Saturday, September 11, 2021

Dua kursus universiti yang tidak lagi ditawarkan

Dua kursus iaitu JUH 101/2 – Hubungan Etnik dan JUT 101/2 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia tidak lagi ditawarkan mulai Sidang Akademik 2020/2021. Kedua-dua kursus ini digantikan dengan penawaran dua (2) kursus baharu iaitu: 

  1. JUF 101/2 – Falsafah dan Isu Semasa
  2. JUR 102/2 – Penghayatan Etika dan Peradaban

Kesemua kursus Universiti ditawarkan ketika pelajar di tahun satu.Ada juga yang mengambil sebahagian di tahun satu manakala bakinya di tahun akhir.Saya mengambil kesemua 6 kursus Universiti ketika tahun 1 sidang akademik 2017/2018 seperti mana yang telah dijadualkan untuk setiap sidang akademik.

Saya masih ingat ketika Dr Shaik Abdullah Hassan Mydin,pensyarah JUH 102 -Hubungan etnik,memberi satu tajuk tugasan yang dilakukan secara berkumpulan.Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.Tugasan nya ialah menemuramah seorang tokoh ugama dalam ugama Islam dan seorang lagi tokoh ugama lain.
Kami dikehendaki membincangkan keseramataan dalam kedua dua ugama berkaitan.

Kumpulan kami tidak menghadapi masalah dan dapat memulakan tugasan se awal  yang mungkin.Alhamdullilah, tugasan dapat dihantar menjelang tamat tempoh penghantaraan. Ini disebabkan kami, terdiri daripada 3 orang pelajar Melayu dan 2 orang pelajar India. Tokoh ugama kami ialah seorang ustaz dan seorang sami Hindu.Ada sebilangan kumpulan lain terpaksa dirombak kerana kesemua ahli terdiri daripada satu kaum.Adalah lebih mudah untuk siapkan tugasan jika setiap kumpulan terdiri sekurang kurangnya 2 orang ahli yang berlainan ugama.

Sehingga kini, hanya tinggal kami bertiga , saya membuat major dalam Matematik manakala saudara Siva dan saudara Idzwan menjadikan fizik sebagai major.Saudara Iskandar sempat berada di tahun 2 dan terpaksa meninggalkan penggajian disebabkan kekangan masa bertugas.Saudara Gana pula kini sangat berjaya di Open University Malaysia kerana mengikuti kursus ijazah dalam bidang yang berkait rapat dengan kerjayanya.Mengikut perancangan awal, mereka juga akan menjadikan Fizik sebagai penghususan major

Kenangan bersama kalian ketika di kursus intensif amat bermakna bagi saya.Ianya suatu pengalaman yang indah dengan peluang untuk saya memahami pemikiran daripada generasi yang berbeza.



 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan