Alhamdulliah ,selesai sudah peperiksaan akhir tahun 4 sidang 2020/2021.
Tahun ni mencabar dengan sistem "lockdown browser"...
Hanya peperiksaan untuk kursus JKE 216 Makroekonomi yang bersifat "Synchronous - S " manakala peperiksaan untuk kursus lain adalah " Asynchronous -A"
Peperiksaan S dikendalikan oleh Unit peperiksaan , dimana pelajar perlu menduduki peperiksaan melalui pautan "Examonline USM " Sebelum akses ke peperiksaan, pelajar perlu "install" "lockdown browser " pada komputer riba.Aplikasi ini ada disediakan di halaman "examonline". Tujuannya supaya pelajar hanya fokus pada halaman peperiksaan dengan akses ke halaman sesawang lain telah disekat. Semua jawapan kepada setiap soalan perlu dilakukan pada ruangan yang disediakan .Jika soalan berbentuk pilihan objektif, pelajar klik pada pilihan jawapan yang difikirkan betul
Adakala dalam peperiksaan, perlunya jawapan berbentuk gambarajah Disediakan ikon file untuk tujuan ini.Pelajar akan melukis gambarajah dalam kertas sendiri, mengimbas dan kemudiannya memuatnaik ke ikon file tersebut.
Ada dua cara untuk memuatnaik file :-
1. Melalui "google drive" atau "drive one" .Gambarajah yang sudah siap diimbas dimasukkan di sini dan dimuatnaik menerusi ikon file yang terdapat pada ruangan jawapan soalan berkaitan.
2.Satu cara lagi untuk memuatnaik rajah adalah melalui telefon pintar.Kabel USB daripada telefon pintar ini disambungkan ke komputer riba.Setelah rajah diimbas, ianya disimpan dalam telefon pintar utuk dimuatnaik ke ikon file
Masalahnya akan timbul apabila "lockdown browser" mengesan ada cubaan aplikasi luar dan terus menghalang proses muatnaik itu.Pergerakan telefon seperti mengambil foto jawapan , mengimbas, dengan kabel masih disambung pada komputer,merupakan aplikasi luar yang dimaksudkan itu.Pelajar akan dapati , mereka dibawa kembali ke paparan asal ketika mula-mula menduduki peperiksaan.
Dengan demikian pelajar perlu log masuk semula ke pautan "examonline" itu serta mengikuti beberapa langkah lain yang diarahkan untuk proses muatnaik ke ikon file.Bayangkan jika ada beberapa rajah yang perlu dinaikkan ,maka proses mengulang log masuk akan memakan masa .
Log keluar-masuk ini bukanlah "finish attempt exam" , info yang terkandung dalam ruangan jawapan masih tetap dipelihara; seperti pilihan jawapan berbentuk objektif yang pelajar telah selesaikan masih dikekalkan.Begitu juga , bila log masuk semula, pelajar akan bermula dari soalan terakhir ketika halangan berlaku.
Peperiksaan A pula adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh unit PJJ.Pelajar akan log masuk melalui portal pembelajaran yang biasa digunakan itu.Klik sahaja pada pautan peperiksaan untuk sesuatu kursus tanpa perlu install "lockdown browser"
Pelajar diberi masa 30 minit selepas tamat masa peperiksaan untuk proses imbasan dan memuatnaik jawapan ke ikon file.Di sini lah berlakunya debaran menunggu proses muatnaik.Jika sekiranya tidak dilakukan dalam tempoh 30 minit itu, fail yang mengandungi kertas jawapan itu gagal dihantar.
Untuk kursus matematik , imbasan kertas jawapan ada yang mencapai sehingga 18 muka surat, dimasukkan pada satu fail.Saiz file pastinya besar.( USM telah menyediakan kapasiti size file yang besar).Hanya satu cubaan memuatnaik file berkenaan dibenarkan. Sekiranya capaian internet terlalu perlahan dan pelajar mendapati mungkin ia akan mengambil masa yag lama ,elok perkara ini diberitahu segera kepada pensyarah kursus.
Saya pernah terlepas satu muka surat terakhir yang tidak disertakan dalam satu file itu dan proses muatnaik telah selamat dihantar.Apabila dimaklumkan pada pensyarah berkenaan, beliau memberi kebenaran untuk hantar melalui emel muka surat berkenaan.Ini kerana hanya satu cubaan file sahaja yang dibenarkan dan saya masih mempunyai baki lebih kurang 7 minit sebelum proses untuk muatnaik fail tamat.Peraturan membenarkan memuatnaik selagi masih dilakukan dalam tempoh 30 minit.Namun demikian, pensyarah akan menggunakan budibicaranya untuk membantu pelajar.
Sepanjang peperiksaan ,semua pensyarah memahami akan keadaan dan perasaan pelajar ketika proses muatnaik jawapan.Ada pensyarah turut menunggu dan memaklumkan atau menyenaraikan nama pelajar yang telah selamat menghantar jawapan mereka.Ruangan chat dibuka untuk pelajar memaklumkan masalah yang dihadapi.Ahamdulilllah, segalanya berjalan dengan lancar.
=================================================
Falsafah pemain rugbi " Aim high ,tackle low"
=================================================