Jarum meter RPM dan suhu ,kadang kala ok tetapi selalunya tak bergerak.Biasanya di bahagian belakang soket penyambung, ada butiran timah yang tidak lagi kemas.Bahagian inilah yang perlu dipateri semula.
Alat yang diperlukan untuk pateri ialah:-
"Soldering Iron" - RM 16.00 di kedai DIY
" Solder wire + Flux"
Meter RPM
Di bahagian belakang soket penyambung, ada butiran timah yang perlu dipaterikan semula
Alat pateri diletakkan dalam bekas ubat nyamuk.Jangan guna alat petri yang berharga murah,
kerana proses untuk memanaskan hujung alat itu akan lambat.Hujung itu akan di tekap ke atas "soldering wire" , yang mana cecair panas "soldering wire" itu dititipkan ke atas butiran timah. Untuk mempercepatkan proses cairan, "soldering flux" disapukan terlebih dahulu ke atas butiran timah.
Proses yang sama dilakukan untuk meter suhu,
hasilnya, meter berfungsi dengan baik