Tuesday, March 9, 2021

PB JIM 414 Statistical Inference

  Alhamdullillah,pagi semalam ,Isnin 08/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB ).Rasanya dapat menjawab dengan baik 

JIM 414 Statistical Inference ( 20 % )

10.00 - 12.00 tgh

Soalan 1 ( 20 markah )

Soalan 2 ( 30 markah )

Soalan 3 ( 30 markah )

Soalan 4 ( 20 markah ) Jumlah markah 100

Saya tidak dapat muatnaik jawapan kerana saiz file adalah 5.13 MB ( Had maksimum : 5 MB )

Menyedari ini, dengan segera saya emel kpd pensyarah disertakan bersama jawapan tersebut .Pensyarah menerima penjelasan dan juga kerana jawapan yang dihantar masih dalam tempoh yang dibenarkan.

Perkara ini telah saya bawa ke pengetahuan pengerusi rancngan untuk memastikan bahawa perlunya saiz file dinaikan misalnya maksima file adalah 10MB

Maklumbalas daripada Pengerusi rancangan

Untuk PB , saiz file tidak boleh diubah setelah ditetapkan sebagai 5MB.Ini berlainan dengan tugasan yang ditentukan oleh pensyarah, saiz file diubah mengikut keperluan sesuatu tugasan.Beliau juga memberitahu, saiz file 5MB biasanya mencukupi untuk PB kerana soalan yang ditanya dalam PB tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar.Jika berlaku juga perkara sedemikian, pelajar boleh emel terus ke pensyarah berkenaan dengan membertahu masalah yang dihadapi dan muat naik jawapan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

My 2 cents

Saya mungkin akan mengimbas setelah selesai menjawap setiap soalan sebelum beralih ke jawapan seterusnya.Ini bermakna masa 30 minit terakhir yg diperuntukkan, telah berkurangan menjadi 20 minit hanya untuk memuatnaik jawapan.Masa ini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti saiz file  keseluruhan jawapan itu.Sebelum memulakan PB,insha-Allah sy akan pastikan telah ada draf emel untk pensyarah berkenaan sebagai langkah persediaan.




No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan