Monday, September 26, 2022

Senarai Anugerah Dekan

 Anugerah dekan 2021/2022

Saya bersama dengan beberapa orang lagi rakan satu "batch-2017/2018" dijangka akan menerima sijil dekan.Walaupun secara rasmi nya belum dikeluarkan lagi senarai berkenaan, inshaAllah,berdasarkan GPA yang diperolehi, kami telah berjaya melepasi kelayakan minima GPA penerimaan sijil berkenaan. 

==================================

Anugerah dekan 2020/2021

( 29/04/2022)

Tahniah ! senarai penerima sijil kepujian dan dekan dikeluarkan dalam bentuk video.Nama dan foto pelajar juga disertakan. Bagi yang menerima sijil kepujian, mereka diberi peluang untuk menyatakan tentang keputusan yang telah dicapai.

  Video Sijil Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan 2020/2021 

==================================

Anugerah dekan 2019/2020

(27/02/2021)

Seramai 10 orang graduan sains dan 57 pelajar  sains dari tahun 1 sehingga tahun 4 ,sidang akdemik 2019/2020 menerima anugerah dekan

Sumber : e-learning 2020/2021

*Alhamdullillah, saya salah seorang yang
menerimanya.
==================================

Anugerah dekan 2018/2019

( 29/04/2022)



Kelihatan seorang rakan kursus 
daripada kumpulan pelajar kursus sains tahun 2- tahun 4  
Sumber : Galeri e-learning 2019/2020
================================

Sesi Akademik 2017/2018

Ini adalah Tahun 1 bagi saya.Sebanyak 6 kursus Universiti bersama dengan 1 lagi kursus Persediaan Bahasa Inggeris.Disamping itu ada 2 kursus Matematik dan 1 kursus Fizik. 

Namun ada pelajar yang berjaya mendapat anugerah dekan sedangkan saya dah terasa bebannya dengan kursus universiti itu.Tahniah kepada yang cemerlang !

==================================
.

Monday, September 19, 2022

Overhaul injin kereta

Kereta Proton saga saya kena top overhaul 
..masuk air + minyak

   


Kereta ini saya gunakan untuk bersiar siar di Pulau Penang selepas kursus intensif dulu

Tuesday, September 13, 2022

Tahniah Dr Ainor !

Tahiah diucapkan kepada Dr Ainor  di atas kejayaan memperolehi pingat emas !




Biodata Dr Siti Ainor Mohd Yatim

B.sc(Hons) UiTM, M.Sc(USM), Phd( UPM)  

Bidang Penyelidikan
Analisi berangka
Sains Matematik
Matematik Kompetasi

Subjek Pengajaran
Aljabar Linear
Persamaan Pembeza I 
Persamaan Pembezaan Separa 
Projek

Beliau adalah pensayarah saya semasa di tahun 1, tahun 3 dan salah seorang panel penilai projek tahun akhir.

Semoga beliau terus cemerlang dengan kerjaya di USM !!


Monday, September 12, 2022

Penghargaan kepada pensyarah

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pensyarah, sepanjang 5 tahun penggajian saya di USM.

Saya mendaftar sebagai pelajar tahun pertama pada sesi 2017/2018 untuk kursus penggajian 5 tahun dan alhamdullillah , sebagai pelajar tahun akhir pada sesi 2021/2022





Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan sokongan daripada rakan - rakan di whataspp group ( Matematik dan Ekonomi)










Sunday, September 11, 2022

Peratusan yang berjaya menamatkan penggajian

Saya masih menyimpan senarai nama pelajar yang sama - sama mendaftar pada tahun pertama sidang akademik 2017/2018. 

Mereka adalah Azmi,Dayang,Hidayu,Firdaus,Farizul,Jas

Jaya,Kogi,Laili,Adzral,Yas,Naim,Adilah,Izzati,Syafiq,

Amy dan Hafizan. Kali pertama bertemu ketika sesi taklimat di bilik kuliah bersama dengan pengerusi rancangan ketika itu, Prof. Madya Dr Lok

Seramai 19 pelajar kesemuanya,disebabkan kekangan masa bertugas dan faktor lain, tidak kesemuanya dapat menghabiskan penggajian yang memakan masa 5 tahun itu.

Secara kasar 15.8% menamatkan penggajian,26.3% menangguh, 42.1% menukar ke kursus lain dan 15.8% menarik diri.

Berikut adalah statistik secara kasar 

                              Bilangan Pelajar

Mendaftar                       19

Tamat penggajian             3

Menangguh penggajian     5

Menukar ke kursus lain     8

Menarik diri                     3

Saya ucapkan selamat maju jaya  dalam bidang yang diceburi serta kerjaya masing-masing.




Saturday, September 10, 2022

Kemasukan PJJ sidang 2022/2023 Fasa II

Sidang akademik 2022/2023 telah pun bermula untuk Fasa 1 kemasukan.

Dengan rasminya, saya tidak boleh lagi akses ke E Portal Learning ...

Permohonan untuk Fasa II masih dibuka

( 13/06 - 26/09/2022 )



Monday, September 5, 2022

Keputusan Peperiksaan Tahun 5 (Tahun Akhir) Sidang Akademik 2021/2022

Hari ini keputusan peperiksaan 2021/2022 telah diumumkan.

Alhamdulllillah, berikut disertakan keptusan berkenaan:-

Subjek                                           Gred

JIM 501- Complex Variables                                 A

JIM 502- Design & Analysis of Experiments            A

JIM 503- Modern Algebra                                      A

JIM 590 Project                                                     A-

JKE 414 Ekonomi Malaysia                                      A-


Ini juga merupakan jangkaan keputusan saya  dan lebih bermakna lagi kerana ia diperolehi di penggajian tahun terakhir.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan