Saturday, October 7, 2017

Peperiksaan "MUET PAPER 2-SPEAKING "




Alhamdullillah, saya telah selesai menduduki peperiksaan ''MUET PAPER 2 -SPEAKING PAPER" pada 05 / 10 / 2017 yang lalu

Mengikut slip menduduki peperiksaan , pelajar perlu berada 15 minit sebelum peperiksaan bermula.
Setibanya saya di pusat peperiksaan (sebuah bangunan perpustakaan, di Kolej Kemahiran Tinggi Mara) ,pada pukul 7.15 pagi telah terdapat ramai pelajar sedang menunggu di luar pintu .Lebih kurang 7.30 pagi  , salah seorang kakitangan mempelawa kami masuk .Kasut masing masing ditinggalkan di rak kasut yang telah disediakan.

Ada 2 buah bilik makmal komputer, tertampal dengan kod di kedua dua pintu berkenaan. Kami masuk bilik itu mengikut kod yang sepadan dengan yang dicetak pada slip menduduki peperiksaan.

Seorang pegawai bertugas juga masuk bersama.Bilik makmal komputer ini adalah bilik menunggu sementara sampai giliran untuk peperiksaan "speaking"

Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kelihatan 4 orang pegawai perempuan masuk serta disambut oleh kakitangan dan pegawai bertugas .Saya pasti mereka inilah pegawai penilai peperiksaan ( PPP ).

Lebih kurang 20 minit kemudian, 2 orang PPP masuk ke bilik .
Salah seorang bertanya samada kami semua pernah menigkuti kelas MUET
Hampir kesemua pelajar mengatakan tidak.

Beliau bertanya lagi samada kami tahu perihal peperiksaan ini dijalankan.Apabila kami mengiyakannya , beliau tersenyum dan akan memberi taklimat ringkas sebagai peringatan .

" This test consist of 2 tasks.Task A is an individual presentation &  Task B is a group interaction.Task A is carried out first followed by Task B.
You are given 1 minute to read the instruction and tasks given.

For Task A- individual presentation,you are given 2 minutes to prepare a response and also 2 minutes to present views

For Task B - group interaction, you are given 2 minutes to prepare for the discussion and 10 minutes to present your view.
All candidates discuss to come to a group conclusion if possible otherwise based on the best suggestion to the situation.
You can change your view in Task A if you agree with any views from task B
.
Each of you  will be given a pencil and a paper to jot down your views ,

Any questions ? Ask anything to clarify before you are  in the room'

...Lebih kurang begitulah kandungan

Menjawab soalan salah seorang daripada pelajar, seorang lagi PPP berkata
 " dont worry, if you don't know the answer for the task or view , try to give examples"

Para pelajar dibahagikan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang

Setelah menandatangani kehadiran , semua telefon bimbit ditanda dan diletakkan dalam satu beg , bagi setiap kumpulan. Ini untuk memudahkan mengambilnya kelak setelah selesai menduduki peperiksaan.

Saya berada dalam kumpulan giliran ketiga.

Saya terasa sejuk kerana alat pendawa dingin yang dipasang tidak boleh dikawal tahap kesejukannya.Tambahan pula, saya  tidak memakai baju berlengan panjang.

Ketika peperiksaan kumpulan kedua sedang berjalan, saya meminta kebenaran untuk ke tandas.

Pegawai yang sama sama berada di bilik menunggu,lantas bangun lalu menuju ke arah bilik peperiksaan tersebut.
Salah seorang PPP keluar , kemudian saya bersama seorang lagi rakan yang dalam kumpulan sama ke tandas sambil diiringi oleh pegawai tadi.

Tandas memanglah bersih, disediakan selipar .Kami membuka stokin ..
Selesai...
sambil menyarung stokin masing masing, kami berbual bual perlahan, tak teringat pula yang pegawai tadi masih menunggu di luar pintu tandas.

Lebih kurang beberapa minit kemudian , ada pelajar lelaki lain ingin ke tandas.

Pegawai tadi , kemudian ke bilik peperiksaan, kemudian beliau keluar seorang .
' Adik, kena tunggu dulu"

Beberapa minit kemudian, PPP itu masuk lalu bersuara
" anybody else , every time someone is going to the wash room, i have to stop the test for a while "

DALAM BILIK PEPERIKSAAN 

"Task A"
Saya adalah "Candidate B" .Ini bermakna  saya adalah orang kedua yang akan bercakap mengenai tajuk diberi

 " What are the good qualities of a good farther ? 
Saya kena beri pandangan mengenai 

"A good farther is generous to his children"

Saya lihat "Candidate A, C & D " laju je merangka jawapan untuk task masing masing.

Kertas utk rangka jawapan saya masih tak ditulis apa apa.Tak tahu apa nak dibentangkan. fikiran terasa kosong sekejap.

Bila Candidate A mula memberi pandangan , saya tak berapa dengar sangat .saya masih terfikir apa nak cakap kejap lagi.

"Time's up"
Candidate B , you may proceed.

Saya senyum pada pegawai pemeriksa tu. Dia balas senyum sambil mengangguk kepala.

Saya memulakan dengan memberi salam dan "greeting" pada semua .Percakapan saya merangkak rangkak kerana langsung tiada idea , saya lebih bermain dengan kata kata tanpa ada fakta untuk mengukuh hujah. Dalam pada tercari tercari ,terdengar perkataan " time's up "

Melihat saya agak terpinga pinga , pemeriksa itu berkata " finish your last sentence with a conclusion"

Task B

" In a group Interaction : What is the main quality  of a good farther  ?
 Given : A good farther is firm to his children
            A good farther is generous  to his children
            A good farther makes jokes to  his children
            ( Yang satu lagi, saya dah tak ingat )

Saya dapat menyampaikan dengan agak baik ( dibandingkan dengan Task A tadi )

" Candidate A, i am totally, disagree with you. In my opinion....bla bla "

Ini kerana hujahnya agar longgar.Tambahan pula " Candidate C &  D "  menyokong serta memperkukuhkan pandangan mereka.Masa 10 minit yang diberi berlalu begitu pantas dengan
" Candidate A " akhirnya membuat kesimpulan yang baik.


Saya berdoa semoga tidak lah teruk sangat keputusan untuk bahagian ini .Begitu juga kepada ahli dalam kumpulan saya serta semua pelajar yang menduduki peperiksaan hari itu, semoga kalian beroleh keputusan yang cemerlang.InsyaAllah

Peperiksaan MUET Paper 1-Listening, 3-Reading &  4- Writing  akan diadakan pada 04/11/2017, InsyaAllah


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan