Monday, July 29, 2019

Pemilihan Kursus Minor

Rakan- rakan kursus yang major Matematik, mengambil kursus di luar bidang sains sebagai kursus minor.Begitu juga pilihan mereka yang major kursus sains.Di antara sebabnya :-

  • Kursus major yang dipilih mempunyai perkaitan rapat dengan kerjaya masing - masing
  • Kecenderungan yang mendalam untuk mengikuti kursus major sains / matematik
  • Mempunyai asas yang kukuh untuk kursus major
  • Kursus major / minor membantu pembangunan kerjaya
  • Beban dan kekangan masa jika mengambil kursus sains untuk major dan minor .Sebagai contoh seorang pelajar yang  major kimia dan minor fizik ,perlu fokus kepada pembelajaran disamping perlu menyiapkan laporan makmal.
P/S: Pada sesi yang lalu,tugasan laporan kursus fizik ,tahun 1 , perlu dihantar selewat lewatnya 5.00ptg, hari terakhir kursus intensif.Saya terkejar kejar untuk menyiapkannya,ditambah lagi perlu beratur di kiosk untuk "printing & binding"laporan berkenaan.Apabila sampai di pejabat PJJ, ada yang baru saja hantar tugasan masing - masing.Ramai juga yang berlari -lari anak...

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan