Tuesday, August 2, 2022

Final Presentation and VIVA

Pada 26/07/2022 yang lalu, telah diadakan pembentangan terakhir dan viva untuk projek tahun akhir. Seramai 10 orang pelajar tahun akhir telah membentangkan tajuk projek masing - masing. Keseluruhan pembentangan mengambil masa lebih kurang empat jam, bermula daripada jam 8.10 sehingga 2.45 ptg . 20 minit diperuntukan pada setiap pembentangan diikuti dengan sesi soal jawab selama 15 minit.

Alhamdullillah saya dapat membentangkan dalam masa yang ditetapkan. Seorang daripada empat panel pemeriksa  akan menanyakan setiap pembentang.

Soalan yang ditanya kepada saya :-

  • apakah yang dimaksudkan dengan "analytical solution" 
  • tunjukkan bukti yang mengatakan bahawa " the numerical solution" akhirnya mencapai nilai tertentu
  • bagaimana kaedah Numerov itu boleh diungkapkan dalam bentuk penyelesaian matrik nilai eigen
Soalan tersebut dapat di jelas sebaik mungkin. Pemeriksa memberi cadangan bahawa perkaatan " analytical solution" digantikan dengan perkataan" exact solution". Untuk soalan kedua, pemeriksa berpuashati dengan jawapan yang diberikan tetapi menyarankan supaya dapatkan bukti daripada kajian lalu untuk mengukuhan hujahan yang diberikan. Soalan ketiga sebenarnya telah saya tunjukkan bukti kaedah Numerov dalam laporan projek tetapi untuk pembentangan saya terus gunakan formula kaedah tersebut tanpa bukti.

Laporan terakhir (setelah dilakukan penambahbaikan) perlu dihantar dalam bentuk cakera padat selewat-lewatnya pada 15/08/2022.Sebanyak tiga salinan cakera padat perlu dikemukakan

 Penulis berada di kedudukan baris tengah, dua daripada kiri, yang berbaju kuning...

Monday, August 1, 2022

Peperiksaan JKE 414

 Alhamdulllillah, selesai menduduki peperiksaan JKE 414 Ekonomi Malaysia .

Perlu menjawab tiga daripada lima soalan berbentuk esei dalam masa tiga jam.

Insha Allah, dijangkakan markah yang baik. Dengan ini tamat kesemua kertas peperiksaan bertulis.

Kini, Insha Allah akan menumpu sepenuhnya untuk Projek Tahun Akhir .

Beberapa pembetulan perlu dilakukan sebelum dihantar dalam bentuk CD . Tarikh akhir ialah pada 15/08/2022

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan