Monday, September 6, 2021

e-daftar tahun 5 ( tahun akhir) sidang akademik 2021/2022



Pendaftaran kursus secara e-daftar bermula hari ini ,06/09/2021 sehingga 30/09/2021.
Alhamdullillah, saya telah mendaftar lebih kurang pukul 3.20 ptg.
    3 Kursus Teras Matematik ( T ) :- 
    • JIM 501 Complex Analysis
    • JIM 503 Modern Algebra
    • JIM 590 Project
      Satu kursus Elektif  ( E ) :-
       * JIM 502 Design and Analysis of Experiments

      Satu kursus Minor Ekonomi ( M ) :-
       * JKE 414 Ekonomi Malaysia

Penasihat Akademik ( PA) akan menyemak keseluruhan kursus  untuk memastikan sebanyak 122 unit kredit telah / akan diikuti oleh pelajar tahun akhir
Pengesahan pendaftaran kursus akan dibuat melalui " student emel",di portal.


Pengerusi Rancangan, telah mengesahkan pendaftaran lebih kurang,pukul 5.00 ptg
Insha-Allah, semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, fikiran yang tenang,keupayaan menerima pelajaran, rakan dan pensyarah yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan serta kebolehan menjawab soalan peperiksaan kelak dengan cemerlang.



Cukai jalan boleh diperbaharui di pejabat pos

Mulai hari ini, Isnin 06/09/2021, lesen memandu dan cukai jalan boleh diperbaharui di pejabat pos dan JPJ tanpa melalui temujanji.
Pengguna boleh terus ke tempat tersebut dengan tetap mematuhi SOP.
Mereka diberikan tempoh sehingga 31/12/2021 untuk tujuan berkenaan.Sepanjang tempoh itu, pengguna perlu memastikan mereka telah memiliki polisi insuran.

Cukai Jalan untuk kereta di pejabat pos I
RM70.00 + RM2.00 caj perkhidmatan

Lesen Memandu di pejabat pos II
Untuk tempoh 5 tahun- 2021-2026
RM150 @ RM30 setahun + RM2.00 caj perkhidmatan

"Walk -in " di pejabat pos I degan urusan lebih kurang 10 minit
tetapi hampir 1 jam di pejabat pos II kerana di sini boleh dilakukan urusan perbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan