Thursday, October 13, 2022

Overhaul Injin Kereta ( II )


Ahad lepas 16/10/22, kereta siap setelah berada di bengkel lebih kurang 2 minggu.Sepatutnya boleh siap dalam masa tiga hari tapi mekanik tak berapa sihat lebih kurang 4 hari.

Perbelanjaan RM1400. Bengkel dekat dengan rumah kepunyaan mekanik (jiran sekampung) yg berkebolehan dalam membaiki kereta dan motorsikal. Hari tu, kereta tak boleh hidup ketika berada di laman rumah, di tunda guna kereta mekanik tu.  

 

Monday, September 26, 2022

Senarai Anugerah Dekan

 Anugerah dekan 2021/2022

Saya bersama dengan beberapa orang lagi rakan satu "batch-2017/2018" dijangka akan menerima sijil dekan.Walaupun secara rasmi nya belum dikeluarkan lagi senarai berkenaan, inshaAllah,berdasarkan GPA yang diperolehi, kami telah berjaya melepasi kelayakan minima GPA penerimaan sijil berkenaan. 

==================================

Anugerah dekan 2020/2021

( 29/04/2022)

Tahniah ! senarai penerima sijil kepujian dan dekan dikeluarkan dalam bentuk video.Nama dan foto pelajar juga disertakan. Bagi yang menerima sijil kepujian, mereka diberi peluang untuk menyatakan tentang keputusan yang telah dicapai.

  Video Sijil Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan 2020/2021 

==================================

Anugerah dekan 2019/2020

(27/02/2021)

Seramai 10 orang graduan sains dan 57 pelajar  sains dari tahun 1 sehingga tahun 4 ,sidang akdemik 2019/2020 menerima anugerah dekan

Sumber : e-learning 2020/2021

*Alhamdullillah, saya salah seorang yang
menerimanya.
==================================

Anugerah dekan 2018/2019

( 29/04/2022)



Kelihatan seorang rakan kursus 
daripada kumpulan pelajar kursus sains tahun 2- tahun 4  
Sumber : Galeri e-learning 2019/2020
================================

Sesi Akademik 2017/2018

Ini adalah Tahun 1 bagi saya.Sebanyak 6 kursus Universiti bersama dengan 1 lagi kursus Persediaan Bahasa Inggeris.Disamping itu ada 2 kursus Matematik dan 1 kursus Fizik. 

Namun ada pelajar yang berjaya mendapat anugerah dekan sedangkan saya dah terasa bebannya dengan kursus universiti itu.Tahniah kepada yang cemerlang !

==================================
.

Featured Post

Bersih Belakang Rumah IV

 Hari keempat 26/10/23,khamis , hari terakhir , dah siap bersihkan Sempadan