Sidang akademik 2019/2020 akan berakhir pada September 2019.
Seingat saya, dari tahun 1 sehingga tahun 2, tiada penilaian untuk pensyarah yang dibuat oleh pelajar
Kali ini diadakan untuk pelajar memberi maklumbalas
Untuk setiap soalan yang dinyatakan, terdapat skala dari 1 sehingga 10 .
Skala 1 menunjukkan tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, skala 4 tidak pasti manakala skala 10 sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut
Antara kandungan soalan yang ditanya merangkumi:-
- Cara penyampaian oleh pensyarah termasuk maklumbalas terhadap tugasan yang telah dihantar
- Matlamat sesuatu kursus samada dipenuhi atau tidak
- Bahan seperti nota, slide dan alat pembelajaran lain yang disediakan di portal
Di ruangan komen, saya telah memberikan pandangan dan penghargaan kepada kesemua lapan orang pensyarah yang telah mengajar kursus yang telah saya ikuti
Maklumat yang diberikan dalam penilaian tersebut adalah sulit.
No comments:
Post a Comment