Alhamdullillah, sejak dari Webex 1 Tutorial sehingga kini, webex 4 Tutorial, saya dapat menyiapkannya untuk disemak oleh pensyarah.Selain daripada komen dan cadangan daripada pensyarah, satu perkara yag nyata ,kursus ini memerlukan jalan kira yang agak panjang.Bila diimbas kesemua muka surat untuk dimuatnaik secara atas talian, kadangkala tidak lepas kerana melebihi saiz fail ,5 MB yang dibenarkan.Perkara ini telah dimaklumkan kepada pensyarah dan beliau telah meningkatkan saiz fail ke 10 MB
Tiada tempoh tamat untuk menghantar tutorial kepada pensyarah kerana ianya bukan tugasan yang wajib diselesaikan oleh pelajar.Selagi sebelum menduduki kertas peperiksaan akhir kursus tersebut,selagi itu ianya tetap diterima dan disemak oleh pensyarah.
Pada pandangan saya soalan tutorial adalah medan untuk pelajar mengutarakan jalan penyelesaian yg dirasakan betul mengikut cara penyampaian kita berdasarkan apa yang diajarkan oleh pensyarah.Ada ketika, pensyarah mendapati jalan penyelsaian yg ditunjukkan tidak relevan dengan konsep walaupun jawapan akhirnya betul.Begitu juga ada yang tidak perlu ditunjukkan memadai dengan suatu penyataan yang jelas dan nyata.Ada pula ,dirasakan perlu ditunjukkan,yang sebenarnya tidak perlu kerana dalam soalan itu sendiri telah dinyatakan.