Tuesday, June 25, 2019
Kertas JIM 212 Statistical Method
Petang tadi ,Selasa 25/06/2019,Alhamdullilah,saya telah selesai menduduki Kertas JIM 212 - Statistical Method ( Masa 3 Jam )
Kali ini hanya ada 4 soalan , yang kesemuanya perlu dijawab.Saya pasti rakan sekuliah dapat menjawabnya dengan baik.Apatah lagi formula memang dibekalkan di belakang kertas soalan tersebut bersama sama dengan Jadual yang digunakan untuk ujian hipotesis.
Semasa di kursus intensif, saya sempat berbual dengan mereka, rata rata mereka tidak begitu bimbang dengan subjek in.Pensyarah juga mengingatkan subjek berkenaan bukan setakat memasukan nilai angka dalam formula tetapi yang lebih penting adalah bagaimana untuk intepretasi data berkanaan.
Berlainan pula dengan saya, saya ada perasaan risau dengan kertas ini kerana pengalaman ketika membuat tugasan menyaksikan saya kerap melakukan kesilapan ketika melakukan pengiraan.
Walaupun dengan pengunaan kalkulator,saya tidak cekap membuat kiraan jalan pintas dan biasanya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu soalan.
Jelasnya perkara ini memang terjadi tadi.Secara purata setiap soalan mengambil masa selama 45 minit untuk diselesaikan.Saya telah mengambil masa antara 50 hingga sejam.
Saya menyedari perkara ini; lagi pun ada bahagian soalan yang sememangnya saya tidak tahu untuk menjawabnya.
Kos lepas saya adalah 40 markah untuk tambahan masa antara 5 hingga 15 min.
Ini bermakna markah maksimum saya hanyalah 360. Dengan kesilapan dalam pengiraan data,intepretasi data yang tidak tepat ( antara sebabnya kesilapan menentukan "degree of freedom"), kertas ini bukan yang terbaik saya jawab
Insya Allah, lulus
Jangkaan Markah
28.1 / 40% + 36 /60% = 64.1% -> B+
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Bersih Belakang Rumah IV
Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan
-
Julat Markah Gred Mata Gred 80 - 100 A 4.00 70 -79 A- 3.67 64 -...
-
Bila kereta didapati berbunyi kasar ketika dipandu dan penanda suhu kereta berfungsi dengan baik,kemungkinan water punp yang bermasalah Cara...
-
Selepas Kursus Intensif Tahun 1 Sesi 2017/2018 , bersama dengan dua orang anak ,saya bersiar - siar sekitar Pulau Pinang dengan kereta Pro...
No comments:
Post a Comment