Peperiksaan Berterusan ( PB) telah pun tamat .Ianya dijalankan atas talian dan pelajar boleh merujuk bahan - bahan untuk mendapatkan jawapan.
Soalan PB biasanya ringkas .Jika pelajar merujuk setiap jawapan ,pasti masa yag diperuntukkan tidak mencukupi.Ada pensyarah yang menetapkan masa untuk menjawab soalan hanya 1 Jam 30 minit.Selepas masa ini tamat, 30 minit lagi diberikan untuk pelajar mengimbas dan memuatnaik jawapan.Dalam waktu ini pelajar diwajibkan pasang kamera utuk pensyarah melihat tiada lagi pelajar menjawab soalan.
Ada pensyarah tidak menetapkan syarat sedemikian. Masa 30 min untuk mengimbas dan muatnaik jawapan telah pun dimasukkan dalam 2 jam PB itu.Terpulang untuk pelajar,samada untuk melakukannya 30 minit sebelum peperiksaan tamat atau mula mengimbas sebaik selesai menjawab sesuatu soalan.
Menjawab atas talian kemudian perlu mengimbas dan memuatnaik jawapan menambah lagi tekanan pelajar.Masa30 minit sememangnya mencukupi sekiranya tiada gangguan internet ketika memuatnaik.Capaian yang lambat tetap menganggu apatah lagi proses muatnaik gagal disebabkan telah melebihi saiz file.Walaupun ada budibicara pensyarah untuk menerima penghantaraan jawapan ke emel tetapi ianya perlu dilakukan dalam masa peperiksaan.Pengalaman sebegini membuatkan pelajar lebih peka.Pastikan saiz file, jika ianya melebihi had maksimum, terus emel ke pensyarah , Kemudian muatnaik juga melalui platfom muatnaik itu, snap mesej yg memberitahu mengapa fail gagal dimuatnaik.kemudian emel kedua pensyarah mejelaskan sebab dan buktinya sekali.
No comments:
Post a Comment