Saturday, July 30, 2022

Peperiksan JIM 501

Biasanya sebelum peperiksaan bermula, pensyarah telah maklumkan arahan untuk peperiksaan serta pautan peperiksaan telah pun diberikan , beberapa hari sebelum itu. Bila diketik pautan itu akan ada mesej yang mengingatkan bahawa peperiksaan hanya akan bermula pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

Namun untuk Peperiksaan Akhir JIM 501, pensyarah tidak berbuat demikian. Saya anggap ianya sama seperti Peperiksan Berterusan JIM 501 yang lalu,di mana pautan  hanya diberikan pada hari peperiksaan. Tiada masalah dan pada hari peperiksaan , pautan untuk Peperiksaan berterusan tersebut boleh diakses dengan lancar.

Berlainan apa yang berlaku semalam, bila pautan peperiksaan diketik, tiada apa apa berlaku. Hampir lima minit menunggu, akhirnya dapat diakses sepenuhnya. Sebelum itu, usaha untuk menghubungi pensyarah melalui emel juga gagal. Warna font pada emel pensyarah berkenaan bertukar menjadi warna coklat bermakna ianya tak dapat dikesan.Saya syak pasti masalah teknikal berlaku di pihak saya.Tekaan saya mungkin betul bila masa hendak memuatnaik kertas jawapan, berlaku lagi masalah.

Saya dah lupa samada pautan itu tiada atau bila ketik untuk memuatnaik terus sahaja hilang.Bila cuba hubungi pensyarah melalui emel,warna coklat pada font emel itu masih lagi berwarna coklat. Saya  beranggapan ada masalah dengan komputer atau talian internet( Saya memang tidak mahir bahagian teknikal ini dan saya tidak teringat untuk gunakan butang mesej yang ada di portal, untuk terus hubungi pensyarah berkenaan )

Dalam keadaan tergesa gesa saya telah maklumkan perkara ni kepada Pengerusi Rancangan dan telah hantar skrip jawapan kepada beliau. Beliau faham dan telah memajukan jawapan skrip saya itu kepada pensyarah berkenaan. Lagi pun semasa saya hantar skrip itu , ianya masih lagi dalam tempoh masa memuatnaik.

Saya juga memaklumkan perkara ini kepada penyelia projek tahun akhir saya. Tujuan nya bukan untuk memperbesarkan perkara ini. Tetapi masalah ini pernah berlaku ketika saya menduduki peperiksaan kertas yang diajar oleh beliau. Masa itu, bila diketik pautan peperiksaan , tiada apa apa berlaku. Beliau memberitahu saya , pelajar lain tiada masalah, beberapa percubaan seperti log in dan log out dilakukan tetapi tiada berhasil. Akhirnya  beliau telah hantar soalan peperiksaan ke emel usm saya , di mana masa itu pelajar lain telah pun mulai menjawab soalan.Begitu juga ketika memuatnaik jawapan, tercicir muka surat terakhir di mana beliau maklumkan hantar ke emel beliau kerana tempoh masa untuk memuatnaik masih ada dan hanya sekali sahaja untuk muatnaik melalui pautan peperiksan itu. Saya pasti beliau akan mempercayai masalah yang saya hadapi itu.

Setelah menerangkan kesulitan yang saya hadapi, beliau juga turut maklumkan perkara tersebut kepada Pengerusi Rancangan. Dalam pada itu, muncul pautan untuk memuatnaik. Beliau menyuruh memuatnaik juga skrip jawapan saya itu walaupun Pengerusi Rancangan telah memajukan skrip itu kepada pensyarah berkenaan.Jenuh juga saya log ini , log off , "remove file" yang telah dimuatnaik dan memulakan proses memuatnaik,beberapa kali percubaan  sehingga ikon file terpapar dan status "submitted for grading" terpapar.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Rancangan Dr Asraf dan Dr Lok di atas keperihatinan dan tindakan pantas mereka berdua.

Setelah selesai , saya  menghubungi rakan dan mereka juga mengalami masalah yang sama. Saya ingatkan saya seorang sahaja mengalami masalah sedemikian.

Alhamdullllah , segalanya telah selesai dengan baik, insha Allah markah untuk kertas ini juga baik.

Tuesday, July 26, 2022

JIM 503

Alhamdulllillah, selesai sudah menduduki peperiksaan JIM 503 Modern Algebra pagi tadi

3 soalan yang perlu dijawab dalam masa 2 jam. Tambahan sebanyak 35 minit  selepas itu adalah untuk mengimbas dan memuatnaik kertas jawapan. Setiap soalan dibahagikan kepada tiga bahagian 

Soalan pertama, 15 markah, soalan kedua 18 markah diilkuti 17 markah untuk soalan ketiga.Jumlah markah adalah 50 . Soalan pecahan begini biasanya tidak sempat untuk berfikir sangat. Kalau boleh buat terus jawap. Insha Allah , markah untuk subjek ini juga dijangkakan baik.

Thursday, July 21, 2022

Peperiksaan JIM 502

Alhamdulllillah, semalam telah selesai menduduki peperiksaan JIM 502-Design & Analysis of experiment. InshaAllah, rasanya markah untuk subjek ini agak baik.

Ada tiga soalan yang perlu dijawap kesemuanya dalam masa 2jam. Setelah tamat masa 2 jam , pelajar diberi masa lagi 35 minit, digunakan untuk  mengimbas kertas jawapan dan memuatnaik di pautan yang disediakan.Setelah tamat tempoh, pautan tersebut akan ditutup.

Biasanya apabila pelajar telah memuatnaik kertas jawapan, butang " finished attempted" akan terpapar. Pelajar akan ketik butang berkenaan, lalu terpapar status" submitted for grading". Proses memuatnaik telah selesai.

Berlainan dengan yang ini, setelah selesai memuatnaik, terpapar status "submitted for grading" namun ada butang " edit" dan "remove" sedangkan pada awalnya sebelum memuatnaik, ada pemberitahuan bahawa , muatnaik hanya boleh dilakukan sekali sahaja.

Sebenarnya perkara ini telah biasa dikalangan pelajar apabila ada tugasan yang perlu dimuatnaik di pautan yang telah disediakan. Apabila dirasakan ada tertinggal sesuatu dalam kandungan tugasan, pelajar akan "edit" atau "remove" dan kemudian memuatnaik semula kandungan tugasan yang telah diperbetulkan itu. Namun dalam peperiksaan, jika sekiranya berbuat demikian, dikuatiri , memuatnaik yang pertama itu telah pun dibatalkan manakala memuatnaik jawapan yang diperbetulkan itu pula dikira sebagai memuatnaik kali kedua.Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikandung berciciran.

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pensyarah.Beliau memaklumkan setelah selesai memuatnaik jawapan dan ada status " submitted for grading", bermakna kertas jawapan itu telah diterima.

Sebelum itu, ada seorang pelajar yang inginkan kepastian daripada pensyarah.Dalam portal ditulis masa peperiksaan 2jam yang mana setelah tamat masa peperiksaan , ( 10.30pg-12.30tgh) pautan untuk dimuatnaik akan ditutup. 

Terima kasih kepada sdr Ruff kerana pensyarah menyedarinya lalu menukar "setting" @ (10.30 pg- 1.35tgh)




Sunday, July 17, 2022

Larent Series

 Laurent ,Taylor's and  Maclaurin series

Taylor's Series

 

When to use the Laurent Series and Taylor's
 Series



Maclaurin

Tuesday, July 5, 2022

Bill Gates explain the internet to Letterman 1995

USM Synchronous Exam Online

Musim peperiksaan menjelang tiba !

Peperiksaan akan bermula dari 18/07 - 07/08/2022


Peperiksaan sidang 2021/2022 masih dijalankan dengan kaedah "Synchronous" dan " Asynchronous"

Sila rujuk di sini


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan