Semasa Kursus Insentif, pelajar tahun pertama diingatkan agar mendaftar kursus minor untuk memudahkan proses edaftar untuk tahun kedua, sesi berikutnya.
Memandangkan mereka masih berada di kampus,mereka hanya perlu datang ke pejabat PJJ, mengisi borang pendaftaran kursus minor dan serahkan di kaunter.
Ramai pelajar menyedari perkara ini tetapi ketika itu,mereka masih belum dapat membuat keputusan muktamad untuk memilih kursus minor.
Bagi yg telah hantar borang untuk kursus minor, ketika edaftar ,borang pendaftaran akan memaparkan kursus major, minor, universiti & elektif daripada tahun satu sehingga tahun kelima.Dari situ boleh lah memilih kursus untuk sesuatu tahun berpandukan jadual yang telah ditetapkan oleh kursus masing masing.Pelajar juga boleh menambah atau menggugurkan kursus.
( Perlu rujuk buku panduan )
Secara amnya, sebelum edaftar , pelajar perlu menghantar borang kursus minor:-
I .Sebelum sesi berikutnya bermula.
==> Isikan *Borang Pendaftaran Kursus Minor dan hantar terus ke pejabat PJJ
ATAU
II.Sesi berikutnya dah nak mula tetapi tidak dapat edaftar :-
- Isikan *Borang Pendaftaran Kursus Minor
- Imbas Borang yang telah disi itu
- emel ke pejabat pjj & salinan emel ke Penasihat Akademik
- tunggu untuk diluluskan ( samada jawapan emel atau semak portal )
*Borang Pendaftaran Kursus Minor,boleh dimuat turun dari portal
P.S : Kalau semak di portal dan pada borang edaftar , di ruangan kursus minor, telah ada dicetak kursus minor maknanya boleh lah mula membuat e daftar
Peringatan: Bagi pelajar tahun 1, yang belum menghantar keputusan peperiksaan MUET,hendaklah dihantar salinan keputusan berkenaan sebelum sesi tahun 2 bermula.Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak boleh mendaftar untuk tahun 2 dan perlu memohon untuk menangguh pengajian tahun 2.Jika tidak memohon untuk menangguh, mereka akan dikeluarkan dari menjadi pelajar aktif USM
My 2 cents : sebaik mendapat sijil keputusan MUET ( sekurang kurangnya Band 2 ), hantar salinan keputusan itu dengan disahkan oleh pegawai yang diiktiraf ( Lazimnya mendapat pengesahan salinan dari Pengetua sekolah ).Borang Untuk Keputusan Muet juga dimuat turun dari portal.
Semak di portal, biasanya dalam masa seminggu penerimaannya, pihak USM sudah kemaskini keputusan MUET itu
Semak di portal, biasanya dalam masa seminggu penerimaannya, pihak USM sudah kemaskini keputusan MUET itu