Tuesday, August 30, 2022

Testimoni pelajar / Alumni


Semalam saya telah menerima emel untuk menjadi salah seorang daripada empat orang pelajar Matematik , untuk poster testimoni untuk hebahan mengenai peluang belajar Matematik di PPPJJ.
Insha Allah , saya akan bekerjasama untuk tujuan tersebut.



Thursday, August 11, 2022

Penghantaraan Cakera Padat JIM590 terkini telah sampai

Alhamdulllillah, mengikut jejakan daripada POS LAJU, cakera padat JIM 590 yang terkini telah pun sampai di pejabat PJJ USM, hari ini Khamis, 11/08/22.



Wednesday, August 10, 2022

Hantar semula Cakera Padat JIM590

Saya telah menerima emel daripada penyelia Projek Tahun Akhir. Beliau mengatakan perlu memperbetulkan tiga perkara dalam kandungan projek itu yang dinyatakan oleh pemeriksa. Bila saya memberitahu yang saya telah hantar CD dengan pembetulan yang telah saya buat berdasarkan catatan semasa pembentangan, beliau hanya mengatakan tak mengapa jika CD telah pun dihantar kepada Pengerusi Rancangan Matematik.

Mungkin juga kesilapan minor namun saya berpendapat elok dihantar semula kerana menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pemeriksa berkenaan. Lagi pun pembetulan yang saya buat tidak sama seperti yang dinyatakan dalam emel berkenaan.

Memandangkan tarikh akhir terima CD ialah 15/08/22, saya mengambil keputusan untuk membuat pembetulan kandungan laporan projek itu berdasarkan emel berkenaan.

Saya telah emel kepada pengerusi rancangan dan memberitahu perkara sebenar. Saya juga memohon agar CD itu diabaikan kerana saya akan menghantar CD lain dengan pembetulan berdasarkan emel tersebut.

Hari ini saya telah hantar 3 salinan CD. InshaAllah, jika berjalan dengan lancar, Ofis PJJ akan menerima seawalnya hari Jumaat atau selewatnya hari Isnin ,15/08/22. Mudah mudahan Allah permudahkan urusan penghantaraan ini, inshaAllah.

Friday, August 5, 2022

Penghantaraan Cakera Padat JIM 590

 Alhamdulllillah, hari ini , saya telah hantar 3 salinan cakera padat melalui Pos Laju. 

Bahan tersebut perlu dihantar kepada

 Pengerusi Rancangan Matematik ,PPJJ, 

USM 11800 Pulau Pinang

sebelum/pada 15/08/22

Di atas cakera padat ditulis 

( permanent marker) perkara berikut:

Kod kursus

Nama Pelajar

No Matrik

Nama Penyelia 

Sidang Pengajian

Juga disertakan surat lampiran 

Berikut maklumat bahan berkenaan

Tajuk: "Approximation of eigenvalues and eigenfunctions of Sturm-Liouville problem using finte difference method"

  • 95 muka surat ( 71 m/s laporan , 5 m/s senarai rujukan & 19 m/s apendiks )
  • 28 senarai rujukan

Syarat kandungan laporan ialan antara 40-80 muka surat , termasuk senarai rujukan & apendiks. Muka surat Jadual Kandungan laporan ( Table of contents) tidak diambil kira.


Thursday, August 4, 2022

Jangkaan Keputusan Peperiksaan Tahun 5( Akhir) 2021/2022

Alhamdulllillah, saya telah selesai menduduki 4 kertas peperiksaan bertulis.

Yang pertama pada 20/07/22, JIM 502 - Design & Analysis of Experiments 

dan yang terakhir , JKE 414-Ekonomi Malaysia pada 01/08/22.

Seperti biasa , seperti sesi lepas ( melainkan sesi 2020/2021- saya padam sebab tajuk tak sama dengan  kandungan ), saya suka membuat anggaran tentang keputusan yang bakal diperolehi kelak. Tiada sebab mengapa ianya dilakukan, saya anggap sama seperti ketika kita menonton perlawanan bolasepak, biasanya kita akan buat anggaran berapa jumlah gol yang akan disumbat oleh pasukan yang kita sokong.

InshaAllah, berikut anggaran gred untuk subjek berkenaan

Subjek                                           Anggaran Gred

JIM 501- Complex Variables                                    A

JIM 502- Design & Analysis of Experiments              A

JIM 503- Modern Algebra                                       A

JIM 590 Project                                                     A-

JKE 414 Ekonomi Malaysia                                      A-



Tuesday, August 2, 2022

Final Presentation and VIVA

Pada 26/07/2022 yang lalu, telah diadakan pembentangan terakhir dan viva untuk projek tahun akhir. Seramai 10 orang pelajar tahun akhir telah membentangkan tajuk projek masing - masing. Keseluruhan pembentangan mengambil masa lebih kurang empat jam, bermula daripada jam 8.10 sehingga 2.45 ptg . 20 minit diperuntukan pada setiap pembentangan diikuti dengan sesi soal jawab selama 15 minit.

Alhamdullillah saya dapat membentangkan dalam masa yang ditetapkan. Seorang daripada empat panel pemeriksa  akan menanyakan setiap pembentang.

Soalan yang ditanya kepada saya :-

  • apakah yang dimaksudkan dengan "analytical solution" 
  • tunjukkan bukti yang mengatakan bahawa " the numerical solution" akhirnya mencapai nilai tertentu
  • bagaimana kaedah Numerov itu boleh diungkapkan dalam bentuk penyelesaian matrik nilai eigen
Soalan tersebut dapat di jelas sebaik mungkin. Pemeriksa memberi cadangan bahawa perkaatan " analytical solution" digantikan dengan perkataan" exact solution". Untuk soalan kedua, pemeriksa berpuashati dengan jawapan yang diberikan tetapi menyarankan supaya dapatkan bukti daripada kajian lalu untuk mengukuhan hujahan yang diberikan. Soalan ketiga sebenarnya telah saya tunjukkan bukti kaedah Numerov dalam laporan projek tetapi untuk pembentangan saya terus gunakan formula kaedah tersebut tanpa bukti.

Laporan terakhir (setelah dilakukan penambahbaikan) perlu dihantar dalam bentuk cakera padat selewat-lewatnya pada 15/08/2022.Sebanyak tiga salinan cakera padat perlu dikemukakan

 Penulis berada di kedudukan baris tengah, dua daripada kiri, yang berbaju kuning...

Monday, August 1, 2022

Peperiksaan JKE 414

 Alhamdulllillah, selesai menduduki peperiksaan JKE 414 Ekonomi Malaysia .

Perlu menjawab tiga daripada lima soalan berbentuk esei dalam masa tiga jam.

Insha Allah, dijangkakan markah yang baik. Dengan ini tamat kesemua kertas peperiksaan bertulis.

Kini, Insha Allah akan menumpu sepenuhnya untuk Projek Tahun Akhir .

Beberapa pembetulan perlu dilakukan sebelum dihantar dalam bentuk CD . Tarikh akhir ialah pada 15/08/2022

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan