Monday, March 29, 2021
Sunday, March 28, 2021
Saturday, March 27, 2021
Peperiksaan Berterusan atas talian
Peperiksaan Berterusan ( PB) telah pun tamat .Ianya dijalankan atas talian dan pelajar boleh merujuk bahan - bahan untuk mendapatkan jawapan.
Soalan PB biasanya ringkas .Jika pelajar merujuk setiap jawapan ,pasti masa yag diperuntukkan tidak mencukupi.Ada pensyarah yang menetapkan masa untuk menjawab soalan hanya 1 Jam 30 minit.Selepas masa ini tamat, 30 minit lagi diberikan untuk pelajar mengimbas dan memuatnaik jawapan.Dalam waktu ini pelajar diwajibkan pasang kamera utuk pensyarah melihat tiada lagi pelajar menjawab soalan.
Ada pensyarah tidak menetapkan syarat sedemikian. Masa 30 min untuk mengimbas dan muatnaik jawapan telah pun dimasukkan dalam 2 jam PB itu.Terpulang untuk pelajar,samada untuk melakukannya 30 minit sebelum peperiksaan tamat atau mula mengimbas sebaik selesai menjawab sesuatu soalan.
Menjawab atas talian kemudian perlu mengimbas dan memuatnaik jawapan menambah lagi tekanan pelajar.Masa30 minit sememangnya mencukupi sekiranya tiada gangguan internet ketika memuatnaik.Capaian yang lambat tetap menganggu apatah lagi proses muatnaik gagal disebabkan telah melebihi saiz file.Walaupun ada budibicara pensyarah untuk menerima penghantaraan jawapan ke emel tetapi ianya perlu dilakukan dalam masa peperiksaan.Pengalaman sebegini membuatkan pelajar lebih peka.Pastikan saiz file, jika ianya melebihi had maksimum, terus emel ke pensyarah , Kemudian muatnaik juga melalui platfom muatnaik itu, snap mesej yg memberitahu mengapa fail gagal dimuatnaik.kemudian emel kedua pensyarah mejelaskan sebab dan buktinya sekali.
Thursday, March 25, 2021
Wednesday, March 24, 2021
Tuesday, March 23, 2021
Jadual Waktu Webex Selepas Kursus Intensif Tahun 4
Jadual Waktu Webex Selepas Kursus Intensif Tahun 4 sesi 2020/2021
Sabtu 27/03/21 | |
9-10 Pg | JIM 417 WB3 |
3-4 Ptg | JKE 216 WB3 |
4-5 Ptg | JIM 413 WB4 |
Sabtu 03/04/21 |
|
8-9 Pg | JIM 412 WB4 |
9-10 Pg | JIM 414 WB4 |
11-12Tgh | JUL 401 WB8 |
Sabtu 17/04/21 |
|
8-9 Pg
4-5 Ptg |
JIM 414 WB8 JIM 411 WB8 |
Sabtu 24/04/21 |
|
8-9 Pg | JIM 412 WB3 |
11-12 Tgh JIM 417 WB3
Sabtu08/05/21
11-12Tgh JIM 413 WB2
Sabtu
22/05/21
9-10 Pg JKE 216 WB5
12-1 Tgh JIM 417 WB3
5-6 Ptg JIM 414 WB5 & JUL 401WB1
Sabtu
29/05/21
9-10 Pg JIM 412 WB3
2-3 PTG JIM 413 WB3
Sabtu
11-12 Tgh JIM 411 WB3
Sabtu
19/06/21
9-10 Pg JIM 412 WB3
12-1 Tgh JIM 414 WB3
2-3 Ptg JKE 216 WB5
3-4 Ptg JIM 417 WB3
4-5 Ptg JIM 411 WB3
5-6 Ptg JIM 413 WB3
Saturday, March 20, 2021
Thursday, March 18, 2021
Alhamdullillah,baru lepas menduduki peperiksaan berterusan (PB)
JIM 412 Introduction to 0perations Research
( 10 % )
Khamis 18/03/2021
3.05 - 4.05 ptg
Soalan 1 ( 40 markah )
Soalan 2 ( 60 markah )
Jumlah markah 100
Pelajar perlu menjawab dalam masa 1 jam.
Mulai 4.05 - 4.25 ptg, masa untuk imbas dan muatnaik jawapan
Anggaran Markah 7%
Tuesday, March 16, 2021
Darboux Integral and Riemann Integral
Using lower and upper Sums as well as lower and upper integral to solve integration
Monday, March 15, 2021
PB JIM 411 Introductory analysis
Alhamdullillah,hari ini,Isnin,15/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB )
JIM 414 Introductory Analysis ( 20 % )
11.00 - 1.00 tgh
( PB tamat pada 12.30 tgh,dari 12.30 -1.00 , untuk imbas dan muatnaik jawapan)
Soalan 1 ( 3 markah )
Soalan 2 ( 3 markah )
Soalan 3 ( 6 markah )
Soalan 4 ( 8 markah ) Jumlah markah 20
Anggaran Markah ( 14/20)x100% = 14%
Saturday, March 13, 2021
PB JIM 417 Partial Differential Equation
Alhamdullillah,Khamis lepas ,11/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB )
JIM 417 Partial Differential Equation ( 10 % )
5.10 - 6.40 ptg
Soalan 1 ( 25 markah )
Soalan 2 ( 20 markah )
Soalan 3 ( 20 markah )
Soalan 4 ( 35 markah ) Jumlah markah 100
Pelajar perlu menjawab dalam masa 1 jam 30 min.
Selepas itu diberi masa 30 min hanya untuk mengimbas dan memuatnaik jawapan.Masa 30 min ini tidak dibenarkan pelajar untuk menulis jawapan lagi
Anggaran markah : (75/100)x10%=7.5%
Friday, March 12, 2021
Wednesday, March 10, 2021
Resonsive Link bermula hari ini
Hari ini, 10/03/2021 bermula nya "responsive link" untuk iklan pada semua muka surat halaman sesawang.
Apa perubahan nya di halaman ini ?
Tuesday, March 9, 2021
PB JIM 414 Statistical Inference
Alhamdullillah,pagi semalam ,Isnin 08/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB ).Rasanya dapat menjawab dengan baik
JIM 414 Statistical Inference ( 20 % )
10.00 - 12.00 tgh
Soalan 1 ( 20 markah )
Soalan 2 ( 30 markah )
Soalan 3 ( 30 markah )
Soalan 4 ( 20 markah ) Jumlah markah 100
Saya tidak dapat muatnaik jawapan kerana saiz file adalah 5.13 MB ( Had maksimum : 5 MB )
Menyedari ini, dengan segera saya emel kpd pensyarah disertakan bersama jawapan tersebut .Pensyarah menerima penjelasan dan juga kerana jawapan yang dihantar masih dalam tempoh yang dibenarkan.
Perkara ini telah saya bawa ke pengetahuan pengerusi rancngan untuk memastikan bahawa perlunya saiz file dinaikan misalnya maksima file adalah 10MB
Maklumbalas daripada Pengerusi rancangan
Untuk PB , saiz file tidak boleh diubah setelah ditetapkan sebagai 5MB.Ini berlainan dengan tugasan yang ditentukan oleh pensyarah, saiz file diubah mengikut keperluan sesuatu tugasan.Beliau juga memberitahu, saiz file 5MB biasanya mencukupi untuk PB kerana soalan yang ditanya dalam PB tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar.Jika berlaku juga perkara sedemikian, pelajar boleh emel terus ke pensyarah berkenaan dengan membertahu masalah yang dihadapi dan muat naik jawapan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
My 2 cents
Saya mungkin akan mengimbas setelah selesai menjawap setiap soalan sebelum beralih ke jawapan seterusnya.Ini bermakna masa 30 minit terakhir yg diperuntukkan, telah berkurangan menjadi 20 minit hanya untuk memuatnaik jawapan.Masa ini juga boleh digunakan untuk mengenal pasti saiz file keseluruhan jawapan itu.Sebelum memulakan PB,insha-Allah sy akan pastikan telah ada draf emel untk pensyarah berkenaan sebagai langkah persediaan.
Sunday, March 7, 2021
Moment Generating function
A. Discrete Variables
Geometric Distribution
Poisson Distribution
Bernoulli Distribution
Hypergeometric Distribution
B. Random Variables
Normal Distribution
Exponential Distribution
Gamma Distribution
Friday, March 5, 2021
PB JKE216 Mkroekonomi
Alhamdullillah, selesai meduduki peperiksaan berterusan , pada Khamis 04/03/2021
50 soalan objektif ,perlu dijawab dalam masa 1jam 30 minit ( 20% )
..dah menuju kepenatan setelah 30 soalan dijawab...
Anggaran markah : ( 30 /50 ) x 20% = 12 %
Thursday, March 4, 2021
Semakan Keputusan Peperiksaan
Melalui pautan campusonline.usm.my kita boleh semak keputusan peperiksaan yang telah kita duduki
Setelah daftar masuk ( login ) pautan berkenaan,lihat butang " student profile" :
- Di "student profile"-ada menu terturun ( drop down menu)-"academic"
- Di " academic"
- Terdapat Tiga pilihan-Current Courses , Cangred atau Semester Grade
- Jika pilih Semester Grade , akan dipaparkan keputusan setiap tahun.Itu pun jika tiada tunggakan yuran.Sebagai contoh sekiranya kita telah jelaskan yuran pengajian tahun1, tahun 2 dan tahun 3; tahun 4 adalah sidang akademik semasa,tetapi yuran pengajian semasa ini belum lagi dijelaskan sepenuhnya.Maka hanya keputusan tahun 1 dan tahun 2 sahaja dipaparkan.Akan ada mesej peringatan mengenai tunggakan yuran berkenaan.Ini bermakna jika kita ingin melihat keputusan tahun 3 , pada sidang semasa, kesemua tunggakan perlu dijelaskan.Ini bukan bermakna kita tidak dapat melihat keputusan tahun 3, ianya masih boleh dilihat jika kita lihat pilihan "Cangred"
- Dengan "Cangred" , pilih "by semester",maka semua keputusan peperiksaan dapat dilihat
Wednesday, March 3, 2021
PB JIM 413 Differential Equations II
Alhamdullillah,hari ini,Rabu,03/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB )
JIM 413 Differential Equations II ( 20 % )
3.00 - 5.00 ptg
Soalan 1 ( 6 markah )
Soalan 2 ( 2 markah )
Soalan 3 ( 4 markah )
Soalan 4 ( 8 markah ) Jumlah markah 20
Rasanya dah banyak kali menduduki peperiksaan tetapi kesilapan yg berulang selalu berlaku
Mengikut perancangan setengah jam terakhir digunakan untuk imbas dan muatnaik jawapan
Saya telah menjawab 3 soalan tanpa menyedari bahawa soalan terakhir membawa markah yang tinggi.
Tinggal 15 minit lagi masa tamat, saya tinggalkan soalan keempat ,terus imbas dan muatnaik jawapan berkenaan.Proses keseluruhan ini selesai ,2 minit sebelum masa tamat dengan mengorbankan 8 markah
Featured Post
Bersih Belakang Rumah IV
Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan
-
Julat Markah Gred Mata Gred 80 - 100 A 4.00 70 -79 A- 3.67 64 -...
-
Bila kereta didapati berbunyi kasar ketika dipandu dan penanda suhu kereta berfungsi dengan baik,kemungkinan water punp yang bermasalah Cara...
-
Selepas Kursus Intensif Tahun 1 Sesi 2017/2018 , bersama dengan dua orang anak ,saya bersiar - siar sekitar Pulau Pinang dengan kereta Pro...