Monday, September 6, 2021

Cukai jalan boleh diperbaharui di pejabat pos

Mulai hari ini, Isnin 06/09/2021, lesen memandu dan cukai jalan boleh diperbaharui di pejabat pos dan JPJ tanpa melalui temujanji.
Pengguna boleh terus ke tempat tersebut dengan tetap mematuhi SOP.
Mereka diberikan tempoh sehingga 31/12/2021 untuk tujuan berkenaan.Sepanjang tempoh itu, pengguna perlu memastikan mereka telah memiliki polisi insuran.

Cukai Jalan untuk kereta di pejabat pos I
RM70.00 + RM2.00 caj perkhidmatan

Lesen Memandu di pejabat pos II
Untuk tempoh 5 tahun- 2021-2026
RM150 @ RM30 setahun + RM2.00 caj perkhidmatan

"Walk -in " di pejabat pos I degan urusan lebih kurang 10 minit
tetapi hampir 1 jam di pejabat pos II kerana di sini boleh dilakukan urusan perbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan