Sunday, September 24, 2017

Sidang Video & Webex Pertama





Tarikh : Sabtu, 23/09/17
Masa : 8 - 9 pagi   JIM 106 / 4 - Introduction to 
                                               Elementary Statistic
            9 - 10 pagi JIM 101/4 - Calculus

Untuk ikuti Webex :-
  1. log in  Portal e learning 
  2. Klik Kursus contoh : JIM 106 
  3. Klik pautan webex yg diberi
Pastikan anda bersedia dengan "earphone " 

Pada mulanya tiada video , audio pun kurang jelas.
Masalah ini akhirnya dapat diatasi.
Terdapat sedikit gangguan dari pelajar ketika Dr menyampaikan kuliah, namun semuanya berjalan dengan lancar apabila pelajar sedar kesilapan tidak " mute " mikrofon.

Walaupun sesi ini tamat pukul 10 pagi, jika sekiranya anda tidak tekan butang " leave meeting" anda dapat melihat kuliah seterusnya untuk subjek lain.


Sidang Video ( Di Pusat Wilayah - Sekolah  )
Audio dan Video jelas..
Foto sumbangan daripada saudara Naim

JUT 101 -Tamadun Islam & Tamadun Asia
Tugasan Berkumpulan - Markah 40 % 
( Markah Peperiksaan Akhir - 60% )

  • Kumpulan terdiri dari 2 - 5 orang pelajar yang akan membuat tugasan berbentuk esei                ( library research - rujukan buku, journal , artikel dan sebagainya)
  • Tajuk tugasan akan diberi kelak
  • " Hard copy" ( Printed Essay ) di antara 8 - 15 muka surat untuk dihantar                                 bersama - sama dengan satu CD
  • CD ini mengandungi video yg merakam suatu forum 
  • Forum ini dianggotai oleh kesemua ahli dalam kumpulan tugasan yang dibentuk itu
  • Forum berbentuk formal- seorang pengerusi dan ahli panel yang akan membincangkan tajuk esei itu 
  • Forum hanya memakan masa antara 10-15 minit


JUH 101 - Hubungan Etnik
Tugasan Berkumpulan - Markah 60%
( Peperiksaan Akhir - 40% )

  • Kumpulan dianggotai antara 2 - 5 orang pelajar
  • Temubual seorang ustaz dan juga temubual dengan seorang Padri atau Sami atau individu yang arif dalam agama masing masing
  • Temubual mengenai perkara berikut -
  1. Keperihatian
  2. Keamanan
  3. Kebenaran
  4. Keadilan
  5. Amanah
  • Bukti temubual seperti VD atau gambar dan masukkan dalam CD & hantar bersama - sama  dengan " Printed Essay " ( 8 - 15 muka surat )
  • Esei berdasarkan maklumat temubual dan bagaimana perkara 1 hingga 5 di atas dapat mengukuhkan hubungan di antara etnik
Format esei ada dalam portal.




Thursday, September 14, 2017

Jadual Sidang Video & Webex SA 2017/18




Sidang video ( SV ) & Webex  akan bermula pada 23/09/2017
SV Di pusat Wilayah masing masing & Webex boleh akses di laptop tanpa perlu ke Pusat Wilayah

E-Lecture untuk JIM 106-Introduction to Elementary Statistics & JIM 101-Calculus telah ada dibekalkan dalam portal.Elok lihat video ini dahulu sebelum akses WEBEX utk subjek ini pada waktu yang ditetapkan








Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan