Tuesday, February 23, 2021

Fourier by Michel Van Biezen

What is Fourier Series?

Why do we need Fourier Series

Useful Integral in Fourier Series 

How to find a0

How to find an

How to find bn

Summary 

Example 1

Example 2

The Dirichlet Condition

The amplitude phase form

Graphing the Fourier Series

Even Periodic Function

 

 Odd Periodic Function


Example Saw Tooth Wave

Fourier Convergence Theorem



Sunday, February 7, 2021

JIM 414 Statistical Inference

 Alhamdullillah, tutorial yag disediakan oleh pensyarah dapat saya selesaikannya.Pelajar akan diberi masa untuk menyelesaikannya sebelum jawapan berkenaan dimuatnaik dalam portal.

Pensyarah ini sedang membuat kajian di USM untuk Phd .Walaupun sibuk dengan pengajiannya, beliau tetap memberi maklumbalas kepada pelajarnya.Mana mana pelajar yang tidak menjawap dengan baik boleh emel beliau untuk di semak jawapan  tutorial mereka. 

Saya ada menghantar jawapan tutorial saya yang sebentuk soalannya dengan tugasan yang diberikan kemudian.Walaupun jalan penyelesaian dan jawapan adalah betul, beliau memperkemaskan lagi dengan beberapa langkah yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah berkaitan


My 2 Cents : Kekangan masa dan tugas seorang pelajar PJJ membataskan sebilangan daripada mereka untuk aktif dalam forum,"general Q & A" atau menyelesaikan tutorial.Apabila kita menghantar tugasan lazimnya kita harapkan markah yang maksimum yang boleh diperolehi.Berlainan dengan tutorial, kita boleh buat "trial and erorr " samada penyelesaian yang kita tunjukkan itu memenuhi konsep yang dikehendaki .Jika menyimpang,pensyarah akan memperbetulkan, biasanya dihuraikan dengan terperinci.Jadi bersedialah dengan tandaan pen berwarna merah, "no pain,no gain"

Saturday, February 6, 2021

JIM 417 Intro to Operation Research

 Kursus ini merupakan kursus yang "straight forward" menyelesaikan masalah dengan kaedah yag ditetapkan seperti "Simplex Method,Big M-Method, Two-Phase Method".

Sedikit kesilapan dalam tandaan seperti positif atau negatif akan menyebabkan penyelesaian yang dicari samada salah, remeh untuk dikesan semula atau tiada penyelesaian.Ini menyukarkan lagi sekiranya itulah jawapannya-tiada penyelesaian.

Jarang saya dapat menyelesaikannya dalam satu percubaan kerana masalah asas yang melibatkan perkiraan tolak,campur, bahagi .Hilang fokus disebabkan kaedah pengiraan yang berulang - ulang

Friday, February 5, 2021

Tutorial JIM 413Differential Equations II

Alhamdullillah, sejak dari  Webex 1 Tutorial sehingga kini, webex 4 Tutorial, saya dapat menyiapkannya untuk disemak oleh pensyarah.Selain daripada komen dan cadangan daripada pensyarah, satu perkara yag nyata ,kursus ini memerlukan jalan kira yang agak panjang.Bila diimbas kesemua muka surat untuk dimuatnaik secara atas talian, kadangkala tidak lepas kerana melebihi saiz fail ,5 MB yang dibenarkan.Perkara ini telah dimaklumkan kepada pensyarah dan beliau telah meningkatkan saiz fail ke 10 MB

Tiada tempoh tamat untuk menghantar tutorial kepada pensyarah kerana ianya bukan tugasan yang wajib diselesaikan oleh pelajar.Selagi sebelum menduduki kertas peperiksaan akhir kursus tersebut,selagi itu ianya tetap diterima dan disemak oleh pensyarah.

Pada pandangan saya soalan tutorial adalah medan untuk pelajar mengutarakan jalan penyelesaian yg dirasakan betul mengikut cara penyampaian kita berdasarkan apa yang diajarkan oleh pensyarah.Ada ketika, pensyarah mendapati jalan penyelsaian yg ditunjukkan tidak relevan dengan konsep walaupun jawapan akhirnya betul.Begitu juga ada yang tidak perlu ditunjukkan memadai dengan suatu penyataan yang jelas dan nyata.Ada pula ,dirasakan perlu ditunjukkan,yang sebenarnya tidak perlu  kerana dalam soalan itu sendiri telah dinyatakan.



Tuesday, February 2, 2021

Pautan iklan dimansuhkan ,diganti dengan "Responsive Link"

Mulai 10/03/2021, tiada lagi "link Add" muncul di laman sesawang ini.Ianya akan diganti dengan "responsive link".

Jika di ertikan dengan "responsve website" ia membawa maksud paparan halaman sesawang akan bertukar mengikut saiz, resolusi dan orientasi pembaca...

Monday, February 1, 2021

Tugasan Tahun 4 ,sebelum kursus intensif

 Method of submission for the assignments : Online upload

Course Due Date ( Submission Date )

JUL 401 Bahasa Malaysia IV Tugasan 1-18/01/2021 ( 05/01/2021)

JIM 412 Intro to Operation Research    
JKE 216 Mikroekonomi 
AS1 - 28/01/2021 ( 13/01/2021)
Tugasan 1-20/01/2021 ( 15/01/2021 )

JIM 411 Introductory Analysis AS1 -02/02/2021 ( 02/02/2021 )

JIM 413 Differential Equation II AS1-04/02/2021 (18/01/2021 )

JIM 414 Statistical Inference AS1-04/02/2021 ( 13/01/2021 )
JIM 417 Partial Differential Equation No assignment  yet
                 
   

   
Ralat

Ketika saya semak semula tugasan yag telah dihantar,
saya dapati ada  kesilapan untuk tugasan JIM 412,terlupa nak tukar simbol ketaksamaan bagi salah satu graf.Jawapan seterusnya bergantung kepada graf yang dilukis.Hilang markah untuk soalan ini....

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan