Saturday, July 30, 2022

Peperiksan JIM 501

Biasanya sebelum peperiksaan bermula, pensyarah telah maklumkan arahan untuk peperiksaan serta pautan peperiksaan telah pun diberikan , beberapa hari sebelum itu. Bila diketik pautan itu akan ada mesej yang mengingatkan bahawa peperiksaan hanya akan bermula pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

Namun untuk Peperiksaan Akhir JIM 501, pensyarah tidak berbuat demikian. Saya anggap ianya sama seperti Peperiksan Berterusan JIM 501 yang lalu,di mana pautan  hanya diberikan pada hari peperiksaan. Tiada masalah dan pada hari peperiksaan , pautan untuk Peperiksaan berterusan tersebut boleh diakses dengan lancar.

Berlainan apa yang berlaku semalam, bila pautan peperiksaan diketik, tiada apa apa berlaku. Hampir lima minit menunggu, akhirnya dapat diakses sepenuhnya. Sebelum itu, usaha untuk menghubungi pensyarah melalui emel juga gagal. Warna font pada emel pensyarah berkenaan bertukar menjadi warna coklat bermakna ianya tak dapat dikesan.Saya syak pasti masalah teknikal berlaku di pihak saya.Tekaan saya mungkin betul bila masa hendak memuatnaik kertas jawapan, berlaku lagi masalah.

Saya dah lupa samada pautan itu tiada atau bila ketik untuk memuatnaik terus sahaja hilang.Bila cuba hubungi pensyarah melalui emel,warna coklat pada font emel itu masih lagi berwarna coklat. Saya  beranggapan ada masalah dengan komputer atau talian internet( Saya memang tidak mahir bahagian teknikal ini dan saya tidak teringat untuk gunakan butang mesej yang ada di portal, untuk terus hubungi pensyarah berkenaan )

Dalam keadaan tergesa gesa saya telah maklumkan perkara ni kepada Pengerusi Rancangan dan telah hantar skrip jawapan kepada beliau. Beliau faham dan telah memajukan jawapan skrip saya itu kepada pensyarah berkenaan. Lagi pun semasa saya hantar skrip itu , ianya masih lagi dalam tempoh masa memuatnaik.

Saya juga memaklumkan perkara ini kepada penyelia projek tahun akhir saya. Tujuan nya bukan untuk memperbesarkan perkara ini. Tetapi masalah ini pernah berlaku ketika saya menduduki peperiksaan kertas yang diajar oleh beliau. Masa itu, bila diketik pautan peperiksaan , tiada apa apa berlaku. Beliau memberitahu saya , pelajar lain tiada masalah, beberapa percubaan seperti log in dan log out dilakukan tetapi tiada berhasil. Akhirnya  beliau telah hantar soalan peperiksaan ke emel usm saya , di mana masa itu pelajar lain telah pun mulai menjawab soalan.Begitu juga ketika memuatnaik jawapan, tercicir muka surat terakhir di mana beliau maklumkan hantar ke emel beliau kerana tempoh masa untuk memuatnaik masih ada dan hanya sekali sahaja untuk muatnaik melalui pautan peperiksan itu. Saya pasti beliau akan mempercayai masalah yang saya hadapi itu.

Setelah menerangkan kesulitan yang saya hadapi, beliau juga turut maklumkan perkara tersebut kepada Pengerusi Rancangan. Dalam pada itu, muncul pautan untuk memuatnaik. Beliau menyuruh memuatnaik juga skrip jawapan saya itu walaupun Pengerusi Rancangan telah memajukan skrip itu kepada pensyarah berkenaan.Jenuh juga saya log ini , log off , "remove file" yang telah dimuatnaik dan memulakan proses memuatnaik,beberapa kali percubaan  sehingga ikon file terpapar dan status "submitted for grading" terpapar.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Rancangan Dr Asraf dan Dr Lok di atas keperihatinan dan tindakan pantas mereka berdua.

Setelah selesai , saya  menghubungi rakan dan mereka juga mengalami masalah yang sama. Saya ingatkan saya seorang sahaja mengalami masalah sedemikian.

Alhamdullllah , segalanya telah selesai dengan baik, insha Allah markah untuk kertas ini juga baik.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan