Jadual yang telah disahkan :-
Thursday, September 7, 2017
Monday, August 21, 2017
PROGRAM SISWA LESTARI RPJJ SIDANG AKADEMIK 2017/2018
Bergerak ke USM -- Sabtu 05/08/17
Saya tiba di Terminal Bas Bersepadu, Bandar Tasik Selatan( TBS ) pada Sabtu,05/08/17
Dari TBS, saya menaiki KLIA Transit ke KL Sentral
Keretapi laju ( EST )
KL Sentral ke Stesyen Keratapi Butterworth
Tiket petang dah habis
- saya ambil pukul 8.00mlm dijangka tiba di Btterworth jam 12.00 tgh mlm
- harga tiket RM52
..kena tunggu di platform 30 minit sebelum 8.00 mlm..
..ketibaan ETS
..dalam ETS
Setibanya di Butterworth
"Check In " Broadway Budget Hotel "- Berdekatan dengan Masjid Kapitan Keling
- RM 97 semalam ( Billik muat untuk 3 orang )
- Parkir kereta berada di seberang jalan
- Jika anda parkir di kawasan ini, anggap lah sebagai sedekah kepada golongan tua yang meminta wang sebagai upah menjaga kereta ; saya terlihat ada calar dan contengan pada sebuah kereta, mungkin pemilik kereta itu terlihat papan tanda yang jelas memberi amaran agar tidak melayan sebarang upah yang diminta.( Mereka tak tetapkan bayaran , purata antara 50 sen dan seringgit )
- Sarapan pagi di gerai Mamak belakang hotel
Keesukan harinya, 06/08/17, tiba di USM
Pintu Masuk USM
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Terlihat kain rentang...
Penginapan
Saya menginap di Desasiswa Cahaya Gemilang
- Tiada rakan sebilik
- Dua orang rakan bilik hujung, En Siva dan En Kana banyak membantu saya.Dengan budak muda En Idzwan, kami banyak bersembang bersama
- Cafe ( kantin ) menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam
- Mlm tutup pukl 8.30 mlm ( sediakan bekal seperti roti ,minuman utk malam malam nanti )
- Sterika dan mesin basuh berbayar & ampaian disediakan
- Jika anda membawa kereta , hati hati bila parkir
PROGRAM SISWA LESTARI RPJJ SIDANG AKADEMIK 2017/2018
Tarikh : 07/08/2017 - 10/08/2017
Acara kemuncak program - Majlis Sambutan Siswa dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu
Berlangsung dengan jayanya dengan disaksikan Naib Canselor USM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail diiringi oleh Pegawai-pegawai Utama Universiti, Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan PPPJJ serta staf akademik dan pentadbiran PPPJJ.
Ikrar
- 999 Pelajar mendaftar
- 9 orang adalah warga emas
Taklimat
Soal -Jawab
Pendaftaran
Sesi Fotografi Untuk Kad Pintar ( Kad Matrik ) Jamuan
Warga emas
Kumpulan Untuk Tugasan
Riadah
Sumber foto: USM
Kemudahan Kad Matrik
- Habis orientasi, saya sempat melawat beberapa tempat di Pulau Pinang
- Status sebagai seorang pelajar , melayakkan saya mendapat diskaun untuk tiket masuk ke beberapa tempat yang dilawati
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
Bersih Belakang Rumah IV
Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan
-
Julat Markah Gred Mata Gred 80 - 100 A 4.00 70 -79 A- 3.67 64 -...
-
Bila kereta didapati berbunyi kasar ketika dipandu dan penanda suhu kereta berfungsi dengan baik,kemungkinan water punp yang bermasalah Cara...
-
Selepas Kursus Intensif Tahun 1 Sesi 2017/2018 , bersama dengan dua orang anak ,saya bersiar - siar sekitar Pulau Pinang dengan kereta Pro...