Wednesday, October 6, 2021

Pengurangan Yuran Penggajian Sidang 2021/2022

Yuran penggajian yang perlu dibayar untuk sidang akademik 2021/2022 telah pun dipaparkan.Jika dibandingkan dengan sidang lepas ( sebelum Covid-19 ) yuran penggajian saya untuk sidang ini,ada potongan sebanyak RM206.80 ( Diskaun 20% daripada RM1.034.00 )

Senarai kursus yang telah didaftar masih belum ditunjukkan.
Alhamdulllillah,saya telah selesai membayar RM827.20 semalam.
Sepanjang 5 tahun penggajian, yuran terkumpul ialah RM5,800.00 ,suatu yuran penggajian yang sangat prihatin.

Tuesday, October 5, 2021

Payment Gateway-toyibbpay.com

  1.  Anda menjual produk RM50.00 secara online
  2. Pelanggan bersetuju untuk membeli produk anda 
  3. Anda memberikan no akaun anda untuk pelanggan deposit
  4. Anda semak, dan mendapati pelanggan anda telah pun deposit RM50.00
  5. Anda hantar produk kepada pelanggan
Dengan Payment Gateway, perkara 1 sehingga 4, dapat dilakukan dengan mudah

Anda boleh menggunakan perkhidmatan payment gateway,  toyibbpay.com dengan caj yang sangat murah. anda hanya dikenakan caj RM1.00 bagi setiap transaksi.

Ini bermaksud, jika pelanggan anda membeli produk RM50 daripada anda,RM49.00 akan dimasukkan ke dalam akaun anda oleh, toyibbpay.com

Pendaftaran menggunakan nama peribadi atau nama perniagaan 

I : Nama Peribadi
Anda diminta muatnaik salinan kad Pengenalan anda, 
butiran nama bank dan nombor akaun bank serta nama butiran peribadi yang lain.

Pastikan akaun anda  adalah akaun semasa .Anda boleh juga menggunakan akaun simpanan.Namun jika transaksi deposit yang terlalu kerap ke akaun simpanan, ada sesetengah bank akan blok kerana mungkin mereka mensyaki ada transaksi pengubahan wang haram, sekiranya mereka berpuashati yang anda menjalankan perniagaan yang sah, mereka akan menasihati anda untuk membuka akaun semasa.

II. Nama perniagaan
Biasanya mereka yang menjual produk samada di website atau menggunakan platfom Facebook mempunyai perniagaan sekurang-kurangnya perniagaan pemilik tunggal.Mereka akan mendaftar perniagaan dengan SSM.Maklumat perniagaan mereka  terdapat di Borang D-Sijil Perakuan Pendaftaran SSM.

Anda diminta muatnaik salinan Borang D anda, 
butiran nama bank dan nombor akaun perniagaan anda serta nama butiran peribadi yang lain.

Pastikan akaun perniagaan anda adalah akaun yang mempunyai nama perniagaan yang sama seperti dinyatakan dalam Borang D

Anda boleh daftar secara PERCUMA di  toyibbpay.com !

  • tiada caj tersembunyi
  • tiada had transaksi
  • mudah dan pantas
  • perlindungan data 
  • pelbagai penggunaan

Monday, October 4, 2021

Tempoh pendaftaran kursus sidang akademik 2021/2022 dilanjutkan

Pendaftaran sidang 2021/2022 dilanjutkan sehingga 28/10/21

Ini untuk memberi peluang kepada pelajar yang masih tertunggak yuran pengajian dan pelajar yang mendaftar kursus lewat.

Jika dilihat sesi sebelumnya, tempoh pendaftaran ialah dari 01/09/20 sehingga 02/09/20.Webex pertama bermula pada 24/10/20.(Kredit kepada Pn Hayati,rakan PJJ yang membuat semakan )

Dengan itu webex untuk sidang ini, dijangka bermula pada akhir bulan November 2021.Dalam tempoh ini sudah pasti keputusan daripada hasil kajian panel mengenai penstrukturan PJJ telah diketahui.Mana mungkin cadangan daripada NC ditolak begitu sahaja,ini lumrah berlaku dalam mana- mana organasasi yang dah stabil

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan