Showing posts with label Motor. Show all posts
Showing posts with label Motor. Show all posts

Friday, April 14, 2023

Cerita Motor Nitro

Semalam , Saiful bagitahu , dia dah pasang enjin motor tapi , nampak gaya ianya " ketat". Kena buka lagi untuk tengok ngapa jadi cam tu.Saya pun tak tanya banyak , walaupun saya tak faham maksudnya. Katanya Motor Nitro ni pelek sebab speksifikasinya tak sama jenis dengan motor lain yang biasa dia baiki.

Dia juga bagitahu bengkel akan ditutup pada hari raya untuk jangka masa yang tak pasti. Ayahnya ingin beraya di kampung asalnya.


Monday, April 10, 2023

Cerita Custom Motor Nitro Windstar

Dah lama tak dengar khabar daripada Saiful.Sy whatsapp dia, untuk tahu perkembangan motor saya di bengkel tu .Dia sedang kemaskan bengkel dalam bulan puasa ini.Nak memudahkan kerja,selepas itu dia akan fokus untuk siapkan motor saya.

Kena tunggu lagi...

Saturday, February 4, 2023

Custom Motor Nitro Windstar

Motor Nitro Windstar 150, buatan Taiwan ini saya beli pada tahun 2005

Mengikut catatan geran ,ianya dibuat pada tahun 2004 dan didaftarkan pada 28/2/2005.

Saya tidak simpan imej asal tetapi rupanya seperti berikut:-




2005
Tak sampai beberapa bulan guna, karburator, "side box" dan kepala logo telah dicuri .Ketika itu saya hanya menggunakan kunci rantai tayar sahaja

Pengalaman yang agak terkejut, bila sedang berjalan, tiba- tiba sahaja motor berhenti dan dah tak boleh hidupkan samada menggunakan "touch switch 
atau "kick start".

Ada seorang pomen yang sanggup " adjust" dan baiki. Kalau tak silap lebih kurang sebulan motor tu di bengkel.Dia bagi tahu, tidak akan jadi lagi masalah sedemikian.Benar, semenjak itu saya menggunakan hampir 13 tahun, paling jauh kembara dari Melaka-Johor, Melaka- Kuantan. Suatu ketika,anak saya membonceng bersama ketika kami menghadiri perkhawinan anak sahabat saya , Rashid di Temerloh

2007
Ada group Nitro custom  terbesar di internet. 


Mereka kembara secara konvoi, akhirnya terpaksa panggil lori untuk angkut, puncanya ketika sedang berkovoi jauh tiba tiba injin motor berhenti...Akhirnya tiada permintaan terhadap motor ini lagi.Kilangnya di Malaysia ( tak ingat kat mana ) telah pun ditutup.

2017

Ketika saya sedang mencari bengkel yang sanggup baiki mudguard yang dah pecah , saya  diberitahu oleh pomen bernama Shaiful yang dia sanggup "touch up". lagi pun motor tu jarang dah ada di atas jalanraya. Beliau memang biasa membaiki motor - motor berat.Saya lihat di bengkelnya dah ada vulcan, virago, superbike yang dah siap dibaiki dan yang menunggu untuk diselenggara sepenuhnya. Beliau memberitahu yang dia juga akan cuci injin tersebut.Hasilnya seperti gambar berikut. Dia bagitahu elok gunakan tayar depan  yang lebar tetapi kecil sedikit saiznya dari tayar belakang.



Malangnya , ketika berjalan, ia bergegar terlalu kuat. Bermulalah episod penantian yang sangat lama...

2017-2023
Berbagai masalah yang dihadapi.Shaiful mencadangkan agar dapat dicari injin terpakai kerana ada beberapa bahagian dalam injin perlu ditukar.
Pada 10/09/2020, saya dapat membeli sebuah injin Nitro ( injin sahaja ) di Alor Gajah dengan harga RM400

Disamping masalah injin, spare part juga amat sukar dicari.Shaiful terpaksa ubah suai disusuli pula dengan Covid .Tahun 2019 sehingga 2021, bengkel berkenaan tidak dapat beroperasi disebabkan oleh PKP .Kesihatan Shaiful juga terganggu kerana diserang gaut yang agak teruk. Disamping itu saya juga agak sibuk dengan penggajian PJJ USM.Begitu juga tahun 2022 sangat mencabar bagi Shaiful kerana kedua ibubapanya mengalami masalah kesihatan.Sehingga sekarang, kedua duanya memerlukan perhatian yang khusus.






2023
Bermula minggu lepas,Shaiful telah memulakan kerja kerja yang tertangguh itu.Katanya, beliau akan fokus untuk selesaikan sebelum hariraya aidil fitri, insha Allah.




Hubungan saya dengan Shaiful kini menjadi seperti kawan.Saya buat apa yang patut seperti kikis cat lama dengan kertas pasir, basuh paip eksos.Bila cuaca panas, inshaAllah saya akan sembur dengan cat yang baru.




Saya doakan agar Allah memudahkan Shaiful disamping tabah menguruskan kesihatan ibubapanya.








Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan