Thursday, November 24, 2022

DSAI PM 10

 Hari ini Khamis, 24/11/22, Dato Sri Anuwar Ibrahim dilatik sebagai perdana menteri Malaysia ke 10

/

Monday, November 7, 2022

Gerhana bulan pada 08 November 2022

 Assalamualaikum wrt. wbt.

Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022 - Alamanak Astronomi November 2022
Pada bulan November ini orang ramai berpeluang menyaksikan satu fenomena astronomi yang menarik iaitu Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022. Fenomena gerhana bulan ini berlaku ketika Bulan purnama. Ketika itu Bulan akan berada bersetentang dengan planet Bumi dan terlindung daripada Matahari. Oleh itu bulatan Bulan masuk ke dalam bayang-bayang umbra Bumi. Bulan akan kelihatan berwarna merah pekat.
Fenomena Gerhana Bulan adalah salah satu bukti Kekuasaan dan Kebesaran Allah SWT. Kejadian alam semesta adalah tanda Kebesaran Allah SWT yang nyata serta meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Setiap pergerakan dan peredaran yang berlaku di alam semesta ini telah ditentukan oleh Allah SWT dan beredar pada tempat peredaran yang ditetapkan.


Tuesday, November 1, 2022

Majlis Penutup Asas Falak

 Semalam, 31/10/22, telah berakhir kursus asas falak yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Kursus selama 5 siri ini telah dikelolakan oleh Tuan Hj Hanafiah Abd Razak. Beliau merupakan salah seorang panel falak JAKIM. Majlis penutup yang sepatutnya dijadualkan pada 24/11/22 telah dipercepatkan tarikhnya itu. Saya hanya dapat menghadiri selama tiga siri sahaja







KURSUS ASAS FALAK SIRI 5 BAGI TAHUN 2022
MELAKA TENGAH,31 Oktober - Hari ini berlangsungnya Kursus Asas Falak Siri 5 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah diadakan di Hotel La Crista, Melaka.
Kursus ini merupakan kursus berkala yang dijalankan oleh Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Melaka yang menyasarkan kepada orang awam yang berminat dengan ilmu astronomi dan ilmu-ilmu berkaitan falak syarie.
Kursus ini dipimpin oleh Pakar Falak; Tuan Haji Hanapiah bin Abdul Razak yang juga merupakan Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijemput khas bagi menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan falak dan astronomi sepanjang kursus ini diadakan sebanyak 5 siri pada tahun ini.
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Falak ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YB Datuk Hj Md Rawi bin Mahmud dalam ucapannya berkata kursus sebegini perlu diteruskan agar dapat dijadikan sebagai medium kepada masyarakat di Negeri Melaka mempelajari serta mendalami ilmu falak dan astronomi ini.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengiringi YB Datuk Wira Hj Md Rawi bin Mahmud berkesempatan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan wakil masjid yang menjadi lokasi pilihan bagi Kuliah Maghrib Falak yang telah diadakan sepanjang tahun ini.

Sumber maklumat dan foto majlis penutup : Jabatan Mufti Melaka


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan