Saturday, March 11, 2023

Penyampaian Sijil Dekan dan Hadiah Kepujian SA 2021/2022

   Majlis 

Majlis berkenaan telah pun diadakan pada 09/03/23, semasa Kursus Intensif Sidang Akademik 2022/2023 dijalankan.Dekan PPPJJ USM, Prof. Madya Dr Zulnaidi Yaacob telah menyampaikan hadiah kepujian kepada 19 orang pelajar dan 303 penerima sijil dekan bagi sidang akademik 2021/2022.

Majlis serdahana tetapi meriah ini juga turut menyaksikan pelancaran portal pembelajaran yang dijenamakan semula sebagai PEARL

" Portal forEngagement,Academis Resourcs & Life-Learning".

Dr Zulnaidi turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 12 orang pensyarah PPPJJ yang telah menyertai program Mydigital Educators @MOHE. Program ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjsama Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dan Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pebelajaran (MAGNETIC)

Majlis turut diserikan dengan kehadiran timbalan dekan, pengerusi rancangan dan pegawai PPPJJ.

Sumber info: School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia

Sijil Dekan bagi pelajar sains

Berikut disertakan bilangan pelajar yang menerima Sijil Dekan bagi tahun 1 sehingga Tahun 5 , untuk Kursus Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik


Seramai 63 orang pelajar sains menerima sijil anugerah dekan. 32 orang daripada pelajar biologi dan 12 orang pelajar fzik, pelajar kimia yang menerima anugerah dekan pula ialah 3 orang manakala  pelajar matematik terdiri daripada 16 orang.Tahniah untuk rakan sekuliah,Amy, Izzaty dan Naima yang dikurniakan sijil dekan.

Hadiah Kepujian

Hadiah kepujian diberikan kepada pelajar sijil dekan terbaik bagi tahun pengajian. Pelajar Matematik mendapat hadiah kepujian bagi tahun satu sehingga tahun akhir melainkan tahun empat dimiliki oleh pelajar biologi.

Alhamdullilah, saya menerima sijil anugerah dekan dan pada tahun penggajian akhir ini juga menerima hadiah kepujian. 

Sekitar foto di majlis itu

Logo terkenal 50 Tahun USM


Masuk sekejap, setelah tamat kuliah pelajar baru tahun 1


Terkilan

Sebelum majlis, saya sempat melepak di dataran Perpustakaan Hamzah Sendut.

Terjumpa En. Bokhari-Warga emas,tahun akhir kursus Fizik.Beliau pernah menerima Sijil Dekan tetapi saya lupa tahun berapa tu. Saya berkesempatan berbual panjang lebar kali pertama pada tahun 2018, ketika dataran ini kerap dijadikan tempat belajar sementara menuggu waktu kuliah. Setiap kali juga bertemu dengan beliau.Saya hanya bertanya khabar memandang beliau akan menduduki peperiksaan berterusan. Rasanya beliau muda 2 tahun daripada saya. Semoga beliau bergraduat dengan cemerlang. Beliau mengucapkan tahniah serta mengangkat tangan kepada saya.Ha.Ha.sama seperti mula mula jumpa dulu.

Sebelum itu saya dah berjanji dengan rakan se negeri ,orang muda, Idzwan untuk bertemu di luar perpustakaan.
Niat asal untuk sama sama makan tengahari tetapi saya makan awal kerana Idzwan sedang berpuasa.Seperti biasa,Idzwan menyantun saya dengan sopan dan mengucapkan tahniah.
Kami bersembang lebih kurang 45 minit . Beliau mengambil kursus fizik , beliau banyak bertanya tentang project paper , walaupun kami berlainan kursus.Beliau terpaksa bergegas ke makmal  setelah bersembang hampir sejam dengan saya.Saya kenal anak muda ini  yang sangat berbudi bahasa, jujur dan komited terhadap tugasan , semoga beliau menamatkan penggajian dengan keputusan yang cemerlang..

Ketika saya sedang rehat , saya disapa oleh Kogilah, rakan sejak tahun pertama, 2017. Beliau agak terkejut melihat saya.Beliau mengucapkan tahniah bila diberitahu akan tujuan saya ke USM.Beliau adalah penerima Sijil dekan pada tahun kedua penggajian. Kemudian menangguhkannya selama 2 tahun setelah berkahwin dan menjadi seorang  ibu.Tahun ini beliau sambung semula penggajian yang telah tertangguh itu. 

" Sunyi lah pak cik, group whataspp pun sepi" katanya menceritakan group yang disertai tapi berlainan batch. Kogilah ini antara group kami yang sentiasa menolong sesama ahli kumpulan whatsapp.Saya cuma berbual lebih kurang 10 minit, sebab beliau ada hal yang telah dijanjikan. Saya percaya Kogilah konsisten dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

" Pakcik, saya akan whatsapp apa apa nanti" sambil berlalu.

Saya terkilan kerana terlupa langsung untuk bergambar dengan ketiga tiga individu berkenaan.Benar kata bijak pandai , orang yang kita bergaul banyak membantu kejayaan kita.
 .
Penulis bersama rakan, Naima dan
 di tengah ialah Pn. Romiwati


Beliau antara insan yang sangat membantu pelajar dalam urusan PJJ.Saya kerap e mel bertanya beberapa perkara dan kagum dengan maklumbalas yang cepat daripada Pn. Romiwati. USM sangat beruntung mempunyai salah seorang kakitangan yang berdedikasi dalam tugasan mereka.

Barisan pengerusi rancangan penggajian .
Kelihatan Dr Asraf,yang sangat ceria !


Dr Asraf mengajar kursus Vector Calculus dan juga merupakan salah seorang daripada panel viva Projek Tahun Akhir.Beliau juga merupakan Pengerusi Racangan Matematik. 


Penerima Sijil Dekan dan Hadiah Kepujian di 
Dewan Dataran Cahaya Siswa Kompleks Cahaya Siswa
 ( KOMCA )




Sumber foto : School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia


Penulis dan Naima menerima sijil daripada Dr Zulnaidi









Penerima Sijil Dekan dan Hadiah Kepujian 
Pelajar Matematik bersama Dr Asraf



Bersama dengan Dr Asraf 




Bersama dengan Naima rakan sekuliah




Penulis bersama Lai Sher Ling,menerima  Sijil Dekan dan Hadiah Kepujian


Lai Sher Ling, pelajar tahun 3, SA 2022/2023 adalah penerima Sijil Dekan dan Hadiah Kepujian secara konsisten sejak dari tahun 1 sehingga ke tahun 2


Majlis tamat sekitar 5.00 petang



Rakan sekuliah

Hanya saya dan Naima yang ada rezeki untuk hadir manakala dua orang rakan kuliah yang lain tidak dapat berbuat demikian. Izzaty terikat dengan kerjaya baru,waktu majlis beliau bertembung dengan tugasan seorang tutor matematik yang mengajar secara atas talian.Tahniah lagi sekali dan saya tumpang gembira dengan jumlah peningkatan pelajar beliau.Amy pula tidak kelihatan pada hari itu.

Memandangkan agak sukar untuk berjumpa lagi dalam suasana pembelajaran, saya dan Naima berbual beberapa perkara di Kafe Zubaidah. Sedar tak sedar sehingga hampir dua jam. Saya ucapkan terima kasih kepada Naima yang setia mendengar celoteh saya dan juga kesediaan beliau untuk menghantar saya ke terminal bas sg. Nibong. Memandangkan saya mempunyai masa yang agak panjang, sementara menuggu waktu bas berlepas, saya ingin tinggal lama
kerana kalau tiada tujuan khusus, rasanya sukar nak datang sini lagi.Jadi kesungguhan Naima itu saya tolak dengan baik.InshaAllah, diharap dapat bertemu semula dengan Naima, Izzaty, Amy dan rakan - rakan yang lain. 

...keesukan harinya, beransur pulang

Saturday, February 4, 2023

Custom Motor Nitro Windstar

Motor Nitro Windstar 150, buatan Taiwan ini saya beli pada tahun 2005

Mengikut catatan geran ,ianya dibuat pada tahun 2004 dan didaftarkan pada 28/2/2005.

Saya tidak simpan imej asal tetapi rupanya seperti berikut:-




2005
Tak sampai beberapa bulan guna, karburator, "side box" dan kepala logo telah dicuri .Ketika itu saya hanya menggunakan kunci rantai tayar sahaja

Pengalaman yang agak terkejut, bila sedang berjalan, tiba- tiba sahaja motor berhenti dan dah tak boleh hidupkan samada menggunakan "touch switch 
atau "kick start".

Ada seorang pomen yang sanggup " adjust" dan baiki. Kalau tak silap lebih kurang sebulan motor tu di bengkel.Dia bagi tahu, tidak akan jadi lagi masalah sedemikian.Benar, semenjak itu saya menggunakan hampir 13 tahun, paling jauh kembara dari Melaka-Johor, Melaka- Kuantan. Suatu ketika,anak saya membonceng bersama ketika kami menghadiri perkhawinan anak sahabat saya , Rashid di Temerloh

2007
Ada group Nitro custom  terbesar di internet. 


Mereka kembara secara konvoi, akhirnya terpaksa panggil lori untuk angkut, puncanya ketika sedang berkovoi jauh tiba tiba injin motor berhenti...Akhirnya tiada permintaan terhadap motor ini lagi.Kilangnya di Malaysia ( tak ingat kat mana ) telah pun ditutup.

2017

Ketika saya sedang mencari bengkel yang sanggup baiki mudguard yang dah pecah , saya  diberitahu oleh pomen bernama Shaiful yang dia sanggup "touch up". lagi pun motor tu jarang dah ada di atas jalanraya. Beliau memang biasa membaiki motor - motor berat.Saya lihat di bengkelnya dah ada vulcan, virago, superbike yang dah siap dibaiki dan yang menunggu untuk diselenggara sepenuhnya. Beliau memberitahu yang dia juga akan cuci injin tersebut.Hasilnya seperti gambar berikut. Dia bagitahu elok gunakan tayar depan  yang lebar tetapi kecil sedikit saiznya dari tayar belakang.



Malangnya , ketika berjalan, ia bergegar terlalu kuat. Bermulalah episod penantian yang sangat lama...

2017-2023
Berbagai masalah yang dihadapi.Shaiful mencadangkan agar dapat dicari injin terpakai kerana ada beberapa bahagian dalam injin perlu ditukar.
Pada 10/09/2020, saya dapat membeli sebuah injin Nitro ( injin sahaja ) di Alor Gajah dengan harga RM400

Disamping masalah injin, spare part juga amat sukar dicari.Shaiful terpaksa ubah suai disusuli pula dengan Covid .Tahun 2019 sehingga 2021, bengkel berkenaan tidak dapat beroperasi disebabkan oleh PKP .Kesihatan Shaiful juga terganggu kerana diserang gaut yang agak teruk. Disamping itu saya juga agak sibuk dengan penggajian PJJ USM.Begitu juga tahun 2022 sangat mencabar bagi Shaiful kerana kedua ibubapanya mengalami masalah kesihatan.Sehingga sekarang, kedua duanya memerlukan perhatian yang khusus.






2023
Bermula minggu lepas,Shaiful telah memulakan kerja kerja yang tertangguh itu.Katanya, beliau akan fokus untuk selesaikan sebelum hariraya aidil fitri, insha Allah.




Hubungan saya dengan Shaiful kini menjadi seperti kawan.Saya buat apa yang patut seperti kikis cat lama dengan kertas pasir, basuh paip eksos.Bila cuaca panas, inshaAllah saya akan sembur dengan cat yang baru.




Saya doakan agar Allah memudahkan Shaiful disamping tabah menguruskan kesihatan ibubapanya.








Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan