JIM 413 Differential Equations II
Dalam forum berkenaan, salah seorang pelajar Mr Tan,telah bertanya mengenai sesuatu kandungan dalam webex 1.
Pensyarah mengucapkan terima kasih dan menyatakan terdapat typo error dan akan memperbaikinya.
Saya mengenali Mr Tan semasa kursus intensif tahun 2 dan tahun 3.Beliau memang seorang yang perihatin dan saya pernah berbincang bersama tentang kursus yg kami ikuti.Beliau sangat membantu lebih lebih lagi ketika kami bertemu dengan seorang pensyarah kursus lain yang sudi membekalkan soalan dan jawapan tutorial tahun tahun lepas.Beliau menemui pensyarah itu pada masa yang dijanjikan.Beliau mengambil satu set manakala satu set lagi diberikan kepada saya.
Saya telah memberikan set berkenaan kepada seorang lagi pelajar yang berusaha untuk menyalin kesemuaya dalam bentuk pdf untuk diberikan kepada pelajar lain yang mengambil kursus berkenaan