Saturday, March 26, 2022

1st Report Presentation

 Alhamdullillah, hari ini telah selesai sudah pembentangan pertama untuk JIM 590 Projek.

Seramai 11 orang pelajar telah membentangkan sesi selama 30 min setiap orang, 15 min pembentangan,15 min lagi sesi soal-jawab.Sesi bermula dari puul 8.00 pagi berakhir pada 12.45 tgh.

Saya adalah pembentang pertama dengan menghadapi dua soalan pertanyaan daripada dua orang pensyarah ( 4 orang pensyarah bertindak sebagai panel )

Insha Allah, VIVA pada bulan Julai yang mana soalan yang bakal dikemukakan adalah lebih menyeluruh tentang kajian yang dijalankan untuk kursus Projek Tahun Akhir ini.

Tuesday, March 22, 2022

PB JIM 501

 Alhamdulllillah, semalam telah selesai menduduki PB JIM 501

7 Soalan yang setiap soalan dengan markah  antara 1 - 3.

Soalan berkisar tentang asas analisa kompleks

Dianggarkan ramai pelajar akan mendapat markah penuh 20% itu


Jadual Kursus Intensif 2021/2022

Sunday, March 20, 2022

PB JIM 502

Alhamdullillah, selesai menduduk Peperiksaan Berterusan JIM 502, tadi.
Terdapat 2 soalan .setiap jawapan ada ruang untuk dimuatnaik file jawapan .
Soalan telah sedia ada di halaman portal tanpa dapat dimuaturun untk di simpan dalam file peribadi.

Sebelum ini , pensyarah telah memberitahu samada untuk memuatnaik jawapan pada setiap soalan yang disediakan ruang berkenaan atau memuatnaik kedua dua jawapan pada ruang yang disediakan di soalan kedua.

Saya memilih untuk memuatnaik file jawapan pada setiap soalan.Ini bermakna selesai menjawab soalan pertama, saya imbas dan memuatnaik jawapan ke ruang yang disediakan.Setelah itu saya beralih pula ke soalan kedua dengan klik butang "next" untuk menjawab soalan tersebut.Setelah selesai menjawab soalan kedua, mengimbas dan memuatnaik pada ruang yang disediakan, saya klik butang "finish".Setelah itu, ada halaman lain yang mana perlu klik "submit all & finish".Setelah butang itu diklik , terpapar notis yang memberitahu status " submitted & finish attempt"

Ada rakan yg memilih pilihan kedua iaitu, menjawab semua soalan 1 & 2 , kemudian mengimbas dan memuatnaik kedua -dua jawapan pada ruang yang disediakan di soalan kedua.Setelah klik "submit all & finish" , status yang diterima adalah "unfinished".Untuk berpatah semula tidak lagi dibenarkan kerana "submission" adalah "1st attempt only"

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pensyarah yang mana setelah beberapa minit, beliau mengesahkan telah menerima kesemua file jawapan daripada pelajar.

Friday, March 18, 2022

Webex dengan penyelia JIM 590 Projek Tahun Akhir

Pada 26/3/2022, pelajar perlu membentangkan laporan pertama projek tahun akhir.

Sebelum ini pada setiap hari rabu, saya perlu memaklumkan perkembangan semasa dalam menyiapkan laporan berkenaan kepada penyelia.Selama ini saya berurusan melalui emel dengan menghantar file berkaitan untuk penyelia menyemak.Maklumbalas beliau sangat cepat bagi setiap hantaran atau permasalahan yang dikemukan.

Antaran komen beliau untuk penambahbaikan ialah; 

  • penggunaan persamaan matematik yang tidak memenuhi kriteria piawai seperti pemboleh ubah perlu dalam font lencung , penandaan bilangan persamaan Matematik yang tidak megikut bab berkaitan, tidak menggunakan format formula Matematik walaupun formulanya adalah betul
  • istilah yang tidak seragam seperti " central" dengan " centered'
  • kecuaian dalam singkatan seperti Sturm-Liouville Problem , singkatan piawai ialah SLP, kadangkala tertulis STP
  • kecuaian dalam koma, jarak antara ayat dan seumpamanya
  • "Literatur Review" yang tidak menampakan keperluan untuk menjalankan kajian dan tiada kesinambungan daripada kajian terdahulu mengapa kajian yang dicadangkan perlu diteruskan
Hari semalam, 17/3/2022, satu perjumpaan webex dengan beliau telah diadakan.Selain daripada tips yang diberikan untuk mengatasi masalah seperti di atas,beliau telah memberi garis panduan untuk penyediaan slide untuk pembentangan.

Disertakan apa yang perlu dilakukan mengikut susunan slide:
  1. Introduction: Background study
  2. Problem Statement
  3. Objectives of study & Research Questions together with scope of study
  4. Literature Review( Many studies on SLP, why there is a need to still study on SLP)
  5. Regular Sturm-Liouville Problem ( Theorem & analytical solutions)
  6. Central Finite Difference (Derivation & application)
  7. Numerov Method (Derivation & application)
  8. Progress for the next chapter

Wednesday, March 16, 2022

PB JIM 503 Modern Algebra

Alhamdullilah, hari ini,selesai suadah PB JIM 503 Modern Algebra.

5 Soalan kesemuanya, perlu dijawab dalam masa 1 jam 30 min

Selepas itu masa tambahan 30 min utk imbas dan muatnaik jawapan dalam file pdf.

Markah keseluruhan 20%

Kesemua soalan adalah langsung daripada pemahaman dalam webex

Monday, March 14, 2022

PB JKE 414 Ekonomi Malaysia

 Alhamdullilah, saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan untuk subjek Ekonomi Malaysia.

Sebanyak 40 soalan objektif perlu dijawab dalam masa 2 jam

Hampir kesemua soalan berdasarkan webex yang meliputi Kuliah 1 sehingga Kuliah 4

Soalan adalah langsung daripada kandungan kuliah.

Peperiksaan ini menyumbang kepada 20% markah keseluruhan kursus

Thursday, March 3, 2022

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan