Friday, August 14, 2020

Tukar motor kipas radiator

Ketika sedang memandu balik Pahang,suhu kenderaan naik,injin pun bunyi berdengung.Alhamdullillah,bawa kereta perlahan lahan dan dapat singgah bengkel kereta bersebelahan steten minyak shell.

Pomen bagitahu,motor kipas radiator tidak berfungsi dengan baik
Memandangkan perjalanan agak jauh,tukar yg baru dgn harga RM160 + upah RM30


Wednesday, August 12, 2020

Tukar Kipas Radiator Proton Saga

Kipas Radiator Poton Saga Iswara( warna putih ) dah rosak

Tukar dengan yang baru ( dalam plastik ) model sama , tapi saiz tak sama 


Pada mulanya beli yang warna putih dengan harga RM18#,bila tak sama saiz , staf kedai alat tukar ganti kereta , suruh cuba model kancil.



Kipas yg warna hitam itu model dari kereta kancil, muat pulak.DIY dengan harga kipas RM28#
 
Alhamdullillah,muat dan berfungsi seperti biasa




Thursday, August 6, 2020

Sistem Penilaian Pengajaran

Sidang akademik 2019/2020 akan berakhir pada September 2019.

Seingat saya, dari tahun 1 sehingga tahun 2, tiada penilaian untuk pensyarah yang dibuat oleh pelajar
Kali ini diadakan untuk pelajar memberi maklumbalas

Untuk setiap soalan yang dinyatakan, terdapat skala dari 1 sehingga 10 .
Skala 1 menunjukkan tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, skala 4 tidak pasti manakala skala 10 sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut

Antara kandungan soalan yang ditanya merangkumi:-
  • Cara penyampaian oleh pensyarah termasuk maklumbalas terhadap tugasan yang telah dihantar 
  • Matlamat sesuatu kursus samada dipenuhi atau tidak
  • Bahan seperti nota, slide dan alat pembelajaran lain yang disediakan di portal
Di ruangan komen, saya telah memberikan pandangan dan penghargaan kepada kesemua lapan orang pensyarah yang telah mengajar kursus yang telah saya ikuti
Maklumat yang diberikan dalam penilaian tersebut adalah sulit.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan