Thursday, March 4, 2021

Semakan Keputusan Peperiksaan

 Melalui pautan campusonline.usm.my  kita boleh semak keputusan peperiksaan yang telah kita duduki

Setelah daftar masuk ( login ) pautan berkenaan,lihat  butang " student profile" :

  1. Di "student profile"-ada menu terturun ( drop down menu)-"academic"
  2.  Di " academic"
  3. Terdapat Tiga pilihan-Current Courses , Cangred atau Semester Grade
  4. Jika pilih Semester Grade , akan dipaparkan keputusan setiap tahun.Itu  pun jika tiada tunggakan yuran.Sebagai contoh sekiranya kita telah jelaskan yuran pengajian tahun1, tahun 2 dan tahun 3; tahun 4 adalah sidang akademik semasa,tetapi yuran pengajian semasa  ini belum lagi  dijelaskan sepenuhnya.Maka hanya keputusan tahun 1 dan tahun 2 sahaja dipaparkan.Akan ada mesej peringatan mengenai tunggakan yuran berkenaan.Ini bermakna jika kita ingin melihat keputusan tahun 3 , pada sidang semasa, kesemua tunggakan perlu dijelaskan.Ini bukan bermakna kita tidak dapat melihat keputusan tahun 3, ianya masih boleh dilihat jika kita lihat pilihan "Cangred"
  5. Dengan "Cangred" , pilih "by semester",maka semua keputusan peperiksaan dapat dilihat

Wednesday, March 3, 2021

PB JIM 413 Differential Equations II

 Alhamdullillah,hari ini,Rabu,03/03/2021 saya telah selesai menduduki peperiksaan berterusan ( PB )

JIM 413 Differential Equations II ( 20 % )

3.00 - 5.00 ptg

Soalan 1 ( 6 markah )

Soalan 2 ( 2 markah )

Soalan 3 ( 4 markah )

Soalan 4 ( 8 markah ) Jumlah markah 20

Rasanya dah banyak kali menduduki peperiksaan tetapi kesilapan yg berulang selalu berlaku

Mengikut perancangan setengah jam terakhir digunakan untuk imbas dan muatnaik jawapan

Saya  telah menjawab 3 soalan tanpa menyedari bahawa soalan terakhir membawa markah yang tinggi.

Tinggal 15 minit lagi masa tamat, saya tinggalkan soalan keempat ,terus imbas dan muatnaik jawapan berkenaan.Proses keseluruhan ini  selesai ,2 minit sebelum masa tamat dengan mengorbankan 8 markah


Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan