Thursday, September 23, 2021

Cadangan penstrukturan PJJ

Telah ada petition berkenaan pembubaran PJJ USM dengan alasan tidak menguntungkan USM.




Tajuk yang jauh tersasar daripada apa yang dicadangkan oleh Naib Canselor USM, YBhg Prof. Dato' Dr Faisal Rafiq bin Mahamd Adikan mengenai isu pembubaran PPJJ USM.

Menurut beliau ia adalah penstrukturan PJJ.
Berikut cadangan beliau :-
  1. Kesemua staf akademik PJJ dikembalikan ke Pusat Pengajian asal supaya a) mereka lebih kukuh dari aspek akademik dan pada masa yang sama, b) silibus yang ditawarkan kepada pelajar PJJ adalah pada tahap yang sama dengan apa yang diajar di Pusat Pengajian. Portal PJJ dijadikan one-stop centre untuk semua kursus-kursus online di USM,dengan harapan pelajar boleh ada lebih banyak pilihan kursus major dan minor yang lebih berkualiti dan berdaya saing. 
  2. Kesemua pencalonan/status pelajar masih kekal. Dekan baru yang dilantik telah meminta semua pensyarah di PJJ untuk menyediakan self instructional module supaya pelajar boleh membuat latih tubi dan memeriksa sendiri tahap pemahaman masing masing. 
  3. Minggu intensif diubah formatnya susulan kekangan dari majikan dan sebagainya. 
  4. Memendekkan tempoh kursus dari 5 tahun kepada 4, supaya pelajar  boleh bergraduasi lebih segera, dan mampu memperkasa kerjaya masing masing. 
  5. USM memang cuba meningkatkan dana supaya boleh dilaburkan kembali bagi tujuan memperbaiki fasiliti pengajaran dan pembelajaran. 
Cadangan yang di bawa kepada senat tidak ada kena mengena dengan kewangan USM kerana yuran di USM amnya, dan PJJ khususnya adalah yang terendah di Malaysia. USM juga telah menawarkan diskaun semasa pandemik covid-19.

*Cadangan berkenaan telah dibawa ke senat hari ini Khamis, 23/09/2021
**Perkara 5, telah dilaksanakan

Kemaskini maklumat ( 23/09/2021)
  • Sebelum petition dikeluarkan, VC memberitahu PJJ akan dibubarkan
  • Dengan tularnya petition ,VC mengatakan , penstruktran PJJ
  • 4 atau 5 tahun sekali USM akan mengemaskini silibus Kursus PJJ dengan Kursus sama yang digunapakai oleh pelajar sepenuh masa.Kali terakhir diadakan pada tahun 2020.Ini adalah proses kesinambungan biasa yang dilakukan untuk memastikan kesetaraan kualiti silibus.Untuk kursus matematik,yang terkini dilakukan pada tahun 2014 dan 2018

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan