Sunday, August 26, 2018

Selamat Menyembut Hari Kebangsaan Ke 61



Sumber : USM
..di kampung

Saturday, August 11, 2018

Muat Turun Bahan Pembelajaran


Sementara menunggu Kuliah ( webex ) bermula, yang dijangka dalam pertengahan bulan September,saya mula muat turun bahan pembelajaran untuk kesemua kursus yang diambil.

Kursus intensif pula akan dijadualkan pada 24/01/19 sehingga 15/02/19

Walaupun dalam portal , bahan pembelajaran adalah untuk sesi 2017/2018,namun soalan, tugasan dan juga nota berkenaan sangat penting untuk rujukan kelak.

Saya juga tidak pasti samada pensyarah untuk sesi yang lepas masih dikekalkan untuk mengajar kursus yang sama pada  sesi baru ni.

Monday, August 6, 2018

e-Learning PPPJJ SA 2018 / 2019



Urusan Pendaftaran telah selesai.
senarai kursus yg diambil telah dipaparkan  dalam portal



Sunday, August 5, 2018

Program Siswa Lestari Sesi 2018/2019



Tahniah ! & Selamat Datang Pelajar -Pelajar Bahru 
Terutama Warga Emas


Sumber Facebook : School of Distance Education 

Lestari saya tahun lepas :  ke USM,Pulau Pinang

Saturday, August 4, 2018

Pengesahan Pendaftaran Kursus Tahun 2 Sesi 2018/2019


Saya terima emel daripada Pengerusi Rancangan 
( Juga sebagai Penasihat Akademik ,PA ),Prof Madya Dr Lok Yan Yan

" Salam Sejahtera,

Pendaftaran kursus anda telah berjaya, anda tidak dibenarkan lagi menambah atau menggugurkan kursus melalui e-Daftar. Sila login CampusOnline untuk cetak Slip Pendaftaran Kursus.

Sekian, terima kasih."





Friday, August 3, 2018

..tidak boleh mendaftar kursus melalui edaftar


Ada pelajar yang tidak dapat mendaftar kerana ketika edaftar tiada senarai kursus minor dalam borang pendaftaran mereka.

Semasa Kursus Insentif, pelajar tahun pertama diingatkan agar mendaftar kursus minor untuk memudahkan proses edaftar untuk tahun kedua, sesi berikutnya.

Memandangkan mereka masih berada di kampus,mereka hanya perlu datang ke pejabat PJJ, mengisi borang pendaftaran kursus minor dan serahkan di kaunter.

Ramai pelajar menyedari perkara ini tetapi ketika itu,mereka masih belum dapat membuat keputusan muktamad  untuk memilih kursus minor.

Bagi yg telah hantar borang untuk kursus minor, ketika edaftar ,borang pendaftaran akan memaparkan kursus major, minor, universiti & elektif daripada tahun satu sehingga tahun kelima.Dari situ boleh lah memilih kursus untuk sesuatu tahun berpandukan jadual yang telah ditetapkan oleh kursus masing masing.Pelajar juga boleh menambah atau menggugurkan kursus.
 ( Perlu rujuk buku panduan )

Secara amnya, sebelum edaftar , pelajar perlu menghantar borang kursus minor:-

I .Sebelum sesi berikutnya bermula. 
==> Isikan *Borang Pendaftaran Kursus Minor dan hantar terus ke pejabat PJJ
ATAU
II.Sesi berikutnya dah nak mula tetapi tidak dapat  edaftar :-

  1. Isikan *Borang Pendaftaran Kursus Minor
  2. Imbas Borang yang telah disi itu
  3. emel ke pejabat pjj & salinan emel ke Penasihat Akademik
  4. tunggu untuk diluluskan ( samada jawapan emel atau semak portal )
*Borang Pendaftaran Kursus Minor,boleh dimuat turun dari portal

P.S : Kalau semak di portal dan pada borang edaftar , di ruangan kursus minor, telah ada dicetak kursus minor maknanya boleh lah mula membuat e daftar

Peringatan: Bagi pelajar tahun 1, yang belum menghantar keputusan peperiksaan MUET,hendaklah dihantar salinan keputusan berkenaan sebelum sesi tahun 2 bermula.Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak boleh mendaftar untuk tahun 2 dan perlu memohon untuk menangguh pengajian tahun 2.Jika tidak memohon untuk menangguh, mereka akan dikeluarkan dari menjadi pelajar aktif USM

My 2 cents : sebaik mendapat sijil keputusan MUET ( sekurang kurangnya Band 2 ), hantar salinan keputusan itu dengan disahkan oleh pegawai yang diiktiraf ( Lazimnya mendapat pengesahan salinan dari Pengetua  sekolah ).Borang Untuk Keputusan Muet juga dimuat turun dari portal.

Semak di portal, biasanya dalam masa seminggu penerimaannya, pihak USM sudah kemaskini keputusan MUET itu

Thursday, August 2, 2018

e-daftar Kursus Tahun 2 sesi 2018/2019


Kursus berikutnya perlu didaftar mulai 01/08/18,jam 00 :01 sehingga 30/08/18 jam 23:59

Walaubagaimanapun, terdapat masalah teknikal.Pendaftaran hanya boleh dilakukan pada hari ini ,02/08/ 18 lebih kurang jam 13.00

Saya telah mendaftar kursus seperti mana yang telah di jadualkan oleh pihak USM:-
  • Satu kursus universiti ( U ) - JUE 200 English I
  • 4 kursus Teras Matematik ( T ) :- 
    • JIM 201 Linear Algebra
    • JIM 211 -Advance Calculus
    • JIM 212-Statistical Method
    • JIM 213-Differential Equations 1
  • Satu kursus Minor Ekonomi ( M ) -JKE 101 Penghantar Ekonomi
Pendaftaran akan disemak oleh Penasihat Akademik  ( PA ),Prof Madya Dr Lok Yian Yian

Tindakan 

  1. Tunggu pengesahan emel  daripada PA
  2. Semak Portal - Pastikan telah disenaraikan & dipaparkan  kursus yang telah didaftarkan 


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan