Thursday, June 20, 2019

Tips Peperiksaan : Elak daripada terleka menjawab sesuatu soalan


Kertas Soalan Matematik memakan masa selama 3 jam.Calon perlu menjawab kesemua 5 soalan tanpa ada soalan pilihan.Secara kasar, satu soalan perlu dijawap dalam masa 35 minit.

Menjadi kebiasaan saya untuk catatkan Jam Mula dan Jam Akhir untuk setiap soalan yang hendak dijawab.

Biasanya kita dah mula congak soalan mana dahulu hendak  dijawap dan yang mana dikemudiankan.

Sebagai contoh,katakan peperiksaan bermula jam 2.15ptg,kita putuskan untuk  menjawab soalan secara berturutan.

Ini bermakna kita jawap soalan nombor 1 dahulu, diikuti soalan nombor 2 dan seterusnya hinggalah ke soalan nombor 5.

Sebaiknya kita catatkan " 2.15 - 2.50" di sebelah nombor 1; " 2.50 -3.15" di sebelah nombor 2 dan seterusnya.

InsyaAllah,ketika menjawap soalan nombor 1, kita tahu had masa hanyalah sehingga jam 2.50;apabila jam menunjukkan 2.50.tak perlu leka lagi terus anjak ke soalan nombor 2. 

 Lihat Contoh 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan