Thursday, August 29, 2019

Proton Saga Iswara -Cara mengganti "cable clutch"

Selepas Kursus Intensif Tahun 1 Sesi 2017/2018,bersama dengan dua orang anak ,saya bersiar - siar sekitar Pulau Pinang dengan kereta Proton Saga Iswara Keluaran 1995...

Semalam,saya ganti "cable clutch" .Sebelum itu anak saya telah membelinya dengan harga RM35.
"DIY lah abah" katanya

Ianya tidak lah begitu susah,cuma ia mengambil masa yang agak lama untuk dipasangkan.Saya tidak pernah buat kerja memasang kabel tu.

Bersama ini disertakan cara memasangnya:-

  1. Hujung yang saya panggil"connector" ni,akan disangkut  pada cakuk  "paddle clutch".Hujung yang satu lagi akan disambung di bahagian lantai injin kereta.Kabel lama masih elok tapi ianya pecah di bahagian "connector"       ( Ditanda dengan batu - batu kecil )
  2. Kabel baru tidak disertakan dengan satu balutan getah.Keluarkan getah itu dari kabel lama ini.
  3. Masukkan getah ini ke kabel baru
  4. Mula - mula,"disconnect" wire bateri kereta.Kemudian masukan hujung kabel di bahagian yang terdapat di lantai injin.Sebenarnya lubang yang terdapat di lantai injin itu bukan berbentuk"O",tetapi berbentuk "C".Ini memudahkan wire dalam kabel tu dimasukan dari tepi melalui bukaan pada "C" itu.Kemudian,hujung kabel ini akan disangkut dibahagian bawahnya oleh satu penyangkut yang telah sedia ada.
  5. Dah selesai pasang hujung kabel di lantai,kita akan pasang pula bahagian "connector". "Connector",dijolok ke ruang berkenaan.Ruang ini adalah satu lubang pada dinding yg menghala ke stering kereta."Connector"ini akan ditarik utk disambungkan dgn cangkuk yg ada pada bahagian  dalam "paddle clutch".Kita biasa tekan "paddle clutch" dengan hujung kaki,yang ini bahagian luar 
    Ini agak leceh sedikit  

    Masuk dlm kereta.Dengan keadaan terlentang , kedudukan punggung di tempat duduk pemandu , kedua-dua kaki dilunjurkan ke luar pintu yang terbuka; Pada "paddle clutch",bahagian dalam,kita raba raba dengan tangan kiri sehingga dapat capai "connector " yg terjuntai ,lalu sangkutkan pd cakuk yang ada di "paddle clutch".Semua ni dilakukan dgn cara meraba raba dgn tangan kiri sebab kita tak nampak & kedudukan kita yang agak sempit itu.
  6. Sekarang  kabel dah siap dipasang.Kedudukan gambar 5 di atas adalah seperti gambar berikut:-
Uji "paddle clutch",jika kereta tidak berjalan dengan lancar,gunakan skrew seperti di gambar atas  utk selaraskan.

Perhatian
1.Bila tiada "cable clutch",Kedudukan "paddle clutch" 
   di lantai kereta seperti "tergantung & terkulai".
2.Ketika kita teraba raba untuk capai "connector" tapi
   tidak ketemui, mungkin wire dalm kabel tidak 
   sampai, kita guna skrew berkenaan untuk
   selaraskan.

Alang- alang...saya cuci kereta sekali.



Gambar bawah - 16.12 2016
 Proses cuci dan cat sendiri lantai kereta Proton Saga

2 comments:

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan