Saturday, September 4, 2021

Perbaharui cukai jalan kereta dan lesen memandu melalui pejabat POS

Dengan pandemik Covid-19, cukai jalan untuk kereta /motorsikal dan lesen memandu hanya boleh diperbaharui melalui temujanji.Ianya boleh dilakukan di pejabat pos atau di JPJ.

Tempoh untuk memperbaharui bermula daripada 01/08 / 2021 sehingga 30/09/2021.Walaubagaimanapun dalam tempoh tersebut, pengguna perlu ada polisi insuran untuk kereta/motorsikal.JPJ akan mulai tindakan saman selepas itu.

Temujanji untuk di pejabat pos boleh dilakukan di pautan berikut:-

https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/

Saya telah log masuk pada 02/09/2021 yang lalu.

Cukai jalan untuk kereta 

Temujanji paling awal yang dapat saya tempah ialah  pada 09/09/2021, Jam 2.10 ptg.

Lesen memandu

Temujanji hanya boleh dilakukan di pejabat pos besar,negeri .

Saya dapat tempah pada24/09/2021,Jam 2.40 ptg

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan