Tanggal 12 Ramadhan 1438 Hijrah,bersamaan 07/06/2017,
saya menerima pesanan ringkas daripada pihak USM .
"Semakan status permohonan PPJJ USM "
https ://pohon.usm.my/modul_hebahan/utama.php
Alhamdullillah,
Saya berjaya mendapat tempat
Kursus Sarjana Muda Sains ( Matematik ) dengan Kepujian
Sidang Akdademik 2017/18 Jangka Masa 5 Tahun
Pendaftaran pada 07/08/2017.
Mohon pada 05/03/2017
Keputusan Permohonan : 07/06/2017
Pendaftaran : 07/08/2017
Syarat Tambahan : Perlu ambil MUET dengan sekurang kurangnya mendapat Band 2,
setahun selepas mendaftar
( Buku rujukan dah ada, InsyaAllah , saya akan ambil MUET pada Bulan November 2017 )
http://www.mpm.edu.my
Kenapa saya yang telah mendapat taraf kerakyatan warga emas masih lagi ingin belajar
Anak pernah bertanya, " Ngapa abah nak belajar lagi "
Saya tidak menjawab.
Saya tanya balik
" ingat tak tayangan gambar di tv, hero bertanya kepada Panglima Saladin ,
" Why is Juruselem important to you "
Anak geleng kepala
Pada mulanya Saladin menjawab " Nothing "
( Kemudian nya ketika melangkah keluar kota berkenaan,
Saladin menjawab " Very important " )
Anak saya diam .
Saya bagitahu anak
" Kelayakan masuk untuk warga emas , hanya SPM "
'"Abah, Muet band 2 , kacang je " .
..
Kursus PJJ ini kena ambil Major dan Minor.
Saya tengah fikir :- Major Matematik dan Minor
- Sejarah ATAU
3. Ekonomi
...
Buat carian, ada beberapa blog pjj usm, setakat yang dapat, kesemuanya yang warga muda , belum ketemu lagi yang warga emas .
Begitu terperinci ,bersemangat, ada di paparkan gambar - gambar sekitar pembelajaran
Carian juga mendapati, gabungan berikut :-
1. Matematik / Fizik
2. Matematik / Ekonomi
3. Matematik / Pengurusan
...
Semoga Allah mempermudahkan kewangan, sokongan keluarga & pensyarah, kakitangan akademik PJJ USM & Pusat Wilayah Pembelajaran,rakan pjj kelak ,perjalanan dan pembelajaran hambu mu ini serta kesihatan yang baik agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang, Insya Allah.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesaya bercadang mohon ppjj usm, kursus Bsc (Math) juga, Insya Allah tahun depan
ReplyDeleteMohon maaf, lambat jawab..Terima kasih...rasanya kita dah ada contact
ReplyDeleteMohon no fon... atau wasap saya 0175025346, nk tanya berkenaan Math Ppjj
ReplyDeleteSalam macam mana perkembangan rpjj usm? Kalau nak major matematik dan minor sains komputer boleh ke? Satu lagi kursus intensif tu nanti berapa hari dan wajib ke? Kalau tak dapat cuti macam mana?
ReplyDeleteMohon maaf, baru perasaan ...Saya dah bergraduan tahun lepas & tidak dapat lagi akses ke portal PJJ USM sebagai pelajar.Info dalaman perkembangan terkini dah tak dapat.Namun, sains komputer tidak ditawarkan samada dlm bidang major atau minor..Kalau tak silap kini ditawarkan Matematik & Biology sebagai kursus major dan minor sahaja. Sebagai contoh major Matemaik , minor Bilogy atau Matematik,minor Pengurusan.Lihat di pautan berikut utk pilihan major/minor
Deletehttp://belajarpjjusm.blogspot.com/2019/07/pemilihan-kursus-minor.html
Kursus intensif adalah wajib.
Bagi mereka yg sukar mendapatkan cuti, elok bertanya terus dgn pejabat PJJ sebelum mendaftar sebagai pelajar.