keretapi bertolak dari stesen Kuala Krai 
pada pukul 3.00 ptg.


2.Tangga Krai ( Dulu lebih dikenali sebagai Tangga Bradley )



3. Sungai Kelantan


4. Balai Polis

Saya masih ingat sebahagian kawasan yang masih lagi dikekalkan.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan