Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Thursday, July 21, 2022

Peperiksaan JIM 502

Alhamdulllillah, semalam telah selesai menduduki peperiksaan JIM 502-Design & Analysis of experiment. InshaAllah, rasanya markah untuk subjek ini agak baik.

Ada tiga soalan yang perlu dijawap kesemuanya dalam masa 2jam. Setelah tamat masa 2 jam , pelajar diberi masa lagi 35 minit, digunakan untuk  mengimbas kertas jawapan dan memuatnaik di pautan yang disediakan.Setelah tamat tempoh, pautan tersebut akan ditutup.

Biasanya apabila pelajar telah memuatnaik kertas jawapan, butang " finished attempted" akan terpapar. Pelajar akan ketik butang berkenaan, lalu terpapar status" submitted for grading". Proses memuatnaik telah selesai.

Berlainan dengan yang ini, setelah selesai memuatnaik, terpapar status "submitted for grading" namun ada butang " edit" dan "remove" sedangkan pada awalnya sebelum memuatnaik, ada pemberitahuan bahawa , muatnaik hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Sebenarnya perkara ini telah biasa dikalangan pelajar apabila ada tugasan yang perlu dimuatnaik di pautan yang telah disediakan. Apabila dirasakan ada tertinggal sesuatu dalam kandungan tugasan, pelajar akan "edit" atau "remove" dan kemudian memuatnaik semula kandungan tugasan yang telah diperbetulkan itu. Namun dalam peperiksaan, jika sekiranya berbuat demikian, dikuatiri , memuatnaik yang pertama itu telah pun dibatalkan manakala memuatnaik jawapan yang diperbetulkan itu pula dikira sebagai memuatnaik kali kedua.Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikandung berciciran.

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pensyarah.Beliau memaklumkan setelah selesai memuatnaik jawapan dan ada status " submitted for grading", bermakna kertas jawapan itu telah diterima.

Sebelum itu, ada seorang pelajar yang inginkan kepastian daripada pensyarah.Dalam portal ditulis masa peperiksaan 2jam yang mana setelah tamat masa peperiksaan , ( 10.30pg-12.30tgh) pautan untuk dimuatnaik akan ditutup. 

Terima kasih kepada sdr Ruff kerana pensyarah menyedarinya lalu menukar "setting" @ (10.30 pg- 1.35tgh)




Tuesday, July 5, 2022

USM Synchronous Exam Online

Musim peperiksaan menjelang tiba !

Peperiksaan akan bermula dari 18/07 - 07/08/2022


Peperiksaan sidang 2021/2022 masih dijalankan dengan kaedah "Synchronous" dan " Asynchronous"

Sila rujuk di sini


Tuesday, June 21, 2022

Jadual Belajar Peperiksaan Akhir Tahun 5 -2020



18/07-07/08/2022 


Jadual Belajar dan  Peperiksaan Akhir 

Tahun 5 - 2021/2022


Tarikh/Hari Masa Kursus
23- 25/06/2022
JKE 414 
26- 02/07/2022             
JIM 501 & JIM 590 

03- 09/07/202
JIM 503 
04/07/2022


JIM 590 Muatnaik Projek

03-09/07/2022
JIM 503

16/07/202 - VIVA Projek

JIM 590

10-19/07/2021
JIM 502

20/07/2022-RABU

10.30 PG Peperiksaan

JIM 502
26/07/2021-SELASA 10.30 PG Peperiksaan JIM 503
29/07/2022-JUMAAT 3.45 PTG Peperiksaan  JIM 501 


01/08/2022-ISNIN 3.00PTG Peperiksaan JKE 414


15/08/2022 -POST CD JIM 590






Wednesday, March 16, 2022

PB JIM 503 Modern Algebra

Alhamdullilah, hari ini,selesai suadah PB JIM 503 Modern Algebra.

5 Soalan kesemuanya, perlu dijawab dalam masa 1 jam 30 min

Selepas itu masa tambahan 30 min utk imbas dan muatnaik jawapan dalam file pdf.

Markah keseluruhan 20%

Kesemua soalan adalah langsung daripada pemahaman dalam webex

Monday, March 14, 2022

PB JKE 414 Ekonomi Malaysia

 Alhamdullilah, saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan untuk subjek Ekonomi Malaysia.

Sebanyak 40 soalan objektif perlu dijawab dalam masa 2 jam

Hampir kesemua soalan berdasarkan webex yang meliputi Kuliah 1 sehingga Kuliah 4

Soalan adalah langsung daripada kandungan kuliah.

Peperiksaan ini menyumbang kepada 20% markah keseluruhan kursus

Wednesday, July 28, 2021

Cabaran lockdown browser ...anggaran gred untuk tahun 4 sidang 2020/2021

  Alhamdulliah ,selesai sudah peperiksaan akhir tahun 4 sidang 2020/2021.

Tahun ni mencabar dengan sistem "lockdown browser"...

Hanya peperiksaan untuk kursus JKE 216 Makroekonomi yang bersifat "Synchronous - S " manakala peperiksaan untuk kursus lain adalah " Asynchronous -A"

Peperiksaan S dikendalikan oleh Unit peperiksaan , dimana pelajar perlu menduduki peperiksaan melalui pautan "Examonline USM " Sebelum akses ke peperiksaan, pelajar perlu "install" "lockdown browser " pada komputer riba.Aplikasi ini ada disediakan di halaman "examonline". Tujuannya supaya pelajar hanya fokus pada halaman peperiksaan dengan akses ke halaman sesawang lain telah disekat. Semua jawapan kepada setiap soalan perlu dilakukan pada ruangan yang disediakan .Jika soalan berbentuk pilihan objektif, pelajar klik pada pilihan jawapan yang difikirkan betul

Adakala dalam peperiksaan, perlunya jawapan berbentuk gambarajah Disediakan ikon file untuk tujuan ini.Pelajar akan melukis gambarajah dalam kertas sendiri, mengimbas dan kemudiannya memuatnaik ke ikon file tersebut.

Ada dua cara untuk memuatnaik file :-

1. Melalui "google drive" atau "drive one" .Gambarajah yang sudah siap diimbas dimasukkan di sini dan dimuatnaik menerusi ikon file yang terdapat pada ruangan jawapan soalan berkaitan.

2.Satu cara lagi untuk memuatnaik rajah adalah melalui telefon pintar.Kabel USB daripada telefon pintar ini disambungkan ke komputer riba.Setelah rajah diimbas, ianya disimpan dalam telefon pintar utuk dimuatnaik ke ikon file 

Masalahnya akan timbul apabila "lockdown browser" mengesan ada cubaan aplikasi luar dan terus menghalang proses muatnaik itu.Pergerakan telefon seperti mengambil foto jawapan , mengimbas, dengan kabel masih disambung pada komputer,merupakan aplikasi luar yang dimaksudkan itu.Pelajar akan dapati , mereka dibawa kembali ke paparan asal ketika mula-mula menduduki peperiksaan.

Dengan demikian pelajar perlu log masuk  semula ke  pautan "examonline" itu serta mengikuti beberapa langkah lain yang diarahkan untuk proses muatnaik ke ikon file.Bayangkan jika ada beberapa rajah yang perlu dinaikkan ,maka proses mengulang log masuk akan memakan masa .

Log keluar-masuk ini bukanlah "finish attempt exam" , info yang terkandung dalam ruangan jawapan masih tetap dipelihara; seperti pilihan jawapan berbentuk objektif yang pelajar telah selesaikan masih dikekalkan.Begitu juga , bila log masuk semula, pelajar akan bermula dari soalan terakhir ketika halangan berlaku.

Peperiksaan A pula adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh unit PJJ.Pelajar akan log masuk melalui portal pembelajaran yang biasa digunakan itu.Klik sahaja pada pautan peperiksaan untuk sesuatu kursus tanpa perlu install "lockdown browser"

Pelajar diberi masa 30 minit selepas tamat masa peperiksaan untuk proses imbasan dan memuatnaik jawapan ke ikon file.Di sini lah berlakunya debaran menunggu proses muatnaik.Jika sekiranya tidak dilakukan dalam tempoh 30 minit itu, fail yang mengandungi kertas jawapan itu gagal dihantar.

Untuk kursus matematik , imbasan kertas jawapan ada yang mencapai sehingga 18 muka surat, dimasukkan pada satu fail.Saiz file pastinya besar.( USM telah menyediakan kapasiti size file yang besar).Hanya satu cubaan memuatnaik file berkenaan dibenarkan. Sekiranya capaian internet terlalu perlahan dan pelajar mendapati mungkin ia akan mengambil masa yag lama ,elok perkara ini diberitahu segera kepada pensyarah kursus.

Saya pernah terlepas satu muka surat terakhir yang tidak disertakan dalam satu file itu dan proses muatnaik telah selamat dihantar.Apabila dimaklumkan pada pensyarah berkenaan, beliau memberi kebenaran untuk hantar melalui emel muka surat berkenaan.Ini kerana hanya satu cubaan file sahaja yang dibenarkan dan saya masih mempunyai baki lebih kurang 7 minit sebelum proses untuk muatnaik fail tamat.Peraturan membenarkan memuatnaik selagi masih dilakukan dalam tempoh 30 minit.Namun demikian, pensyarah akan menggunakan budibicaranya untuk membantu pelajar.

Sepanjang peperiksaan ,semua pensyarah memahami akan keadaan dan perasaan pelajar ketika proses muatnaik jawapan.Ada pensyarah turut menunggu dan memaklumkan atau menyenaraikan nama pelajar yang telah selamat menghantar jawapan mereka.Ruangan chat dibuka untuk pelajar memaklumkan masalah yang dihadapi.Ahamdulilllah, segalanya berjalan dengan lancar.

=================================================

Falsafah pemain rugbi  " Aim high ,tackle low"

=================================================



                 
  

  

Monday, June 7, 2021

Jadual Belajar Untuk Peperiksaan Akhir Tahun 4 2020/2021


05/07/29/07/2021 


Jadual Belajar dan  Peperiksaan Akhir 

Tahun 4 - 2020/2021


Tarikh/Hari Masa Kursus
07- 10/06/2021
JIM 414
11- 15/06/2021
JIM 411
16- 20/06/2021
JKE 216 
21-25/06/2021


JIM 417

26-30/06/2021
JIM 411
01-07/07/2021
JIM 412

08-11/07/2021
JIM 413 

12/07/2021-ISNIN

9.00 PG EXAM

JIM 413
 
13/07/2021-SELASA 2.15 PTG EXAM JIM 411
14/07/2021-RABU 2.15 PTG EXAM JIM 412 
15-16/07/2021
JIM 417

17/07/2021-SABTU    9.00 PG EXAM    JIM 417

18-19/07/2021                                         JKE 216

20-23/07/2021                  JIM 414  

24/07/2021                                              JIM 401

25/07/2021 -AHAD    EXAM BM IV   JUL 401

27/07/2021 -SELASA EXAM 9.00 PG JIM 414

                                    EXAM  2.15 PTG JKE 216





Friday, January 22, 2021

Jadual Kursus Intensif Atas Talian sesi 2020/2021

 

Kursus  Intensif dan  Peperiksaan Berterusan Atas Talian ( PB )( ...suara pelajar)

Tahun 4 - 2020/2021

Tarikh/Hari Masa Kursus
27/02/2021 - Sabtu 8.00-10.00 mlm JUL 401
03/03/2021- Rabu 3.00-5.00 ptg JIM 413( PB )
04/03/2021- Khamis 4.00-6.00 tgh JKE 216 ( PB )
05/03/2021- Jumaat
10.00-12.00 ptg
5.00 -7.00 mlm

JIM 413
JIM 412
06/03/2021-Sabtu 12.00-2.00 ptg JIM 414
07/03/2021-Ahad 5.00-7.00 mlm JIM 417
08/03/2021-Isnin 10.00- 12.00 tgh JIM 414 ( PB )
11/03/2021-Khamis 5.00- 7.00 mlm JIM 417 ( PB )
12/03/2021-Jumaat 10.00-12.00 tgh JIM 411
15/03/2021-Isnin 11.00- 1.00 tgh JIM 411 ( PB )
18/03/2021-Khamis 3.00- 5.00 ptg JIM 412( PB )

*22/3-26/3/2021 JUL 401 ( PB )




Friday, May 29, 2020

Peperiksaan Penilaian Tahun 3 Sesi 2019/2020

Jadual Ujian Penilaian  Di Rumah

Tarikh Kursus
01 / 06 -07/06/2020 JKE215
13 / 06 / 2020 JIM319
19 / 06 -21/ 06/ 2020 JKE215
21/ 06/ 2020 JIM310
24/ 06 - 26 / 06 / 2020 JKE213
01 / 07 - 06 / 07 / 2020 JKE215
07 / 07 - 09 / 07/ 2020 JKE213
12 / 07/ 2020 JIM319
19 / 07 / 2020 JIM310
20 / 07 /2020 JIM312

Saturday, April 18, 2020

Seperti yg telah dimaklumkan,tiada peperiksaan akhir untk sidang akademik 2019/2020.
Peperiksaan akhir digantikan dengan tugasan/"take home test"

Bagi kursus JIM 310 -Introductory  Numerical Methods , penilaian markah gred adalah seperti berikut :-

Jadual Tugasan /"Take home test 3 & 4 "

Kursus 

Tugasan    /"Take Home Test "    Tarikh
JIM 319   13/06/2020 - Ahad
JIM 310 3 20/06/2020 - Ahad
JIM 319 4 12/07/2020 - Ahad
JIM 310 4 19/07/2020 - Ahad
JIM 312 4 12007/2020 - Isnin

Saturday, March 7, 2020

Menjelang Peperiksaan akhir Sesi 2019/2020


Peperiksaan akan bermula pada Bulan Jun.
Sesi lepas,secara serius,saya mengulangkaji untuk peperiksaan pada bulan Mei.
Perkara yang lazim dilakukan oleh kebanyakkan pelajar.

Insha Allah,untuk sesi ini saya dah ada jadual ulangkaji namun masih mengikutinya secara santai.Fokus lebih kepada menyiapkan tugasan dalam usaha mencapai sekurang kurangnya 30/ 40 markah kerja kursus.

Pengalaman sesi lepas,yang mana markah kerja kursus adalah rendah , menyebabkan  gred sasaran tidak tercapai.

Wednesday, February 12, 2020

Jadual Peperiksaan Berterusan Sesi 2019/2020 tidak mesra pelajar ?

Hari ini,Kertas terakhir Peperiksaan Berterusan ( PB ) saya ialah JIM 312 Probability Theory.
Soalan ringkas tapi tidak berapa faham kehendak soalan yang ditanya.

Di samping itu , saya perlukan siapkan 4 Laborotory Report untuk JIM 318-Mathematical Software Laboratory.Kesemuanya dah siap ,untuk dicetak, inshaAllah esuk.

Ramai pelajar dari kursus lain mengalami tekanan dalam meghadapi PB kali ini.Diharap pihak USM menilai semula agar PB tidak lagi dijalankan sampai 3 Kertas dalam satu hari, waktu pagi, tengahari / petang dan malam..Terdapat pelajar RPJJ yang hampir pitam , ada golongan kami yang berusia 50 tahun ke atas...

Thursday, June 20, 2019

Tips Peperiksaan : Elak daripada terleka menjawab sesuatu soalan


Kertas Soalan Matematik memakan masa selama 3 jam.Calon perlu menjawab kesemua 5 soalan tanpa ada soalan pilihan.Secara kasar, satu soalan perlu dijawap dalam masa 35 minit.

Menjadi kebiasaan saya untuk catatkan Jam Mula dan Jam Akhir untuk setiap soalan yang hendak dijawab.

Biasanya kita dah mula congak soalan mana dahulu hendak  dijawap dan yang mana dikemudiankan.

Sebagai contoh,katakan peperiksaan bermula jam 2.15ptg,kita putuskan untuk  menjawab soalan secara berturutan.

Ini bermakna kita jawap soalan nombor 1 dahulu, diikuti soalan nombor 2 dan seterusnya hinggalah ke soalan nombor 5.

Sebaiknya kita catatkan " 2.15 - 2.50" di sebelah nombor 1; " 2.50 -3.15" di sebelah nombor 2 dan seterusnya.

InsyaAllah,ketika menjawap soalan nombor 1, kita tahu had masa hanyalah sehingga jam 2.50;apabila jam menunjukkan 2.50.tak perlu leka lagi terus anjak ke soalan nombor 2. 

 Lihat Contoh 

Thursday, May 2, 2019

Ulangkaji Untuk Peperiksaan



Peperiksaan akan bermula awal bulan June 2019
Ini bermakna masa untuk ulangkaji hanya berbekal lebih kurang sebulan lagi

Saya mengambil pendekatan yang mudah untuk ulangkaji.
Mulai Bulan Mei , saya peruntukkan antara 5-10 hari untuk ulangkaji bagi setiap subjek

Saya bermula dengan subjek terakhir peperiksaan 

JADUAL ULANGKAJI UNTUK PEPERIKSAAN

2/5 - 7/5 - JIM 212 Statistical Methods

8/5-11/5 - JKE 101 Penghantar Ekonomi / JUE 200 -English

12/5 - 21/5 -JIM 213 Differential Equation 1

22/5 - 31/5 -  JIM 211- Advanced Calculus

1/6 - 9/6 - JIM 201 Linear Algebra

Kertas Pertama yang akan diduduki ialah JIM 201 pada 10/6/19
manakala Kertas terkhir ialah JKE 101 pada 28/6/19


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan