Saturday, July 25, 2020

Peperiksaan Penilaian JUE300 Kuis 2

Peperiksaan akhir ( 40%) JUE 300 English II

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Kuiz  ( 40% )


Alhamdullillah, saya telah menduduki Kuiz II sekejap tadi.Masa dari 10.00 - 10.30 Pagi.( Lihat Kuiz 1 )

Bahagian I
Soalan objektif 

Untuk setiap soalan , kenalpasti ,salah satu darpada perkataan bergaris yang tidak tepat dalam penggunaan ayat berkenaan
 
Bahagian II
Terdapat dua artikel pendek

Artikel 1- Kenalpasti perkataan yang tidak tepat
Artikel 2 - Pilihan untuk isikan tempat kosong

Saya selesai menjawab kesemua soalan , 10 minit sebelum masa tamat.
Ada ruang masa untuk menyemak semula jawapan yang ditanda itu.

InshaAllah,anggaran markah untuk 
JUE 300 English II ialah A-



Friday, July 24, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 312 Probability Theory

Peperiksaan akhir ( 60%) JIM 312 Probability Theory 

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Assignment 4
 - Take Home Test  ( 60% )

Jangan sesekali dok nak belajar daripada kesilapan sekiranya kita tahu , dari awal lagi kita perlu buat perkara yang betul!
Saya beranggapan sudah memadai mengikuti Webex tanpa merujuk dahulu kepada Ekuliah.Perkara ini telah pun dipesan oleh Prof, ketika sidang webex-Prof hanya membincangkan soalan tutorial pada setiap webex.Pelajar perlu menonton Ekuliah dahulu sebelum menghadiri webex.

Ketika itu saya tidak dpat muaturun kesemua Ekuliah kerana mempunyai masalah dalam capaian  internet yang terlalu perlahan.Saya tidak dapat muaturun ekuliah sebaliknya bergantung penuh dengan webex.

Ianya memakan diri sendiri kerana dalam peperiksaan "Continuous Assessment" ,saya "blur" dengan soalan yang dikemukakan.

Alhamdullillah, saya dah selesai muatnaik jawapan kepada Tugasan 4 ,sebentar tadi.

InshaAllah,anggaran gred  untuk 
JIM 312 Probability Theory ialah A-


Monday, July 20, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 310 Introductory Numerical Methods

Peperiksaan akhir ( 60%) JIM 310 Introductory Numerical Methods

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Assignment 3 - Take Home Test  ( 30% )
( II ) Assigment 4 -Take Home Test ( 30% )

Alhamdullillah, dah selesai Assignment 4, 6 soalan dengan markah keseluruhan 30%

InshaAllah,anggaran Gred untuk 
JIM 310 Introductory Numerical Methods ialah A


Sunday, July 12, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JIM 319 Vector Calculus

Peperiksaan akhir ( 50%) JIM 319 215 Vector Calculus

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( A ) Assignment 3 (  20% )
( B ) Assignment 4 ( 30%)

Alhamdullillah,Saya telah selesai muatnaik
Tugasan 4 tengahari tadi.Tugasan ini perlu dihantar
secara atas talian dalam masa 24 jam

Soalan adalah sama format dengan Tugasan 2
yang diberikan sebelum ini.Tugasan 2 meliputi
topik yang diajar selepas Kursus Intensif

InshaAllah, anggaran gred yang mungkin diperolehi
adalah A


Tarikh Tugasan Online: 1-7 Julai 2020
Tempoh masa menjawab dalam tempoh 3 jam
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu menjawab soalan dalam ruangan yang disediakan.
Untuk soalan yang memerlukan anda melukis keluk ,  anda perlu melukis keluk menggunakan tangan dan upload jawapan dalam format word atau pdf secara online. Bagi soalan yang memerlukan pengiraan, anda perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Saturday, July 11, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JUE 300 English II

Peperiksaan akhir ( 40%) JUE 300 English II

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Kuiz  ( 40% )


Alhamdullillah, saya telah menduduki peperiksaan akhir sekejap tadi.Masa dari 10.00 - 10.30 Pagi.

2. Artikel pendek dengan 10 soalan objektif setiap artikel.
Biasanya, untuk jawap kuiz dalam masa yang singkat ini,perlu pengurusan masa yang cekap dan cepat:-

  • Baca secara sambil lalu kesemua soalan yang ada
  • Untuk setiap artikel, " skimming reading" sambil mencari soalan yang ditanya.
Saya selelsai menjawab kesemua soalan , 4 minit sebelum masa tamat


Thursday, July 9, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JKE213 Wang dan Perbankan

Peperiksaan akhir ( 60%) JKE 213 Wang dan Perbankan

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( I ) Tugasan 3 - Kuiz  ( 30% )
( II ) Tugasan 4 ( "Open Book Test' ) ( 30% )

Alhamdullillah,saya dah selesaikan menghantar Tugasan 4, sebelum pukul 8 mlm tadi

6 soalan kesemuanya dengan dengan 3 soalan panjang yang setiap satu soalan membawa kepada 20 markah

InshaAllah,anggaran gred untuk 
JKE 213 Wang dan Perbankan ialah A-

Friday, July 3, 2020

Peperiksaan Penilaian Akhir JKE 215 Mikroekonomi

Peperiksaan akhir ( 60%) JKE 215 Mikroekonomi 

 telah digantikan dengan kaedah penilaian atas

 talian berikut:-

( C ) Soalan Berstruktur- 3 Jam ( 20%)

Alhamdullillah, selesai menjawab Soalan berstruktur
( Jam 9.30 mlm - 12.30 pg)

Sembilan soalan kesemuanya ,perlu dijawap dalam ruang 
yang disediakan.

Kita boleh klik pada soalan satu hingga soalan 9,
untuk melihat secara kasar kesemua soalan berkenaan.
Ini bermakna , kita boleh menjawab mana mana soalan dahulu.

Tempuh masa ( jam ) yang masih ada untuk menjawab soalan 
juga ditunjukkan. 

Ruang disediakan untuk menjawap setiap soalan.

Sebagai contoh 
Soalan 6 ada dua ruang disediakan , satu ruang
untuk muatnaik gambar rajah yg telah kita lukis,
samada dalm bentuk pdf atau word.Rajah berkenaan
perlu dilakar menggunakan tangan. Satu ruang lagi
untuk menjawab soalan susulan yang berkaitan
dengan rajah itu


InshaAllah,anggaran gred untuk 
JKE 215 Mikroekonomi ialah B- 


My 2 Cents 
Sebaik gambar rajah dilukis, seharusnya 
dimuatnaik terus ke ruang yang disediakan.Ini untuk 
elakkan keadaan kelam kabut sekiranya kita tunggu
sehingga selesai menjawab kesemua soalan.Pada
ketika itu, mungkin tinggal beberapa minit lagi 
sebelum masa tamat.Pastikan scanner siap dipasang 
atau jika guna handphone cam camera,sesuaikan 
samada perlu guna mode single atau multiple
snapshot


Tarikh Tugasan Online: 1-7 Julai 2020
Tempoh masa menjawab dalam tempoh 3 jam
Kaedah pelaksanaan:
Pelajar perlu menjawab soalan dalam ruangan yang disediakan.
Untuk soalan yang memerlukan anda melukis keluk ,  anda perlu melukis keluk menggunakan tangan dan upload jawapan dalam format word atau pdf secara online. Bagi soalan yang memerlukan pengiraan, anda perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan