Thursday, June 20, 2019
Tips Peperiksaan : Elak daripada terleka menjawab sesuatu soalan
Kertas Soalan Matematik memakan masa selama 3 jam.Calon perlu menjawab kesemua 5 soalan tanpa ada soalan pilihan.Secara kasar, satu soalan perlu dijawap dalam masa 35 minit.
Menjadi kebiasaan saya untuk catatkan Jam Mula dan Jam Akhir untuk setiap soalan yang hendak dijawab.
Biasanya kita dah mula congak soalan mana dahulu hendak dijawap dan yang mana dikemudiankan.
Sebagai contoh,katakan peperiksaan bermula jam 2.15ptg,kita putuskan untuk menjawab soalan secara berturutan.
Ini bermakna kita jawap soalan nombor 1 dahulu, diikuti soalan nombor 2 dan seterusnya hinggalah ke soalan nombor 5.
Sebaiknya kita catatkan " 2.15 - 2.50" di sebelah nombor 1; " 2.50 -3.15" di sebelah nombor 2 dan seterusnya.
InsyaAllah,ketika menjawap soalan nombor 1, kita tahu had masa hanyalah sehingga jam 2.50;apabila jam menunjukkan 2.50.tak perlu leka lagi terus anjak ke soalan nombor 2.
Lihat Contoh
Kertas JUE 200 English 1
Alhamdullilah,petang tadi ,Rabu 19/06/2019 saya telah menduduki Kertas JUE 200-English 1
( Masa 1 Jam )
Soalan berbentuk objektif,berpandukan " two passages ".Yang pertama mengenai masalah kegemukan di kalangan kanak kanak di negeri Cina.
Manakala, yang kedua, info kajian saintifik untuk mengurangkan kandungan lemak di kalangan haiwan ternakan di samping mempertingkatkan otot haiwan berkenaan.
Kertas peperiksaan mempunyai 50 soalan itu diduduki oleh seramai 62 calon.Senarai calon dengan nombor kad pengenalan serta nombor meja dipaparkan di papan kenyataan , di luar dewan peperiksaan yang diadakan di sebuah sekolah menengah.
Insya Allah.
Jangkaan Markah
Kerja Kursus :44.3/ 60% + 36.8 /40% = 81.1% -> A
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
Bersih Belakang Rumah IV
Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan
-
Julat Markah Gred Mata Gred 80 - 100 A 4.00 70 -79 A- 3.67 64 -...
-
Bila kereta didapati berbunyi kasar ketika dipandu dan penanda suhu kereta berfungsi dengan baik,kemungkinan water punp yang bermasalah Cara...
-
Selepas Kursus Intensif Tahun 1 Sesi 2017/2018 , bersama dengan dua orang anak ,saya bersiar - siar sekitar Pulau Pinang dengan kereta Pro...