Mulai minggu lepas ,penyelia yang juga pensyarah saya semasa tahun empat, telah memaklumkan kesemua tiga orang pelajar yang di bawah penyeliaan beliau perlu menghantar laporan tentang Projek Tahun Akhir. ( PTA ).
Beliau ingin memastikan agar pelajar tidak menghantar cadangan PTA itu di saat terakhir iaitu pada 15/01/2022.Beliau telah menetapkan bahawa pelajar perlu menghantar perkembangan PTA setiap hari Rabu.Dalam masa tersebut, pelajar sentiasa dialukan untuk berurusan dengan beliau.
Beliau sangat proaktif, saya telah menghantar kandungan untuk bahagian Metodologi yang banyak melibatkan pengiraan.Boleh dikatakan setiap emel saya dibalas dengan kadar segera dan dicadangkan dengan penambahbaikan.Saya baru tahu yang beliau mahu melihat dahulu kandungan utama PTA seperti objektif, skop PTA ,memandangkan saya bermula dengan metodologi , beliau layan juga.Beliau memberitahu yang beliau ingin melihat kandungan berkenaan selepas ini.
Hari ini, Rabu,15/12/21 ,saya telah menghantar laporan pertama perkembangan PTA.
No comments:
Post a Comment