Monday, June 12, 2017

Berjaya Mendapat Tempat Di USM










Tanggal 12 Ramadhan 1438 Hijrah,bersamaan 07/06/2017, 
 saya menerima pesanan ringkas daripada pihak USM .
 "Semakan status permohonan PPJJ USM " 

https ://pohon.usm.my/modul_hebahan/utama.php


 Alhamdullillah, 

 Saya berjaya mendapat tempat 
 Kursus Sarjana Muda Sains ( Matematik ) dengan Kepujian 
 Sidang Akdademik 2017/18 Jangka Masa 5 Tahun 
Pendaftaran pada 07/08/2017. 
Mohon pada 05/03/2017 
Keputusan Permohonan : 07/06/2017 
Pendaftaran : 07/08/2017 

Syarat Tambahan : Perlu ambil MUET dengan sekurang kurangnya mendapat Band 2, 

setahun selepas mendaftar 
 ( Buku rujukan dah ada, InsyaAllah , saya akan ambil MUET pada Bulan November 2017 )

http://www.mpm.edu.my


Kenapa saya yang telah mendapat taraf kerakyatan warga emas masih lagi ingin belajar 


Anak pernah bertanya, " Ngapa abah nak belajar lagi "  

Saya tidak menjawab. 
Saya tanya balik
" ingat tak tayangan gambar di tv, hero bertanya kepada Panglima Saladin , 
" Why is Juruselem important to you " 

 Anak geleng kepala 


 Pada mulanya Saladin menjawab " Nothing " 


 ( Kemudian nya ketika melangkah keluar kota berkenaan,

Saladin menjawab " Very important " ) 
 Anak saya diam . 
 Saya bagitahu anak  
" Kelayakan masuk untuk warga emas , hanya SPM "
 '"Abah, Muet band 2 , kacang je " .
.. 
 Kursus PJJ ini kena ambil Major dan Minor. 
 Saya tengah fikir :- Major Matematik dan Minor 
  1. Sejarah ATAU 
    2. Pengurusan ATAU
    3. Ekonomi 
... 

Buat carian, ada beberapa blog pjj usm, setakat yang dapat, kesemuanya yang warga muda , belum ketemu lagi yang warga emas .

Begitu terperinci ,bersemangat, ada di paparkan gambar - gambar sekitar pembelajaran 

 Carian juga mendapati, gabungan berikut :- 

 1. Matematik / Fizik 
 2. Matematik / Ekonomi 
 3. Matematik / Pengurusan
 ... 

Semoga Allah mempermudahkan kewangan, sokongan keluarga & pensyarah, kakitangan akademik PJJ USM & Pusat Wilayah Pembelajaran,rakan pjj kelak ,perjalanan dan pembelajaran hambu mu ini serta kesihatan yang baik agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang, Insya Allah.



Featured Post

Projek perumahan jiran